Oleh : Shahbudin Husin
Mahathir mungkin satu-satunya pesara jawatan tertinggi di Malaysia dan
dunia, yang tetap memenuhkan setiap hari yang dilaluinya dengan
kesibukan mengkritik dan memikirkan tentang politik.
Jika pesara lain yang pernah menjadi Perdana Menteri atau Presiden
mana-mana negara, mereka hanya lebih banyak menjalani kehidupan santai
bersama keluarga dan anak cucu serta sesekali menghadiri jamuan selepas
meletakkan jawatan, ini tidak berlaku kepada Mahathir.
Sejak melepaskan jawatan pada 2003 dan kemudian berlaku episod Anwar
dibebaskan dari penjara, perselisihannya dengan pengganti yang
dipilihnya sendiri iaitu Pak Lah dan keputusan buruk pilihanraya 2008,
Mahathir menjadi seorang pesara yang tidak pernah duduk diam.
Menjelang pilihanraya akan datang ini di mana musuh utamanya, Anwar
sedang mengintai untuk menuju ke Putrajaya dan dalam masa yang sama UMNO
semakin ditolak rakyat, Mahathir kelihatan semakin sibuk dan menjadi
tidak tenang jiwanya. Pelbagai pandangan, tulisan, kritikan dan ucapan
mengenai politik, masa depan negara, UMNO, Anwar dan sebagainya sudah
diluahkannya. Matlamatnya tidak lain, mengelak impian Anwar menjadi
Perdana Menteri menjadi kenyataan.
Baru-baru ini beliau bercakap tentang demokrasi, pembaharuan dalam
pentadbiran Najib yang disifatkannya menggalakkan ekstremisme dan
kebimbangannya jika Anwar menyalahgunakan kuasa setelah berjaya menjadi
Perdana Menteri dan seterusnya memungkinkannya di bawa ke muka
pengadilan dan dipenjarakan.
Jelas bahawa Mahathir mulai bimbang dengan kebangkitan rakyat yang
mahukan pembaharuan sebagaimana yang telah berlaku di beberapa negara
sebelum ini.Namun dengan membuat andaian bahawa kemungkinan beliau akan
menjadi mangsa balas dendam Anwar, beliau mengharapkan rakyat menolak
perubahan dan lebih melihat kesan buruknya berbanding kebaikannya.
Mahathir akan terus mengkritik Anwar dan pembangkang sehingga tarikh
pilihanraya diumumkan dan ketika tempoh kempen, keaktifannya mungkin
berganda lagi. Jiwa pencennya tidak akan tenang selagi Anwar masih
bernafsu untuk merebut kuasa. Beliau ghairah mempertahankan UMNO bukan
sangat kerana sayangkan Najib tetapi semata-mata mahu mengelak rakyat
memilih Anwar sebagai Perdana Menteri.
Jika diimbas pencapaian dan kejayaan Mahathir menundukkan musuh-musuh
politiknya, beliau sepatutnya sudah boleh menggunakan tempoh persaraan
ini dengan jiwa lebih tenang. Semua musuh politiknya berjaya ditunduk
dan dijinakkan. Beliau memang boleh berbangga dengan pencapaian itu.
Tetapi putaran kehidupan menjadikan beliau lebih serabut dan kalut berbanding bekas musuh-musuh yang pernah dikalahkannya itu.
Musa Hitam, musuh politiknya yang pertama, kelihatan lebih enjoy dan
tenang di usia persaraan ini dengan menceburi dunia korporat dan banyak
menghabiskan masa di luar negara. Tengku Razaleigh yang ditewaskannya
pada 1987, walaupun masih aktif dan bernyawa dalam politik tetapi
jiwanya kini juga pasti lebih tenang dan santai berbanding Mahathir.
Begitu juga dengan Pak Lah, sejak bersara pada 2009, beliau mengambil
keputusan bersara sepenuhnya dan tidak pernah menyusahkan penggantinya
iaitu Najib. Masanya banyak dipenuhkan bersama keluarga dan hanya
sesekali muncul di khalayak ramai.
Hanya Anwar, musuhnya yang turut tidak tenang tetapi Anwar belum bersara
dan sedang gigih mendaki tangga untuk menawan Putrajaya.
Kenapakah Mahathir tidak setenang Musa Hitam, Ku Li dan Pak Lah?
Mahathir menjadi sedemikian rupa tentunya ada kaitan dengan
langkah-langkah politik yang dilakukannya sepanjang 22 tahun berkuasa
yang kadang-kadang dilihat zalim dan keterlaluan. Beliau tidak pernah
ada perikemanusiaan terhadap penentang yang mahu menggugat kuasa yang
sedang disandangnya.
Apabila melantik Pak Lah sebagai penggantinya, beliau antara lainnya
tentulah mengharapkan dapat bersara dengan aman dan tenang. Tetapi
bermula dengan pembebasan Anwar dari penjara dan kemunculan pengaruh KJ
menyebabkan Mahathir kembali menyingsing lengannya. Dan sejak itu,
sekitar tahun 2004 sehinggalah sekarang, Mahathir menjadi seorang pesara
yang tidak tenang jiwanya.
Mahathir kini bagai diburu oleh dosa-dosa silamnya. Kerakusan untuk
mempertahankan kuasanya suatu ketika dahulu sehingga tiada perasaan
belas terhadap orang lain menyebabkan beliau kini sentiasa dibayangi
ketakutan dan kebimbangan.
Walaupun mengakui tidak bimbang jika nasibnya menjadi seperti Hosni
Mubarak atau Muammar Gaddafi tetapi keaktifannya bersuara akhir-akhir
dan mahu rakyat mengelak perubahan berlaku dalam politik negara seperti
di beberapa negara Arab, jelas bahawa Mahathir mempunyai kebimbangan
itu.
Jika UMNO dan BN tumbang, bukan sahaja legasinya akan musnah malahan
kedudukan dirinya sendiri juga menjadi tidak menentu. Masa depan
anak-anaknya dalam politik dan perniagaan juga menjadi buntu. Bolehkah
kita membayangkan bagaimana kehidupan Mahathir jika Anwar menjadi
Perdana Menteri?
Dengan kita pun tidak mampu membayangkannya, maka tentulah Mahathir
sendiri tidak mahu membayangkan nasib dirinya ketika itu nanti.
Kiranya apa yang sedang dilaluinya kini dinamakan pembalasan, Mahathir
tentunya sedang meniti detik-detik sengsara akibat dosa-dosa silamnya.
Sementara menjalani kehidupan hari tua tidak sebagaimana bekas Perdana
Menteri lainnya di mana-mana di dunia ini, dan jika sesekali terbayang
di kepalanya kemungkinan UMNO kehilangan kuasa dan Anwar pula menduduki
kerusi Perdana Menteri yang pernah didudukinyan selepas pilihanraya akan
datang ini, derita jiwanya pasti lebih parah lagi.
Mahathir kini sedang bertarung mengelakkan semua itu
-http://shahbudindotcom.
Wednesday, 20 June 2012
Mahathir - Pesara Yang Tidak Tenang Jiwanya
2012-06-20T08:06:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-