.

Sunday 13 May 2012

Umno Seleweng Harta Rakyat; Guna Bas Kerajaan Angkut Peserta Himpunan

KUALA TERENGGANU - Umno negeri Terengganu telah menyalahgunakan berpuluh-puluh kenderaan kerajaan negeri Terengganu bagi mengangkut para peserta ke program sambutan ulangtahun 66 tahun penubuhan parti itu semalam di ibu negara Kuala Lumpur.

Ahli Jawatankauasa Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu, Dr AzmanIbrahim kesal dengan tindakan parti itu yang sewenang-wenangnya menggunakan harta rakyat seolah-olah harta tersebut milik Umno.

Menurutnya, antara kenderaan yang digunaka adalah bas Jabatan hal Ehwal Agama Terengganu yang digunakan untuk mengangkut pesrta yang terdiri di kalangan Pemuda Umno Batu Rakit.

Katanya, tindakan tersebut menunjukkan Exco Agama dan Penerangan Negeri, Khazan Che Mat menyalahgunakan kedudukannya untuk kepentingan parti.

“Exco agama salah guna harta kerajaan, demi mencapai hasrat kononnya menghimpunkan 100,000  manusia di Stadium Bukit Jalil sempena sambutan 66 tahun Umno semalam,

“Adun Batu Rakit (itu) menyalahgunakan bas Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu untuk mengangkut pemuda-pemuda dari kawasan yang diwakilinya”ujarnya ketika menghubungi Buletinonline.

Beliau yang juga Naib Yang DiPertua PAS Setiu berkata, Khazan yang juga pimpinan Umno Setiu sebagaimana biasa menyalah gunakan harta kerajaan.

Beliau berkata, bas tersebut telah dikesan di sekitar Pusat Dagagan Dunia Putra (Putra World Trade Centre – PWTC) pada Jumaat  11 Mei.

Menurutnya, perkara yang sama turut dikesan di beberapa buah hotel disekitar ibu Negara dimana beliau mendapati banyak kenderaan-kenderaan milik beberapa Jabatan Kerajaan Negeri Terengganu yang disalahgunakan.

Justeru beliau menggesa kerajaan mendedahkan kepada rakyat kaedah dan peruntukan mana yang membolehkan kenderaan kerajaan boleh dimanipulasi untuk meramaikan manusia ke program Umno.

Katanya, Umno juga perlu memperincikan sumber pendapatan mana yang digunakan menyewa beratus-ratus bas swasta bagi tujuan yang sama./~BuletinOnline

6 comments:

  1. harapan nanti bila pr memerintah jangan guna duit negara untuk parti....cari lah dana derma orang ramai atau syarikat niaga untuk tujuan parti...

    nampak sangat umno tak tau nak beza kan antara negara dan parti...bodoh piang nak mampus...

    tu pun ramai lagi yang pilih golongan lembu yang terpaksa dikumpulkan di stadium ..kalau kumpul kat dataran ..penat dbkl nak cucci najis lembu,tu yang buat kat stadium taik dia nanti boleh buat baja.....

    ReplyDelete
  2. betul tu An 0947, gua caya sama lu. tapi rasa nya semua politikus sama je kot. Nanti kita tengok.

    ReplyDelete
  3. Korang nie...kan najib dan muhyidin kata UMNO/BN akan berubah....nama UMNO..masih lagi UMNO.....cthnyer perubahannyer ialah ahlinyer akan bertambah kpd bermcm2 kaum lagi....internasional punyerlah.......GLOKAL...iaitu myanmar..nepal....(United Myanmar Nepal Organisation).....melayu mmg ader tapi tambah melayu indonlah....hihihihihi

    ReplyDelete
  4. bro gambar budak pompuan tiga ekor tu.... tu penyokong kelantan tu... logo amnu dan satu malaysia tu edited tuh...

    jangan main pitenah gitu bro..

    http://1.bp.blogspot.com/_zGAoqmJDEcU/TM5XSHN0GgI/AAAAAAAAOPc/FHRZfK7mAE8/s1600/penyokongpas3.jpg

    ni gambar asal...

    hati-hati lah lain kali, jangan orang buat modal ngutuk kita balik sebagai munafik yang membawak berita palsu...

    ReplyDelete
  5. Saya harap pakatan rakyat bawa isu ini ke muka keadilan. Kerajaan Negeri Trengganu wajib dipertanggungjawakan. MB bertanggungjawab. Saman UMNO Trengganu. Cepat jangan lambat.

    ReplyDelete
  6. Kenapalah kita tidak melihat SEJARAH ??

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist