KUALA LUMPUR, 14 Mei — Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nuk Mat
menggesa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria agar tidak mencampuri
urusan politik jika mengambil pendekatan serong terhadap pendirian dan
matlamat perjuangan parti Islam yang diterajuinya.
Menteri Besar Kelantan itu juga menegaskan Harussani perlu berfikir secara rasional dan waras dan melihat kepada kebenaran.
Dalam laman sosial Facebook miliknya, Nik Aziz (gambar)
berkata, “mufti sebaiknya tak payah masuk campur soal parti politik lah
kalau begitu serong terhadap PAS. Bila nak nilai dasar dan perjuangan
parti Islam seperti PAS, kena baca sejarahnya.
Kerana asal tertubuhnya PAS adalah terlibat sama ‘orang Umno’ yang melihat Umno tak mampu berjuang Islam.”
Harussani sebelum ini berkata perjuangan PAS kini sudah menyeleweng
daripada matlamat asal serta menyalahgunakan agama Islam demi kuasa dan
kerusi politik.
Dipetik Berita Harian Online, beliau bersedia mencadangkan
kepada Majlis Fatwa Kebangsaan supaya mempertimbangkan saranan diadakan
muzakarah bagi membincangkan kewajaran parti itu menggunakan perkataan
Islam dalam nama parti.
“Perjuangan parti itu semakin jauh menyeleweng daripada matlamat asal
untuk menegakkan Islam yang direncanakan sejak lebih enam dekad lalu,”
katanya yang juga ahli Majlis Fatwa Kebangsaan.
Menurut Nik Aziz lagi, Harussani tidak memahami matlamat penubuhan dan perjuanagan PAS.
“Nampak sangat mufti tu tak baca sejarah,” katanya lagi.
Status dari Facebook milik Nik Aziz itu telah mendapat respon dan
komen balasan dari 236 individu dengan 2,918 individu “suka” terhadap
status tersebut.
Tambah pemimpin veteran PAS ini lagi, mufti Perlis itu juga perlu
memahami kitab karya Ketua Majlis Ulama Sedunia, Dr Yusof Al-Qaradawi
yang menyokong demonstrasi di Dataran Tahrir, Mesir walaupun mufti
negara tersebut menentang penganjuran demonstrasi tersebut.
“Kemudian baca jugalah kitab Dr Yusof Al-Qaradawi, Ketua Majlis
Ulamak Sedunia yang sering memberi pandangan menguntungkan perjuangan
Islam.
“Sebagaimana perhimpunan rakyat Mesir di Medan Tahrir, Dr. Yusof
Qaradawi menyokongnya bagi memerangi kemungkaran kerajaan walaupun ia
ditentang oleh mufti Mesir sendiri,” tegasnya.
Justeru, beliau menuntut agar Harussani “berfikirlah dengan kebenaran bukan kewarasan tanpa kebenaran.”
Harussani dilihat mengeluarkan kenyataan tersebut ketika mengulas
saranan Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali
yang mencadangkan Majlis Fatwa Kebangsaan mengadakan muzakarah untuk
membincangkan kewajaran PAS menggunakan perkataan Islam pada nama parti
itu.
Beliau turut menggesa ahli dan penyokong fanatik dan taksub PAS agar
segera kembali kepada ajaran Islam sebenar dan berfikiran waras.
“Gunakan akal yang dianugerahkan Allah untuk berfikir... sama-sama
memahami isi kandungan al-Quran, jangan hanya tahu mengutuk. Banyak
sangat PAS menyalahgunakan Islam untuk kepentingan politik demi
mendapatkan kuasa, pengaruh, kedudukan dan kerusi,” katanya.
Beliau juga melahirkan kebimbangan dengan perpecahan umat Islam
kerana sifat dengki, tamak, mengejar pangkat dan kedudukan di kalangan
pemimpin parti politik yang kononnya memperjuangkan Islam.
Mengulas keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan mengharamkan umat Islam
menyertai perhimpunan Bersih 3.0, Harussani berkata, ia tidak dibuat
sebelah mata seperti yang didakwa pemimpin pembangkang, termasuk Nik
Aziz.
Sebaliknya, keputusan itu dicapai selepas perhimpunan Bersih 3.0
tidak lagi bersih kerana menceroboh kawasan larangan, selain
mendatangkan kekacauan dan kecederaan kepada pihak berkuasa dan orang
awam./~TMI
Monday, 14 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba9 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
harussaini kau sendiri takut bini lagi nak perbetul orang cermin diri kau dgn najib ada beza tak@
ReplyDeleteTEPAT DAN PADAT SARANAN TUAN GURU NIK AZIZ ,JIKA TAK BOLEH FAHAM JUGA ALAMAT ...BILA AKAL PEMBERIAN ALLAH S.W.T. TIDAK BERJIWA ISLAM MEMANG SUKAR NAMPAK KEBENARAN ,ALLAHU AKHBAR !
ReplyDeleteRasanya majlis fatwa juga perlu mengkaji penggunaan perkataan MELAYU pada parti UMNO kerana keahliannya bukan terhad kepada melayu saja ada siam, orang asal dan mamak....
ReplyDeleteaku dah lama meluat dgn harusaini ni...kalau nak menjilat umno apa pun sanggup buat...
ReplyDeleteOoi Nik Aziz kau nak samakan Islam dg Kristian ke dimana politik dan ugama tak bercampur. Kau juga dulu yg berkata tidak satu pun ayat2 Al Quran yang bukan ayat politik.
ReplyDeleteJika ko lupa sila lihat youtube ini:
http://www.youtube.com/watch?v=fk5j5MQOd-E