Sekarang ini, pekerja swasta masih boleh membuat pengeluaran wang KWSP di akaun 2 ketika menginjak ke usia 50 tahun. Tetapi untuk pengeluaran wang KWSP
melibatkan pengeluaran keseluruhan (secara total) kalangan anda semua
mesti tunggu sehingga 60 tahun. Apa sebenarnya tujuan dan matlamat KWSP
sebenarnya?
Seperti yang diketahui anda di sini, KWSP ini merupakan sebuah institusi yang menjadi platform
kalangan kakitangan kerajaan mahupun swasta ini membuat simpanan di
hari tua bukannya simpanan sehingga mati!! 2 situasi dan perkara yang
berbeza di situ.
Sepatutnya KWSP memberikan kelonggaran
kepada mana-mana pekerja yang mahu bersara pada umur 55 tahun dengan
membenarkan mereka membuat pengeluaran wang KWSP secara total. Ini
adalah masa sesuai untuk mereka merasai nikmat di atas penat lelah
mereka selama bertahun-tahun mengerah tenaga dan komitmen yang diberikan
mereka. Nak harapankan dividen KWSP setiap tahun, berapa sangat yang mereka dapat? Ini wang dan hak mereka, kembalikan semula kepada empunya badan!!. Kena ingat :
“Nilai wang fiat setiap tahun makin lama makin menyusut”
Takut orang-orang tua ini
menyalahgunakan wang sendiri di penghujung usia? Sementara di usia muda
inilah, berikan mereka informasi dan pendedahan bagaimana menguruskan
kewangan mereka dengan betul. Kebanyakan yang menyalahgunakan wang
mereka di hari itu bagi kami masih lagi kes terpencil.
Tetapi jikalau anda semak keretan akhbar di bawah, pasti anda akan tahu apa sebab-musabab kerajaan mahu melanjutkan had persaraan kepada umur 60 tahun.
Sekarang ini nilai hutang kita sudah mencecah RM470.6 bilion yang mana
jumlah besar terdiri daripada hutang dalam negeri termasuk hutang
kerajaan persekutuan terhadap KWSP (wang milik kakitangan kerajaan dan
swasta) yang kini sudah mencecah RM144.5 bilion (setakat data pada 31
Disember 2011).
Cadangan Meningkatkan Dana KWSP?
Ada jalan penyelesaiannya setakat ini yang diambil oleh pihak kerajaan?
- Naikkan had persaraan kakitangan kerajaan
- Naikkan had persaraan kakitangan swasta
- Naikkan had umur bagi pengeluaran wang KWSP secara total pada umur 60 tahun
- Kemudian sekarang ini kerajaan mahu mengkaji sama ada mahu beri pencen bagi pekerja swasta
Bagi kami, sepatutnya dibolehkan pada pengeluaran akaun 2 umur 50 tahun manakala pengeluaran wang KWSP
secara keseluruhannya dibuka pada umur 55 tahun. Baki 5 tahun
perkhidmatan lagi, sementara menunggu usia berhenti wajib, gaji bayar
penuh, majikan juga dapat juga faedahnya dengan tidak perlu membuat
potongan. Ini disebabkan pada masa itu, gaji dah mati skim, ini bagi
kami lebih relevan. Apa kata dan respon anda pula?
P/S : Jumlah hutang kerajaan Malaysia adalah sebanyak RM470.6 bilion ketika
ini manakala hutang kerajaan terhadap KWSP berjumlah RM144.5 bilion.
Mampukah kerajaan membayar semula duit rakyat ini? Kami pulangkan semula
persoalan ini untuk kerajaan menjawabnya dan menjelaskannya…
beri pilihan pada perkerja samada untuk pencen pada 55th atau 60th dan pengeluaran total kwsp masih kekal pada 55th.
ReplyDeleteWajib kekalkan pengeluaran simpanan akaun 2 KWSP pada usia 50 tahun dan wajib juga kekalkan pengeluaran keseluruhan simpanan KWSP pada umur 55 tahun.
ReplyDeletedividen kwsp memang ciput...Untuk menigkkatkan pendapatan Kwsp anda boleh mengeluarkan sebahagian dari akaun 1 dan melabur dalam unit amanah yang memberi pulangan sekitar 8 - 12%. Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi saya...
ReplyDelete