KUALA LUMPUR, 25 Jun — Letih dan penat dengan ugutan berterusan
daripada kumpulan tertentu, pemimpin Barisan Nasional (BN) yang kini
berhadapan ancaman daripada pelbagai pihak termasuk ahli perniagaan,
kesatuan, dan pemimpin atasan, mereka tidak lagi mahu menunggu pilihan
raya umum ditunda lebih lama.
Sumber berkata kepada The Malaysian Insider, konsensus antara menteri
dan pemimpin BN mahukan pilihan raya lebih awal berbanding diadakan
pada penghujung tahun.
Alasannya: pengundi mengetahui bahawa pilihan raya kali ini amat
sukar untuk Umno/BN, jadi menteri berada di bawah tekanan untuk
memberikan kontrak, lesen, kebenaran, permit AP, dan banyak lagi.
Jika menteri dilihat enggan melaksanakan permintaan pemimpin
berpengaruh dan kumpulan tertentu, sumber menjelaskan mereka mungkin
akan kehilangan sokongan dan tewas kepada Pakatan Rakyat (PR) yang
berhasrat menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang selepas
kejayaan mereka pada 2008.
"Lagi cepat lagi bagus. Pemimpin BN menjangkakan Jun atau Julai,
namun berdasarkan situasi sekarang pilihan raya berkemungkinan selepas
pembentangan Bajet, dan akan memberikan lebih tekanan kepada mereka,"
kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Pembentangan Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar)
tidak memberikan sebarang tanda bila pilihan raya akan dilakukan, namun
berkata berkemungkinan pada musim Haji pada 26 Oktober.
Menteri-menteri daripada BN merasakan jika pilihan raya akan
dilaksanakan dalam masa terdekat, kerajaan masih akan tetap menang,
namun bukan dua per tiga majoriti dewan, sebaliknya lebih baik daripada
ketika zaman pemerintahan Tun Abdullah Badawi pada 2008.
"Menunggu sehingga hujung tahun mempunyai risiko yang besar dan
melembabkan ekonomi, sekaligus mencetuskan kebimbangan berlakunya lebih
banyak perbalahan merebut kerusi dan kuasa di samping "ancaman dan
tuntutan" daripada broker kuasa dan kesatuan," kata sumber lain.
Beliau menjelaskan, tiada mana-mana pihak dalam BN, sama ada menteri,
atau pakar strategi, percaya pilihan raya akan berlalu, walaupun Najib
berkata mereka mampu menawan dua per tiga majoriti dan memenangi kesemua
negeri termasuk Kuala Lumpur.
BN tewas empat kerusi – Kedah, Pulai Pinang, Perak dan Selangor –
serta gagal menawan Kelantan in 2008. Mereka berjaya menawan kembali
Perak pada Februari 2009 selepas beberapa pemimpin PR keluar parti, dan
memberikan majoriti kepada BN.
The Malaysian Insider difahamkan, pemimpin BN mengakui agak sukar
menawan kerusi di bandar terutamanya di kawasan Pantai Barat Semenanjung
Malaysia. Penggunaan kekerasan yang keterlaluan dalam perhimpunan
Bersih turut mengurangkan sokongan kepada BN.
Turut terdapatnya kebimbangan terhadap kedudukan Menteri Besar di
Johor, Kedah dan Perlis. Umno berharap agar mereka akan berjaya menawan
semula Kedah dengan timbalan menteri Datuk Mukhriz Mahathir menjadi
pilihan utama untuk calon menteri besar walaupun beliau tidak memegang
jawatan di peringkat negeri, dan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani
Othman telah berada di posisi tersebut sejak 1995.
"Banyak yang berebut kerusi menteri besar dan ia amat memeningkan
Najib," kata sumber, dan menambah, senarai calom menteri besar telah pun
diserahkan.
Pilihan raya harus dilakukan sebelum April depan, ataupun Parlimen
akan dibubarkan secara automatik, dan pilihan raya perlu dilaksanakan
dalam tempoh 60 hari.
Mereka yang rapat dengan Najib berkata perdana menteri itu amat
berhati-hati agar mereka beroleh kemenangan dan tidak berkongsi
kekalahan seperti Abdullah pada 2008.
Ramai yang menyalahkan Abdullah atas kekalahan mengejut tersebut
terutamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, dan Najib sedang berusaha untuk
memastikan sokongan kembali semula kepada kerajaannya, yang memerintah
sejak Merdeka dengan nama Perikatan.
“Najib berkata pilihan raya adalah umpama perang dan perlu bersedia
untuk berperang. Pilihan raya tidak dipanggil menunjukkan mereka masih
lagi belum bersedia," kata pakar strategi BN kepada The Malaysian
Insider.
Beliau menjelaskan dengan populariti Najib kekal pada 65 peratus,
dalam kaji selidik Merdeka Centre, kerajaan tidak sepopular beliau
apabila hanya memperolehi 46 peratus penerimaan berdasarkan kaji selidik
selepas Bersih pada 28 April. Hasil kaji selidik itu bagaimanapun tidak
menunjukkan hasil penerimaan terhadap Umno, namun, difahamkan ia berada
di tahap lebih rendah.
Seorang pemimpin BN menjelaskan, semasa Dr Mahathir menjadi tidak
popular selepas memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim in 1998, Umno dan BN
tetap diterima dan menerima undi dan membentuk kerajaan dengan kuasa dua
per tiga majoriti, walaupun tewas Terengganu.
Beliau menjelaskan, pada masa Abdullah menerima 71 peratus penerimaan
pengundi dan mengadakan pilihan raya pada 2008, beliau tetap tewas
kuasa majoriti dan empat negeri.
Sekitar 12 juta layak mengundi pada pilihan raya kali ini,
peningkatan berbanding sembilan juta pada 2008. Menurut statistik
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sekitar 40 peratus daripada jumlah itu
adalah pengundi muda./`TMI
Tuesday, 26 June 2012
Pemimpin BN mahu PRU, letih karenah ahli perniagaan dan persatuan
2012-06-26T14:51:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-