Oleh: Mohd Sayuti Omar
Saya baru mendengar kritikan dan cercaan seorang Dr bernama
Nasoha Saabin yang tahap pendidikan dan ilmunya bertaraf profesor
terhadap Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya terkejut mendengar
cercaan ataupun tuduhan yang kepada saya agak melampau dan tidak wajar
keluar dari mulut seorang berdarjat sarjana setinggi itu.
Saya tidak dapat menahan marah dan rasa terkilan lantas saya terus
membuat posting ini setidak-tidaknya bagi menyejutkan gelora di hati.
Dengarlah sendiri apa komen sang prfesor ini dalam you tube di bawah:
Profesor ini tiba-tiba diserang jin dan terus naik berang dengan
tanggapan atau pun pandangan mengatakan stail dan gaya hidup politik Tok
Guru Nik Aziz adalah stail dan gaya Islam atau menempati gaya hidup
Nabi Muhammad. Beliau marah tanggap itu sebaliknya menganggap apa yang
Tok Guru Nik Aziz lakukan lebih merupai gaya hidup atau stail dajjal dan
Iblis.
Alasanya Nabi mengajak manusia kepada Allah sebaliknya Nik Aziz mengajak
manusia bersama Pas. Dangkal, jahil dan 'biawak mampos' sungguh
pemikiran dan pengamatan minda profesor ini terhadap politik. Jelas
beliau jahil tidak dapat menilai dan mengupas serta memahami mantik
perjuangan Nik Aziz. Ada juga profesor seperti ini di negara ini.
Kekesatan dan kekasaran beliau menggunakan bahasa dan anologi memburukan
Nik Aziz itu saya tidak dapat menerimanya. Pasti kalau kata-kata itu
dihemburkan di hadapan saya, saya akan menyempak orang sebegini dan
meludah mukanya beberapa kali. Dia ternyata lebih busuk dan kohong dari
Salentia yang melacur diri kepada kebendaan dan dunia.
Orang digelar prof ini saya percaya membuat pernilaian demikian terhadap
siasah Nik Aziz berdasarkan kepercayaan beliau bahawa Tok Guru itu
membuat pernyataan bahawa undi Pas akan masuk syurga atau perjuangan Pas
adalah menyamai perjuangan Rasulullah? Pernyataan ini tidak disetujui
oleh profesor ini dan inilah menjadikan dia persis babi gila yang
menyodok bukit rendah.
Tidak mengapa kalau tidak bersetuju atau hendak mencerca Nik Aziz.
Sebalilnya apa yang perlu diketahui apakah sahih bahawa beliau (Nik
Aziz) ada membuat pernyataan demikian; undi Pas masuk syurga? Kalau
Nasoha tidak dapat mengesah atau mendengar sendiri pernyataan Nik Aziz
itu maka jelas beliau membuat kesimpulan dan melebelkan Nik Aziz tanpa
bukti-bukti yang jelas dan konkrit. Apakah itu bukan fitnah dan bukankah
fitnah itu kawan syaitan? Di sini siapakah yang memakai akhlak syaitan
dan iblis?
Saya percaya cercaan Nasoha kepada Nik Aziz itu berdasarkan dakwaan
seorang mufti kononnya Nik Aziz ada membuat kenyataan demikian. Kalau
benar begitu Nasoha tidak boleh membuat tuduhan dan ulasan begitu kerana
mufti itu sendiri belum memberi bukti yang Nik Aziz berkata demikian.
Sampai ke hari ini mufti itu diam membisu apabila Nik Aziz meminta bukti
atas tuduhan dan dakwaan itu.
Adalah malang kalau orang bertaraf prof dianggap sebagai mursyid juga
bertindak seperti sesetengah ketua cawangan parti politik atau pun turut
sama menjalankan kerja-kerja syaitan atau bercakap sambil berkomor air
liur syaitan seperti mana sesetengah dilakukan oleh editor akhbar PB.
Nampaknya negara ini ditimpa malang yang bermalangan kerana bukan saja
orang politk mulut busuk, ulama dan sarjana kepala notak juga mula
dhinggap penyakit birat mulut.
Dalam pemerikasaan di geoogle, Nashoa merupakan anak Melayu pertama mendapat
kelulusan sarjana dalam bidang Optometri dari Universiti Melbourne
Australia. Sekarang beliau merupakan dekan di Fakulti
di International University College of Tehnology Twintech, Pengerusi
Octagon Petroleum Technology Sdn Bhd dan Pengarah dan Perunding Utama di
Integrative Holistic Wellness Centre Sdn Bhd. (Sila rujuk: http://mthago.wordpress.com/drn/)
Selain itu beliau juga seorang pemuja Mahathir Mohamad dengan mengarang
syair, puisi dan lirik-lirik lagu menyanjung tinggi Mahathir Mohamad.
Dari latar belakang aktiviti itu jadi tidak hairanlah kalau profesor ini
bertindak macam profesor gila. /~merahtintaMSO
Tak mahu naik van bawa jenazah ibu ayah sebab ‘takut’
14 minutes ago
PROFESOR KANGKUNG YANG HANYA TAHU ANGGUK TANPA GELENG WALAU TAK BETUL ! BILA MATA & AKAL KELABU NAMPAK MAMAK KUTTY SEBAGAI IDOLA YANG LAIN SEMUA JADI TAK BETUL TERMASUKLAH TGNA ,MAKA KELUARLAH SEGALA TAIK DARI MULUT SANG 'KONON' PROFESOR YANG SEBENARNYA CABUK AKAL ,NAUDZUBILLAH MIN ZALIK !
ReplyDeleteDia ni belajar pasai mata. Tak tau la status prof dia universiti mana yang bagi. Tapi yg pasti taraf tu bukan pasai ilmu agama dia. Kalau macam ni punya cakap pasai agama, sama je standard dgn aku yg spm pun tak brapa clear ni. Tapipun aku ingat pesan ustaz yg selalu dok rotan aku dulu, biar org kata kita ni tak pandai asalkan kita jaga amalan dan mulut kita macam mana Allah dan nabi suruh. Wallahualam
ReplyDeleteni professor iblis sbb dlm islam, sapa kata orang kafir, dia la kafir. kalau dia kata orang iblis, dia la iblis. nauzubillah.
ReplyDelete