.

Thursday 21 June 2012

PKR, sedarlah segera!

Oleh : accudo

Apa yang disebut sebagai isu Fakeah yang tiba-tiba muncul di akhir-akhir ini tidak begitu menyeronokkan kepada rakyat marhaen yang sedang bersemangat dan begitu fokus kepada gelombang kebangkitan ke arah perubahan bagi merobohkan Umno/Bn. 
 
Jika isu ini terus membarah, ianya pasti menyakitkan bukan sahaja kepada PKR secara peribadi malah kepada Pakatan Rakyat khususnya di Selangor. PKR dan Pakatan Rakyat tidak mampu bergelumang dengan isu-isu pertelagahan sesama sendiri dalam keadaan Umno/Bn begitu menggila dengan media dan agen perkakas mereka.

Dalam hal ini, PKR sewajarnya mencontohi PAS dalam mentarbiyah ahli-ahlinya yang beragama Islam. Kepada ahli-ahli yang beragama Islam, PKR wajar mengkaji modul tarbiyah yang PAS lakukan. Sesungguhnya tanpa tarbiyah yang mampu memantapkan keimanan, ketaqwaan dan pejuangan kerana takutkan Allah, PKR akan menjadi parti yang rapuh dan mudah diugut oleh ahli-ahli sendiri.

PKR perlu sedar di masa-masa mendatang, cabaran dalaman parti akan lebih tegar lagi berbanding hari ini. Mekanisma untuk menghadapi suasana tersebut perlu dilakukan sekarang jika tidak PKR akan kalah dengan keletihan dan mudah goyang dengan tekanan dari berbagai arah, dalam berbagai bentuk.

Jika semua pihak dalam PKR, semuanya mahu menunjukkan 'kecerdikan' masing-masing tanpa mahu bertolak-ansur dan tanpa mahu menerima hakikat kelebihan dan kelemahan kepimpinan atau mana-mana individu, lambat laun PKR akan 'termakan racun' yang disediakan musuh untuk PKR menjadi punah dan rosak.

PKR boleh menjadi seperti hari ini, namun PKR wajar menanam aqidah perjuangan yang diredhai Allah kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR yang beragama Islam. Para pemimpin tidak harus hanya pandai bercakap dan mengkaji tetapi pada hakikat sebenarnya tidak sabar, tidak boleh berbeza pandangan, jumud dengan pemikiran dan pegangan sendiri, akhirnya berbalah dan merajuk pergi meninggalkan parti. Lebih malang kalau selepas meninggalkan parti menjadi pula hulubalang kepada parti lawan untuk merobek-robek PKR seperti beberapa ekor yang telah pergi  meninggalkan PKR selama ini.

PKR, baik Azmin, Fakeah, Khalid, Anwar mahupun Rafizi, selesaikan segera segala isu itu! Jangan menjadi bodoh, kerana bodoh itulah yang Umno/Bn suka ada pada kamu untuk terus membuat rakyat merana buat lima tahun lagi!

3 comments:

  1. CADANGAN & KOMEN TERBAIK ;) MOGA PEMIMPIN PKR AMBIL PERHATIAN & 'SEE THE REAL BIG PICTURE MAN' !

    ReplyDelete
  2. Saya sebagai pengundi tidak berparti sangat-sangat bersetuju dengan pendapat di atas. Tindak tanduk anda akan menjadi kayu pengukur bagi saya & mungkin juga semua golongan yang tidak berparti dalam menentukan pilihan kami pada pru 13 nanti. Fikir-fikirkanlah. Peluang yang ada jangan disia-siakan.

    ReplyDelete
  3. aku rasa cm nk terajang ja puak2 ni...bengong x abih2...yg dok bg bola tanggung kt umno bt pa?...dok betelagah sama sendiri bt pa time dkt nk pilihanraya ni...kalau selangor x blh pertahan pru13 ni comfirm aku maki hamun pkr..orang tamak selalunya rugi...

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist