skip to main |
skip to sidebar
GEMPAR!!! Pengadu kes Bukit Kepong mohon maaf kepada Mat Sabu, minta Mahkamah bebaskan Mat Sabu dari pertuduhan

PULAU PINANG: Perbicaraan kes Haji Mohamad
Sabu yang didakwa kerana dikatakan memfitnah polis Bukit Kepong di
bawah seksyen 500 Kanun Keseksaaan menyaksikan kegemparan apabila
pengadu kes tersebut beberapa kali meminta maaf kepada beliau dan
meminta Mahkamah membebaskannya dari pertuduhan.
Saksi pendakwa
tersebut Visvanathan a/l Muthu iaitu seorang pesara polis yang memberi
keterangan beliau hari ini berulang-ulang kali meminta maaf kepada Mat
Sabu sambil mengangkat tangannya kepada Mat Sabu dan meminta mahkamah
membebaskan beliau.
Beliau berkata demikian apabila di soal
balas secara panjang lebar oleh peguambela Mat Sabu, Mohamed Hanipa
Maidin di Mahkamah Sesyen hari ini.
Semasa pemeriksaan balas
tersebut beliau mengakui bahawa laporan polis yang beliau pada 27 Ogos
2011 adalah semata-mata berdasarkan laporan Utusan Malaysia pada tarikh
yang sama.
Berikut adalah antara lain petikan soal balas Hanipa dengan saksi tersebut.
Soalan peguambela (S): Kamu setuju kamu sendiri tak dengar ceramah Mat Sabu?
Jawapan saksi(J): Ya, setuju.
S: Kamu setuju apabila kamu tak dengar apa yang Mat Sabu kata, kamu sebenarnya tak tahu apa yang Mat Sabu kata?
J: Ya. Setuju.
S: Cuba kamu lihat laporan laporan akhbar Utusan dan petikan ucapan Mat
Sabu, setuju tak apa yang ditulis oleh Utusan adalah tidak sama dengan
apa yang Mat Sabu kata?
J : Ya, setuju.
S : Mat sabu tak ada kata perkataan komunis langsung dalam ucapan beliau tapi Utusan ada kata, betul tak?
A : Betul.
S: Kamu setuju atau tidak apa yang kamu tulis dalam laporan polis kamu
yang katakan Mat Sabu menfitnah polis dan menyokong komunis adalah tidak
betul?
J : Ya, setuju.
S : Jadi laporan polis kamu tidak
betul dan saya katakan bukan Mat Sabu yang memfitnah polis tetapi kamu
yang sebenarnya memfitnah Mat Sabu dalam laporan polis kamu?
J : Ya,
saya setuju. Saya mahu minta apology (maaf) kepada beliau (sambil
tunjukkan tangan minta maaf pada Mat Sabu yang ada di kandang orang kena
tuduh).
S : Dalam laporan polis kamu ada sebut minta polis
ambil tindakan undang-undang Mat Sabu, kamu masih mahu 'stick' kepada
apa yang kamu katakan?
J : Tidak, saya mahu minta maaf pada Mat Sabu dan 'he is now my brother'. Saya mahu Mat Sabu dibebaskan.
S: Kamu kata Mat Sabu derhaka pada Yang Dipertuan Agong, saya ingin
tanya pada kamu macam mana kamu boleh kata dia derhaka kepada Agong,
sedangkan pada masa peristiwa Bukit Kepong Malaysia belum wujud dan Yang
Di Pertuan Agong pun belum ada. Macam mana Mat Sabu boleh derhaka pada
benda yang belum ada?
J :Saya tidak boleh jawab soalan itu.
S: Jadi kamu setuju kamu tidak cakap benda betul dalam laporan polis kamu?
A: Setuju.
Saski juga mengakui dia tidak tahu di mana Bukit Kepong dan apabila
terus ditanya oleh Hanipa beliau menyatakan Bukit Kepong terletak di
Selangor dan Hanipa lantas menyampuk "Itu Kepong bukan Bukit Kepong!"
Saksi tersebut yang mengidap diabetik beberapa kali terpaksa berhenti
memberi keterangan kerana dikhuatiri akan pengsan kerana berdiri terlalu
lama.
Apabila disoal semula oleh pihak pendakwa saksi sekali
lagi meminta maaf pada Mat Sabu dan berkata beliau menyesal (kerana buat
laporan polis ke atas Mat Sabu).
Selepas selesai memberikan
keterangan saksi tersebut dilihat berjalan menuju ke kandang Mat Sabu
dan terus bersalam dengan beliau dan meminta maaf sekali lagi.
Kes kemudiannya ditangguhkan ke 13,16 dan 17 Julai depan kerana Hanipa
memaklumkan mahkamah bahawa Mat Sabu sedang menunggu tarikh rayuannya di
Mahkamah Rayuan bagi membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang
yang enggan membatalkan pertuduhan ke atas beliau.
Mat Sabu
diwakili oleh Mohamed Mohamed Hanipa Maidin, Amin Zulkifli dan Nasar
Khan manakalan Encik Husaini mewakili pihak pendakwa.
Galeri
Mahkamah yang dipenuhi pemerhati turut menyaksikan kehadiran Ustaz
Salleh Man, Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang dan Ahli Majlis dari DAP iaitu
saudara Francis.
-PASPB