.

Tuesday 5 June 2012

Kerana Takut Terpaksa Buat Gimik | 688 Ahli Pas Sertai Umno: Fauzi Tanding Larut?

Oleh: mohd Sayuti Omar

Penyertaan bekas Ketua Siasatan Jenayah (KSJ) Bukit Aman Fauzi Shaari ke dalam perjuangan Pas dua minggu lalu telah dirasai dan mula memberi kesan kepada Umno khasnya Umno Perak. Walaupun penyertaan Fauzi itu atas kesedaran diri untuk memperjuangkan Islam tetapi ia sudah mula dibaca oleh orang Umno Perak terutamanya di kawasan kelahiran Fauzi di parlimen Larut, kononya Fauzi bakal diletak bertanding di kerusi Parlimen Larut.
 Keresahan ini tergambar apabila Umno bahagian Larut Perak yang diketuai oleh seorang timbalan menteri terpaksa membuat gimik mentah stail lama untuk melemahkan Pas Perak kononnya 688 orang ahli Pas menyertai Umno. 

Mereka itu 360 dari Titi Kasai dan 328 dari Felda Ijok keluar kerana kecewakan dengan perjuangan Pas yang tidak Islamik lagi.

Berita kemasukan ahli Pas itu dilaporkan oleh PB utama negara ini, Utusan Malaysia yang kini edarannya semakin merudum. Khabarnya edaran Utusan di bawah 80,000 setiap hari.

Semua orang tidak mempercayai akan laporan berbanyar berita berkenaan. Akhbar itu yang menjadi lidah Umno akan melaporkan apa saja untuk memburukkan pembangkang termasuklah akan melaporkan tahi berwarna kuning pun sebagai emas dan juga tergamak menabur fitnah.

Tidak ada munasabah langsung dengan berita berkenaan. Ia dibuat adalah kerana sudah ada kegerunan dan rasa takut Umno dengan kemunculan Fauzi yang bakal menjadi mujahid Pas. Walaupun belum kedengaran desas desus Fauzi bakal diletakkan disitu atau mana-mana kerusi pada pilihan raya akan datang namun ia sudah pun mengelabahkan hati pemimpin Umno di situ terutamanya ahli Parlimennya Hamzah Zainuddin yang kini sudah mulai nampak liang lahad politiknya sudah terbuka luas.

Munabsah juga kalau Hamzah mulai merasai takut kerana dalam pilihan raya lalu beliau menang dengan majoiriti tipis 1,191 undi sahaja. Hamzah berdepan dengan calon Pas, Dr Mohd Dhari Othman yang meraih 13,967 undi manakala Hamzah mendapat 15,878.

Dalam Parlimen Larut mempunyai tiga kerusi Dun iaitu Selama, Kubu Gajah dan Batu Kurau. Di Selama BN hanya menang dengan 355 sahaja. Calonnya Mohamad Daud Mohd Yusuf mendapat 5,240 manakala calon Pas Abu Hassan Mohammad mendapat 4,855.

Di kerusi Kubu Gajah pula calon BN Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar menang hanya 66 undi sahaja. Raja Zainuddin mendapat 4,114 manakala calon Pas Mohd Nazri Din mendapat 4,048.

Hanya dikerusi Batu Kurau BN agak ke depan berbanding dengan Pakatan Rakyat. Di kerusi ini BN menerusi calonnya Mohamad Najmudin Ilias mendapat 7,023 manakala Hamid Ali PKR mendapat 4,584. Najamuddin menang dengan majoriti agak besar sebanyak 2,439 undi.

Memandangkan sambutan dan selera rakyat yang makin bertambah kepada Pakatan Rakyat akhir-akhir ini kemungkinan besar kerusi parlimen Larut dan dua kerusi Dun akan terlepas kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang. Realiti inilah menyebabkan gimik mentah itu terpaksa dilakukan.

Anihnya di sini dan nampak berita kemasukan ahli Pas ke dalam Umno itu rekaan dan merupakan perang saraf apabila hanya ahli Pas yang menyertai Umno tetapi tidak ada ahli PKR khasnya dari keturunan Cina dan India. Seharusnya akhbar PB itu perlu menambah ada juga orang Cina dan India meninggalkan parti mereka dan menyatakan sokongan kepada BN.

Mungkin dengan perkembangan ini Pas Perak boleh memikirkan untuk benar-benar meletakkan bekas pegawai tinggi polis itu untuk berdepan dengan Hamzah Zainuddin dalam pilihan raya akan datang. Kalau ini terjadi pasti orang yang sanggup memperalatkan isteri untuk kepentingan politiknya itu akan menggelupur bagaikan ayam kena sembelih dengan pisau tumpul./~merahtintaMSO

2 comments:

  1. Mereka itu 360 dari titi kasai ... titi kasai tu penduduk dia pun tak sampai 300 org rasa nya !!!! dari mana la depa dapat sampai 360 org tu ???? ... munkin di campur lembu dan kambing kut ,kalu tak pun d kira sekali yg atas bukit sempadan dengan kg paya tu ...( arwah opah ,tokwan dan ayah saya pun d kira sekali kut )

    ReplyDelete
    Replies
    1. begitulah kalau dah terdesak... petanda umno akan berkubur pada PRU 13 nanti..INsyaallah..

      Delete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist