.

Thursday 24 May 2012

Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

Program debat Rafizi VS Khairy sudah pun menutup tirainya yang membahaskan “isu PTPTN” berdasarkan hujah dan pendirian masing-masing bagi memperjuangkan nasib golongan muda hari ini. Pada kami Khairy Jamaluddin yang pastinya mewakili parti Barisan Nasional mempunyai point dalam berhujah, begitu juga kepada Rafizi Ramli juga ada point tersendiri bagi menyokong pendirian beliau dan partinya. Moderator?

Moderator bagi kami sudah melakukan yang terbaik termasuklah satu cabaran yang cukup berani bersesuaian dengan kedudukannya sebagai berlatarbelakangkan seorang ahli akademik, dengan melontarkan cabaran yang mahu melihat dan mendengar hujah serta pendapat melalui debat bakal Perdana Menteri Malaysia antara Datuk Seri Najib Razak VS Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelangnya Pilihanraya Umum ke 13 kelak.
  1. Datuk Seri Najib – Ketua Kerajaan yang sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
  2. Datuk Seri Anwar – Ketua Pembangkang Malaysia yang juga sah dilantik oleh Parlimen yang diperkenan oleh Yang Dipertuan Agong
Di mana kedua-dua kerusi pemimpin ini adalah menghadap antara satu sama lain di Dewan Rakyat. Jadi bagi kami daripada dahulu lagi, semestinya debat seperti ini kami memang sokong sepenuhnya. Apatah lagi moderator yang bernama Dr. Mazlee Malik melontarkan cabaran kepada ketua-ketua parti politik di Malaysia yang bakal menentukan masa depan Malaysia selepas ini. Seorang ketua kerajaan, seorang lagi ketua pembangkang. Jadi, bagi kami ada logiknya cabaran dilontarkan kepada kedua-dua pemimpin ini. Ada masalah?
Rafizi Khairy Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!Terus terang kami katakan kedua-dua pemimpin ini berkelayakan untuk berdiri di pentas yang sama untuk berdebatkan isu rakyat dan negara supaya rakyat boleh menilai dan menentukan apa yang terbaik untuk mereka, jikalau tidak maknanya selama ini kita sendiri memberikan satu penghinaan kepada sistem kerajaan Malaysia yang ada hari ini merujuk kepada Perlembagaan Malaysia.

Bagi kami debat antara Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dengan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli baru-baru ini telah mencetuskan fenomena politik yang segar di negara ini. Debat kini dilihat salah satu medium terbaik untuk menyalurkan perbezaan pendapat dan ianya dapat diurus secara matang dan harmonis.


Walaubagaimapun, moderator yang menjadi perantara bagi debat Rafizi VS Khairy ini mendapat kecaman hebat terutamanya di media sosial seperti Twitter yang menggangap tindakan moderator mencabar Perdana Menteri untuk berdebat yang dianggap mereka adalah tidak masuk akal. Pendapat anda pula di sini?
Debat Anwar Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Anwar Najib Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Najib Anwar Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Debat Najib Razak Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!
Cabaran debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim sudah “dipalu” sejak beberapa bulan sebelum ini. Walaubagaimanapun ia masih belum menjadi realiti sehingga sekarang ini. Entah apa masalahnya…..Kami berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sama-sama menyahut cadangan debat sebelum PRU-13. Termasuklah beberapa laoran berita yang pernah kami keluarkan sebelum ini :
  1. Debat Anwar vs Najib vs Raja Petra – Anjuran Wikileaks. Realiti Atau Fantasi Semata?
  2. Anwar vs Najib. Merdeka Center Kata Profesional Melayu Mahu 2 Pemimpin Malaysia Ini Berdebat!!
  3. Anwar Ibrahim VS Najib Razak. Debat Pilihanraya Umum Ke 13. Apa Pendapat Anda?
  4. Debat Anwar VS Najib Tak Boleh. Lebih Baik Debat Anwar Ibrahim VS Saiful Bukhari?
Sekurang-kurangnya peluang debat itu nanti bakal memberikan peluang kepada rakyat untuk mendengar beberapa isu berbangkit yang menjadi perbualan dikalangan rakyat Malaysia hari ini. Kami tidak gemar ada perbincangan dan perbahasan yang menyentuh kes skandal pembelian kapal selam Scorpene dan kes pembunuhan Altantuya Shariibuu yang sedang dibicarakan di Perancis ketika ini, kes liwat Saiful Bukhari, video lucah yang dibawakan oleh kalangan Datuk Trio, mengorat pelajar IPTA, Bersih 3.0 dan hal-hal yang menyentuh peribadi antara satu sama lain. Kami tidak mahu mendengarnya…..

Apa yang penting dalam yang harus digunakan sebaiknya adalah debat Najib Razak VS Anwar Ibrahim ini, kami mahu mendengar dan menilai daripada sudut aspirasi masing-masing untuk rakyat. Cadangan dan dasar untuk kemajuan rakyat dan negara.
  1. Macam mana dengan pelan untuk rakyat menyeluruh daripada yang tinggal diceruk dalam hutan sampai lah yang tinggal di The Mines dan tepi tasik Putrajaya contohnya supaya setiap yang bergelar rakyat malaysia sedar apa kelebihan yang mereka perolehi disebalik limpahan sumber kekayaan yang dilimpahkan di bumi Malaysia ini
  2. Bagaimana cara dan mekanisme bagi menguruskan kekayaan Malaysia yang sebenarnya tanpa unsur korupsi, kronisme dan nepotisme.
  3. Dan tidak lupa juga perbahasan yang menyentuh dasar dan perancangan kerajaan pada masa hadapan?

