Apa yang disebut sebagai
isu Fakeah yang tiba-tiba muncul di akhir-akhir ini tidak begitu
menyeronokkan kepada rakyat marhaen yang sedang bersemangat dan begitu
fokus kepada gelombang kebangkitan ke arah perubahan bagi merobohkan
Umno/Bn.
Jika isu ini terus
membarah, ianya pasti menyakitkan bukan sahaja kepada PKR secara
peribadi malah kepada Pakatan Rakyat khususnya di Selangor. PKR dan
Pakatan Rakyat tidak mampu bergelumang dengan isu-isu pertelagahan
sesama sendiri dalam keadaan Umno/Bn begitu menggila dengan media dan
agen perkakas mereka.
Dalam hal ini, PKR
sewajarnya mencontohi PAS dalam mentarbiyah ahli-ahlinya yang beragama
Islam. Kepada ahli-ahli yang beragama Islam, PKR wajar mengkaji modul
tarbiyah yang PAS lakukan. Sesungguhnya tanpa tarbiyah yang mampu
memantapkan keimanan, ketaqwaan dan pejuangan kerana takutkan Allah, PKR
akan menjadi parti yang rapuh dan mudah diugut oleh ahli-ahli sendiri.
PKR perlu sedar di
masa-masa mendatang, cabaran dalaman parti akan lebih tegar lagi
berbanding hari ini. Mekanisma untuk menghadapi suasana tersebut perlu
dilakukan sekarang jika tidak PKR akan kalah dengan keletihan dan mudah
goyang dengan tekanan dari berbagai arah, dalam berbagai bentuk.
Jika semua pihak dalam
PKR, semuanya mahu menunjukkan 'kecerdikan' masing-masing tanpa mahu
bertolak-ansur dan tanpa mahu menerima hakikat kelebihan dan kelemahan
kepimpinan atau mana-mana individu, lambat laun PKR akan 'termakan
racun' yang disediakan musuh untuk PKR menjadi punah dan rosak.
PKR boleh menjadi seperti
hari ini, namun PKR wajar menanam aqidah perjuangan yang diredhai Allah
kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli PKR yang beragama Islam. Para
pemimpin tidak harus hanya pandai bercakap dan mengkaji tetapi pada
hakikat sebenarnya tidak sabar, tidak boleh berbeza pandangan, jumud
dengan pemikiran dan pegangan sendiri, akhirnya berbalah dan merajuk
pergi meninggalkan parti. Lebih malang kalau selepas meninggalkan parti
menjadi pula hulubalang kepada parti lawan untuk merobek-robek PKR
seperti beberapa ekor yang telah pergi meninggalkan PKR selama ini.
PKR, baik Azmin, Fakeah,
Khalid, Anwar mahupun Rafizi, selesaikan segera segala isu itu! Jangan
menjadi bodoh, kerana bodoh itulah yang Umno/Bn suka ada pada kamu untuk
terus membuat rakyat merana buat lima tahun lagi!
CADANGAN & KOMEN TERBAIK ;) MOGA PEMIMPIN PKR AMBIL PERHATIAN & 'SEE THE REAL BIG PICTURE MAN' !
ReplyDeleteSaya sebagai pengundi tidak berparti sangat-sangat bersetuju dengan pendapat di atas. Tindak tanduk anda akan menjadi kayu pengukur bagi saya & mungkin juga semua golongan yang tidak berparti dalam menentukan pilihan kami pada pru 13 nanti. Fikir-fikirkanlah. Peluang yang ada jangan disia-siakan.
ReplyDeleteaku rasa cm nk terajang ja puak2 ni...bengong x abih2...yg dok bg bola tanggung kt umno bt pa?...dok betelagah sama sendiri bt pa time dkt nk pilihanraya ni...kalau selangor x blh pertahan pru13 ni comfirm aku maki hamun pkr..orang tamak selalunya rugi...
ReplyDelete