Tuesday, 12 June 2012

Berita Internasional Laporan Himpunan Bersih Jejas Kuota Haji Tidak benar

Sebuah akhbar Singapura melaporkan, Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, mengakui bahawa kuota haji Malaysia tidak terjejas ekoran perhimpunan Bersih 3.0 di Masjid Nabawi, Madinah dan Masjidil Haram, Mekah pada 26 April lalu.

Akhbar tersebut memetik Anifah berkata, ia adalah hasil pertemuannya dengan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Saud Al Faisal, baru-baru ini.

Akhbar-akhbar media utama Malaysia telah melaporkan sebelum ini, kononnya kerajaan Arab Saudi sedang membuat pertimbangan sama ada untuk mengenakan sekatan atau menggantung jemaah haji dan umrah dari Malaysia berikutan insiden perhimpunan haram di kedua-dua masjid suci itu pada 26 April lepas.

Antaranya adalah, laporan agensi berita Bernama yang ditukil laman berita mStar Online.

Akhbar Mingguan Malaysia juga sebelum ini pernah melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi telah melancarkan gerakan mengesan sekumpulan rakyat Malaysia yang menganjurkan perhimpunan Bersih 3.0 di Makkah dan Madinah April lalu./~buletinonline
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)