.

Saturday, 23 June 2012

Pilihan raya di musim haji, salah (berdosa): Najib tak kisah pun!!

Oleh: accudo


Mantan Mufti Perlis, Dr Maza berpendapat mengadakan pilihan raya umum (PRU) sewaktu musim haji adalah satu kesalahan.


"Mengadakan PRU semasa musim haji seakan-akan sengaja solat di tempat orang lalulintas.



 "Kesalahan bukan kepada yang melintas tetapi kepada yang sengaja memilih tempat solat di tempat orang ramai melintas.
 
"Orang yang sengaja memilih tempat lalulintas itu yang berdosa," katanya kepada Malaysiakini.
 
Najib Rosmah pula mempertahankan pilihan raya di musim haji yang pernah diadakan oleh anak kutty pada 1986. Kesimpulan Najib Rosmah, siapa nak pergi haji, pergilah haji, buat pilihanraya musim haji, pilihanrayalah!
 
Itulah Najib Rosmah yang mudah kita kenali, selamba je nak buat benda salah! Maka rasanya sahlah Najib nak buat pilihanraya di musim haji ini kalau itulah pegangannya!
 
Satu lagi, bila orang bercakap tentang dosa dan pahala, dia kata pulak, orang nak menjadi lebih dari Tuhan! Laa...fahaman Islam apa macam begini?
 
Bukan nak lebih dari Tuhan Najib ooi, cuma nak bagi tahu hukum! Tak solat kerana menyeberangi Selat Inggeris untuk pecah rekod dunia, tak solat itu satu kesalahan kerana aktiviti itu, hukumnya berdosa! Tak solat kerana menonton pertandingan badminton Piala Thomas hingga habis waktu mahgrib, tak solat maghrib satu kesalahan maka hukumnya berdosa, bodoh!
 
Buat pilihanraya sewaktu rakyat yang layak dan berhak mengundi, tak dapat mengundi kerana terpaksa menunai haji, adalah merampas hak rakyat untuk memilih kerajaan yang adil dan berintegriti untuk mengurus kehidupan dan Negara mereka selama 5 tahun akan datang, adalah satu kesalahan dan kesalahan itu berdosa.
 
Najib...Najib...tak takut dosa nampaknya?
 
 
Berita dipetik:
Najib pertahan p’raya di musim haji
Zulaikha Zulkifli
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mempertahankan langkah mengadakan pilihan raya ketika musim haji dengan alasan, perkara seperti itu pernah dijalankan sebelum ini.

Katanya pilihan raya ketika musim haji itu pernah diadakan sebelum ini pada tahun 1986. 
Dalam pada itu beliau turut mengambil peluang untuk menyindir timbalan presiden PAS Mohamad Sabu yang memintanya bertanggungjawab sekiranya pilihan raya umum diadakan pada waktu itu.

"Dia lebih pada Tuhan tentukan soal dosa dan pahala. Sebab kita tak sekat sesiapa nak pergi haji. Dia (orang nak pergi haji) pergi haji, pergilah.

"Dan itu mesti diutamakan bukan soal apa-apa urusan lain termasuk pilihan raya. Kalau dah buat ketetapan nak tunai haji, kita mesti teruskan," kata Najib.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini.
Sumber: malaysiakini

1 comment:

  1. 'Bukan nak lebih dari Tuhan Najib ooi, cuma nak bagi tahu hukum! Tak solat kerana menyeberangi Selat Inggeris untuk pecah rekod dunia, tak solat itu satu kesalahan kerana aktiviti itu, hukumnya berdosa! Tak solat kerana menonton pertandingan badminton Piala Thomas hingga habis waktu mahgrib, tak solat maghrib satu kesalahan maka hukumnya berdosa, bodoh!'
    DUDUK MERUSUH TENGAH JALAN,X SOLAT..X BERDOSA KE???KENAPA X UMUMKAN WAKTU SOLAT,BERHENTI SOLAT DULU PASTU SAMBUNG BALIK BUAT RUSUHAN..XDE PUN????

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist