Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
WALAUPUN Ratu
Botox, Zahida Mohamad Rafiq dan Menteri Top-Up, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
menafikan hubungan sulit mereka, namun majoriti artis dan rakyat Malaysia yakin
bahawa laporan media tentang hubungan mereka amat sukar
disangsikan.
Gaya hidup mewah Zahida
berbanding dengan pendapatannya yang 'ciput' (sedikit) tidak memungkinkan beliau
menyara kehidupannya tanpa bantuan Shafie atau Datuk 'M' yang menggunakan Zahida
sebagai 'Banker' dalam permainan 'Monopoly'.
Selama ini Zahida
mendakwa bahawa beliau mempunyai pendapatan lumayan dan kukuh untuk menyara
kehidupan mewahnya kerana memiliki dua syarikat masing-masing Noble Benchmark
Sdn.Bhd (556710-V) dan Lembaran Putih Sdn. Bhd. (584803-A).
Paparazzi telah
menjalankan siasatan rapi di RAM Credit Information Sdn.Bhd (RAM) dan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk menilai keboleh upayaan Zahida menyara
kehidupan mewahnya dengan menjalankan perniagaan yang kononnya mengaut
keuntungan yang besar; dan bukannya ditaja oleh Menteri Top-Up.
Ternyata kenyataan mantan
pemandunya, Noor Azman Azemi bahawa Menteri Top-Up telah membayar RM100,000
setiap kali menemui Zahida dan sehingga kini telah menyerahkan RM1.5 juta sukar
untuk disangkal.
Artis Botox, Plastik dan
Kolagen kacukan Melayu-Pakistan tidak dapat hidup mewah daripada lakonan kerana
selama menjadi anak wayang, Zahida hanya membintangi enam buah filem antaranya
Senario, Mami Jarum, Mami Jarum Jr, Anak Mami The Movie dan Kuliah Cinta dan
mendapat bayaran kurang daripada RM10,000 bagi setiap filem yang
dilakonkannya.
Namun Menteri Top-Up
telah menyalahguna kuasa memberi peluang yang cukup luas kepada Zahida ketika
menjadi Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNK) pada 31 Mac
2004 sehingga 17 Mac 2008 iaitu sebagai kontraktor Kempen Belilah Barangan
Buatan Malaysia dan pembekal barang mentah untuk semua rangkaian Pasaraya Giant.
Syarikat Zahida, Noble
Benchmark juga turut diberi peluang menghasilkan dua buah filem pendek berjudul
'Budi Bahasa' dan '1Malaysia'
terbitan FINAS dan beberapa kontrak persembahan pentas ketika Menteri Top-Up
menjadi Menteri Perpaduan, Kebudayaan dan Warisan Malaysia di antara 18 Mac 2008
sehingga 9 April 2009.
Setelah Menteri Top-Up
menjadi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) Zahida tidak perlu
bekerja keras lagi kerana mendapat durian runtuh setiap bulan; sebagaimana yang
didakwa oleh Noor Azman Azemi, terutama projek Top-Up yang dilaksanakan melalui
proksi dan nominee seperti Datuk Chin Su Phin, Wilfred Yong Chen Leong, Datuk
Christopher Chiu, Haji Yusof Apdal, Azis Jamman, Marzuki Datuk Nasir, Datuk
Peter Anthony dan sebagainya.
Melalui Projek Top-Up,
terutamanya Projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) dan Bekalan Air Luar
Bandar (BALB), Menteri Top-Up akan mendapat antara 10% sehingga 25 % komisyen
daripada kos projek berkenaan (Harga projek dinaikkan sehingga 60%); semuanya
telah didedahkan oleh Sabahkini.net sebelum ini, terutama Projek Sistem Solar
Hibrid Fasa II Pulau Banggi, Kudat.
Soal sama ada Zahida
telah bernikah dengan Menteri Top-Up tidak wajar ditimbulkan untuk menutup
Skandal Seks mereka kerana rakyat Malaysia mahu tahu dari mana Menteri Top-Up
memperolehi wang tidak kurang RM500 juta (Rekod SPRM); setakat ini RM50 juta
daripadanya telah diserahkan kepada Zahida.
Kerakusan Zahida membuat
laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya polis pada 3 Mac 2012
membawa padah kerana RM200,000 wang yang kononnya dilarikan Noor Azman Azemi
lesap; malah kes yang disiasat mengikut Seksyen 406 Kanun Keseksaan kerana pecah
amanah masih belum dapat dibuktikan.
Lebih malang apabila pada
18 April 2012, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin memperoleh penyata bank
peribadi Zahida dan mendedahkan kepada media di lobi Parlimen bahawa terdapat
beberapa transaksi yang dilakukan Menteri Top-Up itu kepada Zahida di antara
Oktober 2011 hingga Januari 2012.
Kata Zuraida, pada bulan
Oktober 2011 sahaja ada dua transaksi iaitu RM36,000 dan RM26,000. Maknanya pada
bulan itu sahaja sebanyak RM58,000 tunai yang diambil Noor Azman Azemi untuk
dimasukkan ke dalam akaun Zahida Rafik.
Pada November 2011 pula
terdapat RM118,000 dan pada Disember pula terdapat RM333,000. Pada Januari 2012
RM510,000. Jumlah kesemuanya lebih kurang RM1.4 juta dalam masa empat
bulan.
Zuraida Kamaruddin turut
mendedahkan Zahida Rafik mempunyai sebuah kereta mewah jenis BMW 6 Series,
Porshe, Toyota Harrier dan juga rumah bernilai RM2.9 juta.
Sikap Zahida yang suka
bercakap besar kepada wartawan menyebabkan beliau terperangkap dalam dunia
ciptaan sendiri dan berbangga dengan wajah ASPAL (Asli Tetapi Palsu) hasil
pembedahan plastik, suntikan botok dan kolagen.
“Saya bukan nak cakap
besar, tapi London sudah macam rumah kedua saya. Sekurang-kurangnya setahun dua
kali saya ke sana terutama pada waktu jualan murah musim Krismas. Saya juga
sangat selesa dan mahir dengan jalan-jalan di sana. Lebih daripada itu, saya
mempunyai ramai teman di London, jadi tak terasa asing,” ujar Zahida kepada
wartawan yang mempersoalkan hidup mewahnya sedangkan beliau bukan artis popular
yang berpendapatan besar.
Menteri Top-Up dilahirkan
di Semporna pada 20 Oktober 1957 dari keturunan Bajau Sikubung (Pendatang
Filipina) kerana bapanya Haji Apdal pernah menjadi tentera Filipina; kini
merupakan salah seorang Naib Presiden UMNO; menikah dengan Shuryani binti Shuaib
dan mempunyai enam orang anak.
Agak melucukan apabila Wikipedia mencatatkan Menteri
Top-Up ini mempunyai Laman Web iaitu http://shafieapdal.com tetapi pelayar
internet memaklumkan kepada Paparazzi bahawa laman web tersebut menjual kondom,
gajet seks dan video lucah?
Dengan bantuan rangkaian
Paparazzi di JPJ dan PDRM, Paparazzi telah mengenal pasti tuduhan Zuraida bahawa
Zahida memiliki beberapa kenderaan mewah import memang benar.
Mengikut rekod JPJ,
Zahida memiliki tiga buah kereta mewah yang didaftarkan atas nama beliau sendiri
iaitu Toyota Harrier nombor plet AAE2; BMW Model 630 (A) nombor plet WTN1941 dan
Porsche Cayman s (A) nombor plet AAB3.
Kegemaran aneh Zahida
iaitu suka menukar nombor plet kerana mengikut rekod JPJ, Paparazzi mengesan
kereta AAE2 sebelum ini menggunakan nombor plet WLX6074, milik Hasnah Binti
Yahya MyKad 600711035680 yang beralamat di Kg Chenerai Alor Pasir, 1700 Pasir
Mas, Kelantan; senario ganjil kerana JPJ meluluskan penukaran nombor Plet bagi
pemilik yang berasingan.
Manakala kereta BMW WTN
1941 sebelum ini menggunakan nombor Plet AAB3 dan kereta Porche AAB3 sebelum ini
menggunakan nombor plet WTN 1941, kedua-duanya milik Zahida.
Zahida yang gemar memandu
laju tidak pernah menjelaskan 10 saman trafik sejak 2005 atas pelbagai kesalahan
termasuk memandu laju mempunyai saman tertunggak sejumlah RM980, tetapi kebal
daripada waran tangkap.
Semakan lanjut rekod RAM,
Paparazzi mendapati Zahida mempunyai rekod kewangan yang kurang baik kerana
disaman oleh Malayan Banking disebabkan gagal membayar pinjaman perumahan di No
10678, Lot 14529, Gombak, Kuala Lumpur yang masih tertunggak
RM210,000.
Namun dalam kenyataan
balas Zahida pada 20 April 2012 berhubung pendedahan penyata akaunnya, Zahida
menjelaskan bahawa beliau melakukan perniagaan penjualan kereta import bersama
abang iparnya serta perniagaan arang batu di Kalimantan, Indonesia bersama abang
angkatnya (?).
"Semua penyata akaun
serta wang yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ampang adalah benar, tetapi ia
adalah hasil titik peluh saya sendiri dalam perniagaan yang diceburi dan ianya
tiada kaitan dengan seorang menteri yang dikaitkan oleh YB. Zuraida Kamaruddin
kepada umum," kata Zahida yang mengakui mempunyai pelbagai rangkaian perniagaan
yang diceburi setelah tidak lagi aktif dalam bidang lakonan.
Semakan Paparazzi di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM) mendapati bahawa Lembaran Putih Sdn.Bhd adalah syarikat Dormant
dan telah diwinding-up melalui suit 28-308(4)-2007 Kuala Lumpur pada 28 Nov 2007
dan diwartakan pada 19 Jun 2008. Manakala Noble Benchmark Sdn.Bhd pula tidak
lagi menghantar Penyata Kewangan sejak 5 Ogos 2008. Persoalannya kenapa Zahida
tidak berterus terang?
Wow... Satu pendedahan yg heat, Siapa bukti bertulis@ bercetak yg sukar untuk dipertikaikan. Memang padan muka Shafie Afdal @ BEDAL. Selama ni YB BEDAL selalu buat Pegawai KKLW pening dengan kerenah pecacai beliau di KKLW i.e Latuk Yusuf 'Lobo' dan 'betina gedik' Hartaty Rohmat. Come on SPRM, kenapa Masih berdiam diri ? Tarak PUNAI ka? Sebahagian bukti sudah di depan mata... sisatlah kes ini kerana sikit Wang rakyat dI selewengkan, puluhan malah mungkin ratusan juta. Kes ini kena siasat sekali dengan 'permintaan' 3 billion oleh Boss si BEDAL ini. Kalau SPRM masih membisu, maknanya betul lah SPRM, Pengarah Dan pegawai Lelakinya TAK ADA PUNAI.... he..he...he....he.
ReplyDeletememang paparazi yang ader kelas... bravo. mana mau lari ha? nasib baik lu menteri kabinet najib kalau tak dah ke lokap la lu..
ReplyDeletededah lagi,,,baru padan muka,,,paparazi eloklah dedah sama,,,harta2 menteri2 lain,,,bagi semua kena,,,pahala pun dpt kerana mendedahkan penipuan/penyelewengan,,,syabas
ReplyDeletetaniah bro..hebat ko...
ReplyDeleteaku harap ko dedah pulak skandal Scorpane yg didakwa najib tulis surat mintak RM 1B...korek sanggup najib runtuh!
Dzul Tiger
bagus..pendedahan yang sungguh fantastik...nampak sangat dah banyak duit rakyat disalah gunakan..kenapa kita rakyat nie kerja macam nak mampus.. tapi kesenangan kita dikaut oleh manusia yang tidak ada keperimanusian macam nie..memang dashyat permainan mereka.. biar la ada balasannya.
ReplyDeleteAlaa..kalu mnteri kbinet si anwar pn ttap lepas juga..x kne apa2 pn..
ReplyDeleteThis is really fascinating, You are an excessively professional blogger.
ReplyDeleteI've joined your feed and sit up for in quest of extra of your
fantastic post. Additionally, I have shared your web site in my social networks
Here is my website ... diatomaceous earth (www.nsu.ru)