Monday, 25 June 2012

Ali Hamsa KSN Baru ...Orang M???



Ali Hamsa tidak layak jadi KSN - Bekas Speaker
 

IPOH- Kenyataan Ketua Setiausaha Negara yang baru, Datuk Dr Ali Hamsa disifatkan sebagai sungguh memalukan.

Oleh itu, beliau yang baru dilantik sebagai Ketua Setiausaha Negara tidak layak memegang jawatan itu, kata bekas Speaker DUN Perak, V Sivakumar dalam kenyataannya.

Bagi beluau, kenyataan yang menyokong Barisan Nasional secara terbuka membuktikan beliau bukan seorang yang neutral.

Sebagai seorang penjawat awam tertinggi di negara beliau harus mengetahui tentang prinsip ‘neutraliti’ yang didokong oleh kakitangan awam, katanya.

Tetapi, beliau telah membuat satu kenyataan yang bercanggah dengan etika penjawat awam.

Ketua Setiausaha Negara yang baru mungkin tidak tahu peranan dan tanggungjawab beliau kepada rakyat.

"Oleh itu, saya menyeru beliau supaya membaca kenyataan berikut yang mungkin tidak diketahui olehnya sebelum menjawat jawatan yang tinggi itu," kata beliau dalam kenyataannya.

“Persons working in the State services (State servants) are required to act in the course of their duties in a politically neutral manner. This includes the requirement to act impartially and to implement the Government's policies.

"The requirement that State servants must be apolitical when carrying out their duties, functions and powers. It is a principle that underpins the continuing employment status of State servants and enables State servants to provide consistent services (including policy development) for the government of the day.
This means, essentially, that State servants must keep their jobs out of their politics and their politics out of their jobs.”

Dalam kenyataannya, Ali telah menggesa kakitangan awam supaya setia kepada kerajaan dan tidak mudah diperbodohkan oleh "janji kosong" pembangkang.

"Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik," kata Sivakumar.
Beliau tidak boleh membuat ungkapan seperti itu yang membuktikan beliau adalah penyokong kuat kerajaan Barisan Nasional.

Beliau telah melanggar etika penjawat awam dengan berkempen pilihanraya secara terbuka untuk Barisan Nasional.

Beliau berkata, "Sebagai kakitangan awam, kita perlu taat kepada Raja dan kerajaan. Ianya penting supaya kita sedar peranan sebagai kakitangan awam dan melaksanakan tugas kita dengan sempurna,"
Setiap rakyat Malaysia harus taat kepada Raja, Perlembagaan Persekutuan dan Negeri, Jalur Gemilang, Lagu Negaraku dan Rukun Negara, katanya.

"Tetapi, sesuatu kerajaan itu adalah dipilih melalui proses pilihanraya. Tidak ada sebab kita ‘mesti’ taat setia kepada kerajaan yang memerintah," katanya.

Apabila sesuatu kerajaan yang memerintah telah keluar dari landasan kebajikan, amalan korupsi berleluasa, rakyat merana kerana masalah sosio-ekonomi, penyelewengan dibuktikan dan sebagainya, maka adalah wajar untuk menukar kerajaan yang memerintah. Rakyat boleh memilih satu kerajaan baru melalui proses pilihanraya.

Penjawat-penjawat awam yang juga merupakan ‘rakyat yang berhak mengundi’ boleh membuat pilihan mereka tanpa sebarang desakan dan paksaan daripada mana-mana pihak, tambahnya.
Bagi Sivakumar, seorang Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mengugut kakitangan kerajaan untuk menyokong Barisan Nasional. Beliau telah terang-terang menonjolkan diri sebagai penyokong Barisan Nasional.

"Beliau harus meletak jawatan dengan segera kerana rakyat akan hilang kepercayaan terhadap pentadbiran beliau yang nyata sekali menuju satu hala," katanya.

Kenyataan beliau juga, kata Sivakumar, adalah bertentangan dengan amalan demokrasi.
Penjawat awam mempunyai hak sebagai warganegara untuk menentukan kerajaan yang memerintah melalui pilihanraya. Ketua Setiausaha Negara tidak boleh mempengaruhi undi penjawat-penjawat awam yang lain.
“Itu bukan kerja dia, gaji dia dibayar oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Barisan Nasional atau penyokong Pakatan Rakyat,” tambahnya.

Oleh yang demikian kakitangan awam harus setia kepada rakyat yang memilih sesuatu kerajaan.
Beliau juga ada menyebut ‘Janji Kosong pembangkang’ dalam kenyataan media yang dibuat olehnya.
"Ini adalah satu kenyataan yang tidak boleh diungkapkan oleh seorang yang memegang jawatan Ketua Setiausaha Negara.

“Mana dia tahu pembangkang buat janji kosong? Pembangkang belum memerintah negara ini untuk membuktikan kewibawaannya,” katanya.

Beliau telah tersalah langkah membuat kenyataan media yang ‘kurang arif’ itu.
Kata Sivakumar, beliau harus sedar bahawa kerajaan boleh berubah tetapi kakitangan awam akan terus menjawat jawatan mereka.

Penjawat awam adalah jentera pelaksana polisi awam yang digariskan oleh mana-mana pihak yang menjadi kerajaan melalui mandat yang diberi oleh rakyat.

Apabila Ketua Setiausaha Kerajaan telah membuat satu pendirian pro Barisan Nasional, beliau tidak layak memegang jawatan itu lagi.

"Apa akan berlaku apabila Putrajaya ditawan oleh Pakatan Rakyat, sedangkan Ketua Setiausaha Negara adalah orang kuat dan setia kepada Barisan Nasional? Ini akan menimbulkan banyak masalah kepada kerajaan baru yang dipilih oleh rakyat melalui proses pilihanraya," katanya.
-harakahdaily

2 comments:

  1. ksn baru yang bangang sila letak jawatan..
    kuno..
    penjawat awam...

    ReplyDelete
  2. aku mmg x penah pecaya dgn geng2 mamak ni

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)