.

Tuesday 19 June 2012

Najib marah Anwar gagal pada 16 September 2008 ?

Oleh : accudo
 
Sewaktu di Keningau Sabah pada 16 Jun yang lalu Datuk Seri Najib mengajak rakyat supaya menoleh ke belakang untuk menilai rekod lampau Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim yang menurutnya melakukan pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia, pada tarikh 16 September 2008. 


Tu diaa!!!
 
Kata Najib, “Pada masa itu, satu negara dia bohong. Ini pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia. Adakah kita maafkan pemimpin yang bohong kepada rakyat...jangan kita mudah lupa sejarah ini.”
 
Najib bunyinya macam marah sungguh Anwar tidak berjaya mengajak 30 Ahli Parlimen BN menyertai parti pembangkang, sampaikan ajak rakyat tidak memaafkan Anwar!
 
 
 
Apakah sebenarnya Najib mahu Anwar berjaya melakukannya pada tarikh tersebut?
 
Masalahnya Najib kata Anwar berbohong, tetapi pada waktu yang sama Najib ‘bawa lari’ jugak Ahli-ahli Parlimen BN itu ke Taiwan? Kalau dah Anwar Ibrahim berbohong kenapa pulak bawa lari, tak payahlah buat lawatan sambil belajar secara tiba-tiba! 
 
Najib jelas macam budak kecik, ajak Anwar main kejar-kejar, bila Anwar sekelat sedikit, marah! “Tak acilah Anwar, engkau sekelat macam tu! Apa ni main tipu!!”
 
Apalah Najib, main kejar-kejar memanglah ada sekelat sikit di sana-sini, inikan pulak main politik! Tektikallah!
 
Begitulah para pemimpin Umno, suruh orang main politik lurus bendul, dipihak dia pulak kalau tak tipu, tak bohong, tak sah! 
 
Kalau nak cakap bab bohong ini, tak usah katalah konon ‘bohong’ Anwar pada 16 September 2008 itu “pembohongan terbesar dalam sejarah politik Malaysia” kerana dakwaan Najib itu sendiri pun jelas antara pembohongan paling besar!
 

1 comment:

  1. Najib dan UMNO/BN dah tak tentu arah dah.....kalu dia dipihak UMNO/BN sepatutnyer dia kater bersyukur kerana projek tu tak jadi....kalu jadi tentu dia dah duduk kat barisan pembangkang....hihihihihi..nampak sgt haru-biru najib dan UMNO/BN sekarang nie....mcm dia menyokong perkara itu jadi....begitulah berpusingnyer lidah sipeminta komisien nie...kesian der...kesian dier...kesian....hihihihihi

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist