.

Thursday 7 June 2012

Dari Sumber BN : Pilihanraya Selepas Musim Haji..


Pilihan raya berkemungkinan selepas musim Haji, BN perlu tarik belia, Cina

KUALA LUMPUR, 7Jun — Sumber Barisan Nasional (BN) menjangka pilihan raya mungkin akan dilaksanakan selepas musim Haji pada 26 Oktober depan, ekoran BN perlu menarik kembali sokongan daripada kumpulan belia dan juga pengundi Cina. 
 
Malah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga masih lagi sedang meneliti senarai nama calon bagi memastikan kemenangan majoriti dalam pilihan raya umum akan datang.
The Malaysian Insider pada 28 May telah melaporkan pilihan raya mungkin diadakan pada September namun Najib telah mengumumkan Bajet 2013 akan dibentang pada 28 September dan mendesak strategi parti mencari tarikh yang sesuai untuk memastikan bajet gula-gula diterima rakyat.

“Musim Haji mungkin akan melambatkan pilihan raya kerana BN mahu rakyat merasakan manfaat Bajet 2013. Kami sedang meneliti kemungkinan November,” kata sumber kepada The Malaysian Insider.

Sumber Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, badan bebas itu telah bersedia untuk pilihan raya namun sentiasa berjaga-jaga untuk pilihan raya mengejut bagi 222 kerusi Parlimen dan 505 kerusi negeri, kecuali Sarawak yang telah mengadakan pilihan raya tahun lepas.

“Kemungkinan pilihan raya pada Julai kerana bulan Ramadhan bermula hujung bulan, kemudian Hari Raya Aidil Fitri. Mungkin pilihan raya selepas Bajet dan Haji,” kata sumber SPR.

Pegawai yang memahami strategi BN berkata Najib mahukan BN menguasai semula kawasan bandar selepas pengundi Cina majoritinya mengundi Pakanatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya 2008.
“Najib mahu sokongan belia dan pengundi Cina, beberapa bulan ini akan jadi saat sukar,” kata sumber kerajaan itu lagi kepada The Malaysian Insider.

Beliau menjelaskan pengerusi BN itu akan menghadiri perhinpunan TwtupKami di Bukit Jalil Sabtu ini, apabila pengguna Twitter dijangka akan berhimpun dan mengadakan aktiviti di sana. Penganjur juga sudah menjemput Najib untuk bermain ukelele pada majlis itu, yang dikatakan telah diadakan dengan bantuan kerajaan.

“Konsep TwtupKami lebih kurang konsert Suara Kami tahun lalu, yang mana PM turut hadir. Beliau bekerja keras untuk meraih sokongan pengundi muda,” tambah sumber.

Perlantikan Setiausaha Agung Gerakan Teng Chang Yeow (gambar) sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang turut dilihat sebagai usaha menarik sokongan pengundi Cina yang mewakili 23 peratus populasi di negara ini.
Peningkatan rating penerimaan daripada Cina dan India menurun selepas perhimpunan 28 April Bersih 3.0, kata kaji selidik Merdeka Center namun kaji selidik terbaru mendapati rating Najib menurun kepada 65 peratus, penurunan empat peratus daripada kaji selidik sebelumnya. Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini menerima rating 71 peratus apabila melaksanakan pilihan raya pada Mac 2008.

Sumber BN berkata kaji selidik mendapati BN perlu bekerja keras untuk meyakinkan pengundi dengan terutamanya kepada 2.2 juta pengundi baru. Pilihan raya perlu dilaksanakan sebelum April 2013 apabila mandat BN berakhir.

Turut difahamkan kaji selidik sebelum ini mendapati BN mampu untuk memenangi 146 kerusi Parlimen dengan 80 pasti menang, lebih daripada 140 yang dikuasai pada pilihan raya 2008.

Sumber itu berkata, kaji selidik dijalankan pada Jun dan strategi BN akan mengumpul hasil kajian pada bulan Ramadan dan Syawal.

Sumber berkata kepada The Malaysian Insider pilihan raya Julai adalah satu kemungkinan kerana barangan pilihan raya telah mula diagihkan ke setiap bahagian. Beberapa bahagian Umno juga mula memasang bendera di pusat bandar dan menimbulkan spekulasi pilihan raya semakin hampir. Kerajaan menguasai 138 daripada 222 kerusi di Dewan Rakyat dan semua kecuali empat negeri yang jatuh kepada Pakatan Rakyat (PR).

Pentadbiran Najib memberikan fokus utama terhadap beberapa demografi berbeza, namun cadangan pemansuhan pembiayaan pendidikan oleh PR menyebabkan kehilangan sokongan belia, kunci utama dalam daftar pemilih dangan 20 peratus daripada 12 juta daftar pengundi. Hampir 60 peratus daripada pengundi baru adalah Melayu, komuniti dominan di negara ini.

Perhimpunan Bersih 3.0 menuntut pilihan raya dan daftar pemilih yang bersih turut mengurangkan sokongan kepada kerajaan dengan hampir 200,000 peserta di Kuala Lumpur, bandar-bandar di seluruh Malaysia, dan juga seluruh negara.

Najib telah mengetepikan spekulasi pilihan raya akan dilanjutkan kerana Bersih 3.0, menegaskan ia akan dilakukan berdasarkan pendapat rakyat. “ Tarikh pilihan raya tidak terjejas dengan perkara itu,” katanya.
“Ia terpulang kepada rakyat. Kami akan menentukan berdasarkan pandangan rakyat kepada kerajaan,” kata Najib lagi.

Bersih, gabungan 84 kumpulan NGO telah menolak daftar pemilih SPR dan menuntut pilihan raya adil dan bersih, telah mengadakan tiga perhimpunan bermula pada 2007, dan kali terakhir pada 28 April.

Najib telah membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) dan telah mengemukakan 22 syor, namun Bersih masih lagi menegaskan daftar pemilih masih lagi kotor./~TMI

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist