Debat Politik Rafizi - Khairy
Membuka Stail Baru Dalam Politik Negara
Semua orang yang menyaksikan debat di antara Pengarah Strategi
PKR Mohd Rafizi Ramli dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin malam
tadi berkisar di bawah tajuk PTPTN- wajar atau tidak ia dihapuskan;
rasanya sudah dapat membuat kesimpulan dan pendirian masing-masing
mengenai isu berkenaan. Telah ada yang memberi markah sekian banyak
sekian banyak kepada kedua-dua pendebat berkenaan. Jauh diharapkan dari
itu perdebatan itu dapat memberi pencerahan minda terhadap isu yang
didebatkan itu. Semoga kekelabuan mengenai isu yang berputar di dalam
kepala umum sebelum ini kerana ditaboo oleh ahli politik sedikit
sebanyak terusai.
Moral dalam debat itu secara ringkasnya Rafizi mempertahankan dasar yang
akan dikemukakan oleh Pakatan Rakyat untuk menghapuskan PTPTN yang
dianggap menjadi bala' kepada negara dan akan menawarkan pendidikan
percuma kepada rakyat negara ini sekiranya Pakatan Rakyat berjaya
membentuk kerajaan selepas PRU-13.
Khairy pula mempertahankan dasar berkenaan dan menganggap negara akan muflis sekiranya pendidikan percuma diberikan kepada rakyat. Pertahanan Khairy jika dilihat dari bentuk hujah dan sininalnya lebih kepada untuk mempertahankan kerajaan yang menggubal dasar berkenaan daripada mempertahankan dasar berkenaan juga yang boleh dirasakan Khairy sebagai membebankan. Setujukah kalau dikatakan begitu?
Kalau bukan itu... saya fikir Khairy tidak akan berputar lidah mempertahankan dasar itu - PTPTN kerana dari segi untuk mencari popularitinya baik Khairy bersetuju dengan kerangka yang dibentangkan Rafizi untuk membebaskan pelajar dengan hutang dan memberi pendidikan percuma kepada rakyat daripada terus membebankan rakyat. Kerana bila disebut percuma semua orang suka dan bersetuju melainkan percuma untuk menerima kematian.
Dalam berhujah dan mempertahankan pandangan masing-masing - sebenarnya parti masing-masing, kedua-dua pihak mengemukakan figure dan angka masing-masing. Masing-masing mengemukakan rumusan dan konklusif mengikut kehendak perjuangan atau parti mereka. Dalam sesebuah debat bila ianya disertakan dengan angka dan fakta-fakta yang nampak ilmiah walaupun tujuan dan maksud di sebalik, debat politik seperti itu tidak menghasilkan keputusan yang ilmiah.
Di sini saya tidak mahu mengulangi angka-angka yang diberikan kedua-dua mereka tentang isu itu. Angka itu baik tetapi sukar untuk menerima rasionalistiknya kerana ia berbeza di antara satu sama lain. Tetapi kita kena hormat kepada angka-angka yang dikeluarkan dan juga fakta lain sama ada ia boleh dipercayai atau tidak kena fikir kemudian. Mereka hanya melontarkan sorce untuk diselesaikan. Mungkin bagi pengikut kedua pihak yang bertepok tangan di dewan debat itu akan menerima angka dan fakta yang dikeluarkan oleh tokoh mereka dan akan menolak mentah-mentah angka dan fakta yang diberikan oleh lawan.
Di sini saya juga tidak mahu mengadili kedua mereka untuk menyatakan siapa yang menjadi pemenangnya. Hujah siapa lebih kemas dan konkrit. Bagi saya perdebatan itu bukan untuk mencari siapa yang menang tetapi cuba membelek mencari siapa (dalam konteks ini kerajaan dan pemnbangkang) yang rasional dengan isu berkenaan. Itu yang harus difikirkan, menyelesaikan isu itu untuk kebaikan pelajar dan rakyat.
Sebab kalau hendak dipilih pemenang antara keduanya, sulit sebab kedua-duanya sama hebat dan sama petah berhujah. Masing-masing membuat persediaan serapi mungkin. Kesanggupan mereka untuk berdebat membawa satu pembaharuan dalam politik negara ini. Keberanian dan kesanggupan (persefahaman) itu sudah dikira kemenangan untuk kedua-duanya. Tanpa salah seorang tidak sedia dan sanggup naik petas debat itu tidak akan berlangsung. Atas keberanian itu maka kedua mereka adalah berhak diistyharkan pemenang dalam soal ini.
Budaya Barat - debat ini, mereka sudah berjaya bawa ke negara ini yang bakal menjadi satu permainan yang cukup diminati oleh para pemain politik di sini. Mereka tidak mengira apakah kaedah itu (debat) akan membawa kebaikan dan selari dengan batas kebenaran agama mereka tidak penting, tetapi dihitungkan ia menyeronokkan. Selalunya apa-apa juga game yang diperkenal oleh Barat disenangi kerana ia tidak terikat dengan rukun kehidupan manusia yang ada kalanya ketat yang dilingukungi agama dan adat.
Terimalah apa yang berlaku semalam adalah permulaan, perasmian stail dan gaya baru politik di negara ini. Selepas ini hendaknya akan ada lagi debat-debat politik di antara tokoh-tokoh lain dari kumpulan bukan saja PKR dengan Umno tetapi Umno dengan Pas, atau juga Pas dengan DAP dan sebagainya. Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) juga boleh mengambil bahagian dalam perdebatan dan jangan asyik baling telor busuk dalam gelap sahaja atau mengadakan senanam punggung macam beruk tunging pantak ke arah ayam betina.
Topik-topik yang akan didebatkan nanti biarlah pelbagai yang mencakupi semua aspek kehidupan khasnya yang kritikal dan menjadi kontroversial pada masa ini. Misalnya isu ekonomi orang Melayu, perpaduan Melayu, perubahan sikap pengundi bukan Melayu, pencemaran budaya, pencabulan ke atas agama Islam dan sebagainya.
Tokoh-tokoh besar politik dan juga Ngo seharusnya merasa malu dan mulai rasa terpanggil untuk mengambil pendekatan dalam menghuraikan isu seperti mana dilakukan Khairy dan Rafizi itu. Mereka boleh berdebat dengan memilih regu masing-masing yang berkedudukan atau kapasiti sama dengan mereka dalam organisasi.
Misalnya, Muhyuddin Yassin boleh memilih tajuk dalam bidang pendidikan untuk berdebat dengan Mohamed Azmin Ali atau pun Dr Zulkefli Ahmad dalam Pas. Atau pun Jamil Khir Bahrum yang dilihat lebih fasih al Fatihahnya daripada Najib Razak boleh berdebat mengenai isu agama dengan Abdul Hadi Awang.
Atau pun Mahfuz Omar boleh memilih Ahmad Maslan untuk berdebat atas isu; apakah Felda menganaiaya rakyat atau membela rakyat? Atau pun Sharizat Abdul Jalil boleh berdebat sebagai sayonara kepada Wanita Umno dengan Zuraidah Kamaruddin berkenaan isu lembu. Tajuk saya cadangkan; mana lebih besar tahi lembu NFC dengan tahi gajah hutan.
Tokoh-tokoh Ngo seperti Ngo beras kampit dan Ngo Perkasa(m) boleh cari regu masing-masing sama ada dari kalangan sesama Ngo atau dengan pembangkang dan kerajaan boleh juga diadakan secara langsung. Biar rakyat menilai apakah perjuangan dan aspirasi mereka sebenarnya. Tidak terlupa juga bekas-bekas PM kalau rasa 'gelenyer' untuk berdebat boleh debat sama. Mahathir boleh berdebat berhubung kesan dan implikasi dasar pentadbirannya selama 20 tahun.
Abdullah Ahmad Badawi juga boleh berdebat dengan Tok Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat berhubung dengan konsep Islam Hadhari dan konsep Negara Berkebajikan; mana lebih afdal. Cuma dalam acara itu nanti jangan ambil orang-orang politik yang sakit jiwa, bermulut berus alias mulut busuk kerana mereka tidak layak untuk bercakap atas pentas dalam debat profesional begitu disebabkan mereka diselubungi emosi 'fasis' dan rasis.
Berbalik kepada debat Khairy - Rafizi, saya merasakan kedua pihak dapat mempertahankan dasar dan polisi parti masing-masing. Rafizi yang dituduh sebagai pengemukakan dasar pendidikan percuma oleh Khairy berjaya mengemukakan hujah-hujah untuk mengadakan pendididikan percuma tanpa merugikan negara. Misalnya kata Rafizi untuk mencari wang menampung perbelanjaan pendidikan yang dibimbangi Khairy boleh dilakukan dengan mengurangkan penyelewengan kerajaan dan juga komisyen pembelian kerajaan dan rasuah yang menelan belanja beratus billion.
Manakala Khairy pula berjaya menarik perhatian umum dengan cuba memesungkan isu di mana kalau orang tidak memahami akan memberi tepukan gemuruh kepadnaya. Misalnya Khairy membangkitkan kenapa kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang tidak melaksanakan pendidikan percuma diperingkat negeri itu seperti dirancangkan. Beliau menempelak dasar itu dengan memberi contoh di Kedah Kolej Universiti Islam Negeri (KUIN) bukan hendak mengadakan pendidikan percuma tetapi yuran dicadangkan untuk dinaikan.
Hujah atau tempelakan demikian dijawab oleh Rafizi dengan memberi tahu soal pendidikan bukan kepunyaan negeri semata-mata tetapi tanggungjawab federal. Kalau federal berlaku adil dalam mengagihkan wang rakyat yang dipunggut dan dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada federal misalnya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menjadi penyumbang kepada pusat sebanyak 40% hari ini juga negeri itu akan melaksanakan dasar pendidikan percuma.
Saya boleh membuat konklusi umum, secara keseluruhan perdebatan semalam berjalan dengan baik, teratur dan kedua pihak mempamirkan tahap kematangan sebagai bakal pemimpin masa depan yang menyakinkan. Sebenarnya acara semalam, Khairy dan Rafizi membingkaikan politik yang seharusnya menjadi idaman anak-anak muda dan generasi akan datang. Tidak lupa juga syabas kepada moderator yang berjaya nmengendalikan debat dengan baik.
Bagaimana pun dalam perdebatan itu masih ada tempias-tenmpias berbau peribadi yang tidak relevan dan tak wajar disuburkan di masa akan datang. Misalnya pendedahan Rafizi mengatakan kerajaan BN semasa zaman Abdullah Badawi jadi PM (20084 - 2008) mengambil sebanyak RM237 billion wang Petronas di mana jumlah itu lebih separuh dari pemberian Petrons kepada beberapa pihak lain, tetapi tidak tahu ke mana wang itu digunakan.
Rafizi menyoal Khairy ke mana wang itu digunakan dan berapa banyak untuk tujuan pendidikan. Dia bertanya begitu kerana menganggap Khairy tahu sebab dia (Khairy) adalah penasihat kepada PM yang juga mertuanya. Jelas pertanyaan dibangkitkan Rafizi terkeluar dari kontes berdebatan dan wajar kalau Khairy tidak menjawabnya walaupun beliau akan diejek.
Khairy juga tidak dapat menyejutkan dirinya, dia juga tempias membangkitkan soal peribadi mengenai Anwar Ibrahim. Katanya PTPTN digubal semasa Anwar menjadi menteri kewangan. Hari ini Anwar tidak bersetuju dengan apa yang disetujui dulu dan beliau patut meletak jawatan. Persoalan Khairy itu dijawab secara politik dan tektikal oleh Rafizi dengan menjelaskan apa-apa keputusan di dalam kabinet adalah keputusan kolektif. Tidak timbul kalau PTPTN itu menjadi tanggungjawab Anwar sendirian.
Apa yang berlaku itu adalah perubahan keadaan dan masa di mana jelasnya, Khairy juga tidak terkecuali dari mengalami hal yang demikian.
Moral debat semalam yang dapat saya nilai ialah;
Perdebatan semalam jauh bezanya dengan majlis ucapan kemanusiaan antara Almarhum Fadzil Noor dengan Mohathir Mohamed mengenai Palaestin yang kalau tidak silap berlangsung pada tahun 1997 dulu. Mungkin roh pengucapan kemanuisaan antara Presiden Pas dengan Presiden Umno itu boleh diaplikasikan dalam debat-debat polkitik seperti berlangsung semalam untuk memberi manfaat dan kebaikan bersama. Walahu'alam. [wm.kl.6:17 pm 23/05/12] /~merahtintaMSO
Mohd Rafizi Ramli |
Kalaulah majlis itu tidak memberi kesan positif seprerti didambakan itu
ia tidak memberi apa-apa manfaat kepada orang ramai melainkan pihak
penganjur juga mendapat keuntungan. Astro dan Sinar yang menjadi penganjur mendapat publisiti meluas dengan debat itu.
Khairy dan Rafiz bersalaman. |

Khairy Jamaluddin |
Megenai Rafizi dan Khairy seharusnya mereka berhak merasakan mereka jauh lebih advence
dan bersikap profesional dari mereka lain yang takut dan kurang berani
untuk berdebat. Seharusnya mereka yang lain juga perlu mengadakan
perdebatan seperti itu, berhujah secara bersemuka dan tidak membaling
batu di dalam gelap atau syok di atas pentas ceraman sendiri. Kepada
saya debat anjuran akhbar Sinar dan Awani Astro itu lebih bertanggungjawab dan gentleman kerana ia diadakan secara bersemuka tidak seperti ceramah atau pun demonstrasi.
Terimalah apa yang berlaku semalam adalah permulaan, perasmian stail dan gaya baru politik di negara ini. Selepas ini hendaknya akan ada lagi debat-debat politik di antara tokoh-tokoh lain dari kumpulan bukan saja PKR dengan Umno tetapi Umno dengan Pas, atau juga Pas dengan DAP dan sebagainya. Badan-badan bukan kerajaan (Ngo) juga boleh mengambil bahagian dalam perdebatan dan jangan asyik baling telor busuk dalam gelap sahaja atau mengadakan senanam punggung macam beruk tunging pantak ke arah ayam betina.
Topik-topik yang akan didebatkan nanti biarlah pelbagai yang mencakupi semua aspek kehidupan khasnya yang kritikal dan menjadi kontroversial pada masa ini. Misalnya isu ekonomi orang Melayu, perpaduan Melayu, perubahan sikap pengundi bukan Melayu, pencemaran budaya, pencabulan ke atas agama Islam dan sebagainya.
Tokoh-tokoh besar politik dan juga Ngo seharusnya merasa malu dan mulai rasa terpanggil untuk mengambil pendekatan dalam menghuraikan isu seperti mana dilakukan Khairy dan Rafizi itu. Mereka boleh berdebat dengan memilih regu masing-masing yang berkedudukan atau kapasiti sama dengan mereka dalam organisasi.
Misalnya, Muhyuddin Yassin boleh memilih tajuk dalam bidang pendidikan untuk berdebat dengan Mohamed Azmin Ali atau pun Dr Zulkefli Ahmad dalam Pas. Atau pun Jamil Khir Bahrum yang dilihat lebih fasih al Fatihahnya daripada Najib Razak boleh berdebat mengenai isu agama dengan Abdul Hadi Awang.
Atau pun Mahfuz Omar boleh memilih Ahmad Maslan untuk berdebat atas isu; apakah Felda menganaiaya rakyat atau membela rakyat? Atau pun Sharizat Abdul Jalil boleh berdebat sebagai sayonara kepada Wanita Umno dengan Zuraidah Kamaruddin berkenaan isu lembu. Tajuk saya cadangkan; mana lebih besar tahi lembu NFC dengan tahi gajah hutan.
Tokoh-tokoh Ngo seperti Ngo beras kampit dan Ngo Perkasa(m) boleh cari regu masing-masing sama ada dari kalangan sesama Ngo atau dengan pembangkang dan kerajaan boleh juga diadakan secara langsung. Biar rakyat menilai apakah perjuangan dan aspirasi mereka sebenarnya. Tidak terlupa juga bekas-bekas PM kalau rasa 'gelenyer' untuk berdebat boleh debat sama. Mahathir boleh berdebat berhubung kesan dan implikasi dasar pentadbirannya selama 20 tahun.
Abdullah Ahmad Badawi juga boleh berdebat dengan Tok Guru Abdul Nik Aziz Nik Mat berhubung dengan konsep Islam Hadhari dan konsep Negara Berkebajikan; mana lebih afdal. Cuma dalam acara itu nanti jangan ambil orang-orang politik yang sakit jiwa, bermulut berus alias mulut busuk kerana mereka tidak layak untuk bercakap atas pentas dalam debat profesional begitu disebabkan mereka diselubungi emosi 'fasis' dan rasis.
Berbalik kepada debat Khairy - Rafizi, saya merasakan kedua pihak dapat mempertahankan dasar dan polisi parti masing-masing. Rafizi yang dituduh sebagai pengemukakan dasar pendidikan percuma oleh Khairy berjaya mengemukakan hujah-hujah untuk mengadakan pendididikan percuma tanpa merugikan negara. Misalnya kata Rafizi untuk mencari wang menampung perbelanjaan pendidikan yang dibimbangi Khairy boleh dilakukan dengan mengurangkan penyelewengan kerajaan dan juga komisyen pembelian kerajaan dan rasuah yang menelan belanja beratus billion.
Manakala Khairy pula berjaya menarik perhatian umum dengan cuba memesungkan isu di mana kalau orang tidak memahami akan memberi tepukan gemuruh kepadnaya. Misalnya Khairy membangkitkan kenapa kerajaan Pakatan Rakyat seperti Kedah, Pulau Pinang tidak melaksanakan pendidikan percuma diperingkat negeri itu seperti dirancangkan. Beliau menempelak dasar itu dengan memberi contoh di Kedah Kolej Universiti Islam Negeri (KUIN) bukan hendak mengadakan pendidikan percuma tetapi yuran dicadangkan untuk dinaikan.
Hujah atau tempelakan demikian dijawab oleh Rafizi dengan memberi tahu soal pendidikan bukan kepunyaan negeri semata-mata tetapi tanggungjawab federal. Kalau federal berlaku adil dalam mengagihkan wang rakyat yang dipunggut dan dibayar oleh kerajaan-kerajaan negeri kepada federal misalnya kerajaan Pulau Pinang dan Selangor menjadi penyumbang kepada pusat sebanyak 40% hari ini juga negeri itu akan melaksanakan dasar pendidikan percuma.
Saya boleh membuat konklusi umum, secara keseluruhan perdebatan semalam berjalan dengan baik, teratur dan kedua pihak mempamirkan tahap kematangan sebagai bakal pemimpin masa depan yang menyakinkan. Sebenarnya acara semalam, Khairy dan Rafizi membingkaikan politik yang seharusnya menjadi idaman anak-anak muda dan generasi akan datang. Tidak lupa juga syabas kepada moderator yang berjaya nmengendalikan debat dengan baik.
Bagaimana pun dalam perdebatan itu masih ada tempias-tenmpias berbau peribadi yang tidak relevan dan tak wajar disuburkan di masa akan datang. Misalnya pendedahan Rafizi mengatakan kerajaan BN semasa zaman Abdullah Badawi jadi PM (20084 - 2008) mengambil sebanyak RM237 billion wang Petronas di mana jumlah itu lebih separuh dari pemberian Petrons kepada beberapa pihak lain, tetapi tidak tahu ke mana wang itu digunakan.
Rafizi menyoal Khairy ke mana wang itu digunakan dan berapa banyak untuk tujuan pendidikan. Dia bertanya begitu kerana menganggap Khairy tahu sebab dia (Khairy) adalah penasihat kepada PM yang juga mertuanya. Jelas pertanyaan dibangkitkan Rafizi terkeluar dari kontes berdebatan dan wajar kalau Khairy tidak menjawabnya walaupun beliau akan diejek.
Khairy juga tidak dapat menyejutkan dirinya, dia juga tempias membangkitkan soal peribadi mengenai Anwar Ibrahim. Katanya PTPTN digubal semasa Anwar menjadi menteri kewangan. Hari ini Anwar tidak bersetuju dengan apa yang disetujui dulu dan beliau patut meletak jawatan. Persoalan Khairy itu dijawab secara politik dan tektikal oleh Rafizi dengan menjelaskan apa-apa keputusan di dalam kabinet adalah keputusan kolektif. Tidak timbul kalau PTPTN itu menjadi tanggungjawab Anwar sendirian.
Apa yang berlaku itu adalah perubahan keadaan dan masa di mana jelasnya, Khairy juga tidak terkecuali dari mengalami hal yang demikian.
Moral debat semalam yang dapat saya nilai ialah;
1. Khairy hendak menunjukkan dia seorang pemimpin muda yang berani dan
cuba membawa sesuatu perubahan dalam stail dan pendekatan siasah dalam
Umno dan negara ini. Dalam masa sama dia hendak menyindir dan menempelak
pemimpin Umno yang jauh lebih lama darinya tetapi tidak berani dan
bersikap tanggungjawab dan mengambil resposibiliti kepada parti.
2. Rafizi pula mengambil kesempatan menyerlahkan kemampuan daya fikir
politiknya dan juga bakat kepimpinan dalam politik. Secara tidak
langsung Rafizi menununjukkan gaya politik yang berkualiti dan
mengkesampingkan politik remeh temeh yang tidak berasaskan kepada fakta
dan rasionalisme.
3. Kesan kepada kedua-dua pihak UBN dan PR tidak seberapa kerana
sebahagian saja akan mengubah pendirian dan persepsi terhadap isu PTPTN
setelah mendengar debat itu. Ini kerana sebahagian besar pengudi telah
membuat pilihan siapa yang mereka akan pilihan berdasarkan kepada itu
itu yang sudah ditabohkan selama ini.