(Oleh Masdar Wahid)
PANDAN 13 Jun: Cucu kepada tokoh pemimpin politik tersohor India,
Mahatma Ghandi berkata, beliau tidak pernah melihat politik di dunia
sekotor pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu
membiarkan prasangka buruk sesama kaum dan mempertahan penipuan dalam
pilihan raya di negara ini.
Perkara itu diungkap Raj Mohan Ghandi kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim
dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa pemimpin KEADILAN ini
dipelawa bertemunya di India baru-baru ini.
“Politik Malaysia lebih kotor dari politik India. Saya (Raj Mohan)
‘follow’ politik Malaysia. Saya tidak pernah melihat politik di dunia
sekotor politik di bawah Datuk Najib. Ini Raj Mohan kata (kepada saya),”
kata Anwar.
Beliau berkata demikian pada Ceramah Merdeka Rakyat yang turut
dihadiri Azizah; Timbalan Presiden, Azmin Ali; Pengarah Strategi, Rafizi
Ramli, pimpinan Pakatan Rakyat dan kira-kira 5,000 hadirin pelbagai
kaum di Taman Seraya dekat sini malam tadi.
Ketua Pembangkang itu turut menegaskan Raj Mohan akan datang sendiri
ke Malaysia pada tahun ini untuk bercakap sendiri mengenainya.
“InsyaAllah akhir tahun ini, dia (Raj Mohan) akan cakap sendiri di
Malaysia,” kata Anwar yang turut menunjukkan gambar beliau bersama
Azizah dan isteri Raj Mohan, Usha kepada hadirin melalui tayangan skrin.
Anwar berkata, beliau boleh bersahabat dengan Raj Mohan kerana cucu
kepada pemimpin India itu memiliki idealisme yang sama dengan beliau
iaitu memberi keadilan pada semua rakyat.
Anwar
turut memetik ucapan Mahatma Ghandi semasa hayatnya berbunyi: ‘Majoriti
India Hindu jangan zalim, jangan hina orang Islam, Kristian dan
penganut Buddha India, mereka rakyat kita, rakyat India dan kita mesti
bangga menjadi rakyat India’.
Berbeza dengan Malaysia di bawah pentadbiran Najib kata Anwar,
Presiden Umno itu hanya membisu dengan isu skandal rasuah pemimpin Umno
selain membiarkan orang Melayu menghina bangsa sendiri melalui perlakuan
memalukan.
“(Apabila sekumpulan Melayu) tunjuk punggung pada (Datuk S) Ambiga,
Najib diam. (samseng Umno) Baling batu dalam ceramah, Najib diam,
Menteri terlibat rasuah Lembu, Najib diam. Apa Najib buat? Dia cuma
pemangku Menteri Wanita.
“Dalam sejarah dunia, inilah kali pertama seorang lelaki jadi Menteri Wanita,” kata Anwar disambut gelak dan tepukan hadirin.
Najib melantik dirinya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga
dan Masyarakat baru-baru ini selepas penyandang jawatan itu, Datuk Seri
Shahrizat Abdul Jalil dikait dengan skandal rasuah projek lembu
keluarganya.
Anwar turut melahirkan keyakinan beliau bahawa sejahat manapun taktik
Umno dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang termasuk memanipulasi
daftar undi, beliau yakin semua itu pasti gagal menghalang kuasa dan
perancangan Allah.
“Najib, dengar abang Anwar cakap. Kamu boleh tipu, guna warga asing
sebagai pengundi, tetapi kena ingat, kuasa rakyat itu dengan izin Allah
boleh mengatasi perencanaan jahat kamu,” kata Anwar lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=31547
Thursday, 14 June 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
haha! lebih teruk dpd India? memang dah terlalu teruk la kalau macam tuu!
ReplyDeleteAiyoo....kena tya warga asing meh?
ReplyDeleteHa..ha...anwar mcm mgata ttg diri sndiri je tu.. kesian...
ReplyDelete