.

Monday 11 June 2012

'PRU tak lama lagi, juga tak terlalu cepat' : Muhyiddin

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan baru - Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan diadakan tidak terlalu lama lagi.

Tetapi, beliau menambah - tarikhnya juga tidak terlalu cepat sebagaimana dijangkakan.

Beliau memberi sedikit gambaran, namun tarikh sebenar masih menjadi teka-teki.

Sidang Parlimen akan bermula esok di tengah-tengah spekulasi bahawa PRU13 akan diadakan dalam waktu terdekat.

Ramalan banyak pihak menyebut PRU13 akan diadakan awal Julai. Malah ada yang meramalkan September ini.

Mandat semasa hanya akan berakhir April 2013.

"Saya sedar rakyat Malaysia kini sudah tidak sabar-sabar lagi menghadapi PRU dan bagi Barisan Nasional (BN) bersama parti-parti komponen lain, kita mesti memastikan yang parti berada dalam keadaan bersedia dan kukuh untuk menghadapi pilihan raya," kata beliau berucap merasmikan Konvensyen PPP Wilayah Persekutuan 2012 di sini, hari ini./~SH

P/S- Memang rakyat dah tak sabar nak tukar kerajaan yg ada sekarang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist