.

Saturday, 5 May 2012

Debat PTPTN disiar secara langsung

SHAH ALAM - Sebuah stesen televisyen bersedia membawakan siaran langsung Debat PTPTN anjuran Sinar Harian antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, pihaknya mengadakan beberapa perbincangan awal dengan stesen televisyen yang sedang meningkat naik itu dan bersetuju membawakannya secara langsung kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Pelbagai persiapan sedang diaturkan bagi menjayakan debat antara dua pemimpin muda dari Umno dan PKR.

“Debat berkenaan dijadualkan dalam masa terdekat ini akan ke udara selama 60 ke 90 minit,” katanya semalam.

Menurutnya, Sinar Harian juga sedang mengkaji beberapa format termasuklah mengehadkan penyertaan dengan memberikan keutamaan kepada jemputan sahaja.

“Setakat ini, kedua-dua pemimpin muda itu bersetuju meneruskan debat berhubung isu yang memberikan tumpuan kepada anak muda,” katanya./~sinar harian

2 comments:

  1. setuju sangat. dua anak muda yang berkaliber dalam arena debat.bukan macam budak tua mulut berbuih tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tp lg bes klo najeb ngan anwar...malangnye najeb too old n hav no gut to accept d challenge...

      Delete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist