Friday, 22 June 2012

Fokus hanya 1 sekarang, jatuhkan BN - Rafizi

KUALA LUMPUR- Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menegaskan, fokus dalam hidup beliau sekarang hanya satu iaitu 'menjatuhkan BN'.

Beliau memberikan jaminan, perletakan jawatannya dari pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam akan membantu beliau mencapai sasaran tersebut.

"Fokus saya dalam hidup sekarang hanya 1 iaitu menjatuhkan BN.

"Perletakan jawatan saya akan membantu (hasrat ini)," tulis Rafizi dalam Twitternya.

Rafizi membuat penjelasan ini melalui Twitter beliau yang ekoran ditanya bertubi-tubi tentang makluman yang beliau buat semalam iaitu perletakan jawatan itu.

Rafizi memohon supaya beliau diberikan beberapa untuk bersama dengan isteri dan keluarganya.

"Bagi saya beberapa hari untuk isteri dan keluarga saya," kata Rafizi melalui Twitternya.
Walaupun begitu, beliau sibuk sejak malam tadi lagi memenuhi program PKR walaupun pelbagai andaian dibuat oleh media Umno khasnya Utusan Malaysia dan para bloggernya.

Hari ini beliau bertolak ke Kemaman, tempat kelahiran beliau untuk bersama-sama dengan Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution dan Naib Presiden PKR, Tian Chua berceramah di sana.

Besok juga beliau mempunyai jadual yang penuh tidak sebagaimana yang diandaikan media Umno dan BN, parti komponen Pakatan Rakyat itu dalam krisis ekoran perletakan jawatan Rafizi.

"Jadual esok: 11 pagi Konvensyen PKR Perak/Ipoh, 2 petang program bersama siswa/anak muda/Ipoh, 9 malam 2 ceramah di Sg Petani 2 pg tido tepi jalan," tulis Rafizi dalam Twitternya hari ini.

-Harakahdaily

4 comments:

  1. Betul lah tue....

    PR terutama nya PKR kalu bolh semua orang di harapkan berkorban utk Party.....

    Ibarat kalu bilas kain ,mereka akan bilas pulas sampai kering.....

    Tak kira lah Ngko ada ada ank bini ker ada Ibu Tua yg.sakit perlu di jaga ....

    Pemimpin/MB Pulak kalau Duit bolh simpan dalm Perbendaharaan Negeri simpan biar nampak banyak....

    Konon itu membuktikan Kerajaan Negeri pandai ......,belnja berhemah....

    Kerana itu klu jalan raya rosak paling baik yg.mereka lakukan di turap turap turap saja.....mcm jln cowboy.

    Fikir lah sendiri...

    Jgn maree.

    ReplyDelete
  2. takde hal punya bro.. masa bn memerintah dia repair jalan macam mana? wa pun org selangor beb? toksah kincing. Duit, kerajaan persekutuan hantar. Masa PR persekutuan tak bg peruntukan. Itu pun masih mampu turap jalan rosak sama seperti ketika bn.Bukankah bn sepatutnya boleh buat lebih baik krn duit ada. Kenapa main turap.. sepanjang masa. Lu pulak fikir?

    ReplyDelete
  3. Syabas saudara Rafizi, kami rakyat Selangor yang bukan Bn, juga bukan PR akan tetap memberi sokongan dan kepercayaan kepada saudara Rafizi dalam "Fokus hanya 1 sekarang, jatuhkan BN" Bagi kami rakyat Selangor, Rafizi adalah adalah pemimpin masa hadapan yang berintigriti.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)