Sebarang penganjuran debat ataupun wacana seumpamanya seharusnya diraikan memandangkan ia adalah mekanisme pengurusan konflik yang berkesan. Ini memandangkan amalan demokrasi yang sihat dizahirkan menerusi wujudnya perbezaan pendapat yang ditangani secara matang dan harmonis yang sekaligus memangkin pembentukan masyarakat madani sepertimana didambakan negara dan masyarakat di masa hadapan.
“Debat hal peribadi takkan menguntungkan rakyat dikala negara lain sibuk debat pasal polisi negara”
anwar ibrahim vs najib Cabaran Debat Bakal Perdana Menteri (Najib Razak VS Anwar Ibrahim). Moderator Dihentam di Twitter!!

Bagi kami jikalau kerajaan dapat menghapuskan caj pentadbiran dalam masa terdekat ini, ia satu permulaan yang baik disamping menambah bilangan biasiswa kepada pelajar yang cemerlang tetapi dalam pada masa yang sama juga pelajar boleh menerima pemotongan bayaran semula pinjaman berdasarkan keputusan yang dicapai oleh pelajar semasa di IPT seperti mana yang dilakukan oleh pihak MARA. Tetapi, kami kurang bersetuju jika mengatakan sesebuah negara boleh bankrapt jikalau membantu rakyat termasuklah dengan cara menyediakan pendidikan percuma. Tetapi sesuatu negara boleh lumpuh, boleh muflis jikalau :
  1. Sesuatu negara itu tipu angka ekonomi dengan mengatakan ekonomi negara mereka ketika ini dalam keadaan yang baik dan tidak akan terjejas sedangkan hakikatnya angka yang yang diberikan itu tidak menunjukkan realiti yang sebenar apa yang berlaku di negara tersebut
  2. Korupsi. Ya…..”nanah” yang merosakkan sesebuah negara. Apatah lagi jika korupsi yang berlaku itu mendapat sokongan tanpa sebarang tindakan yang sewajarkan kepada si pelaku. Ibarat, si jerung mendapat layanan, si bilis mendapat tindasan.
  3. Akhir sekali, cara mengurus tadbir sesuatu negara dengan cukup lemah sekali terausklah dasar flip-flop dan dasar-dasar yang tidak diperlukan pada masa sekarang diberikan keutamakan.

Ketiga-tiga faktor di atas jugalah yang diamalkan oleh Greece dan natijahnya kita boleh lihat keadaan negara Greece yang diibaratkan seperti “nyawa-nyawa ikan sahaja” sekarang ini. Ada negara lain yang “mahu” mengikut jejak langkah Greece?

Kami petik semula laporan berita yang dibuat oleh Telegraph.co.uk mengenai Greece :
Business leaders, a church representative, a retired finance minister, a distinguished academic, an economist, a wealthy writer, a shipping tycoon, protesters on the streets and impoverished folk queueing for free meals all give the same answer to my question, “what has gone wrong?” It’s the corruption, stupid!
Jason Manolopoulos, author of Greece’s ‘Odious’ Debt, says the state has become a hydra with seven heads: cronyism, statism, nepotism, clientelism, corruption, closed shops and waste. Kleptocrats have been running the show and their predilection for thieving and bribery has poisoned the nation.
When I mention that we in Britain have similar issues with dissolute politicians – MPs who fiddle expenses – Greeks, rich and poor, laugh in my face. To them, a few thousand pounds here and there for duck houses and dodgy mortgages are barely worth an inquiry. The problem in Greece is of a completely different magnitude.
Pillaging at the top by politicians, doctors, lawyers and even tax investigators gives those further down the ladder a justification for what some call “tax resistance” and others “tax protection”. The result, according to the World Bank, is that the black market now makes up nearly a third of Greece’s economy, compared with 27 per cent in Italy, the EU’s flagship of undeclared earnings.
Sumber Telegraph UK : Greece: It’s the corruption, stupid!
Hanya kerajaan yang gemar mengamalkan korupsi seperti Greece contohnya akan memberikan laporan yang salah sehingga terpedaya para pemiutang yang terdiri daripada kelompok Jerman yang kaya-raya. Hakikat yang berlaku sebenarnya, pinjaman yang diterima mereka tidak mampu dibayar semula pun. Apabila dah terduduk Greece, barulah rakyat Greece mengetahui laporan yang mereka dengar dan terima selam ini adalah palsu belaka
“Greece hutang tinggi tetapi masih lagi mendabik dada mampu membayarnya. Akhirnya sekarang ini, siapa yang susah disebalik kelemahan kerajaan Greece sebelum ini? Bagaimana dengan keadan rakyat Greece hari ini?”

 P/S : Kami pasti ramai daripada anda di sini sudah pun mengikuti baik siaran langsung mahupun rakaman semula debat Rafizi Ramli Vs Khairy Jamaluddin ini. Apa pandangan respon anda sekarang ini? Dan relevankah diadakan debat bakal Perdana Menteri Malaysia antara Datuk Seri Najib Razak VS Datuk Seri Anwar Ibrahim? Mengapa?

-berita semasa

3 comments:

  1. bagi saya, daripada berceramah sorang dihulu sorang dihilir .. (atau ceramah bersebelahan?)..lebih baik mereka berdebat.
    masing2 dapat melontarkan ide masing2 dari pandangan sendiri mahupun parti..

    ReplyDelete
  2. Lawan tetap lawan!!! g0 ANUAR g000!!!!!! najib pengec0t!!!!!

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist