Macam seperti satu kejutan pula kepada orang Kelantan apabila Annuar Musa tiba-tiba menurun tangani atas banner
yang menuntut agar royalti minyak dikembali kepada rakyat Kelantan.
Tindakan Annuar itu pun menjadi perhatian dan dilaporan sebagai berita
yang menakjubkan. Maka orang-orang Kelantan yang dahaga royalti minyak
dan sudah berjuang dengan sebahagian rakyat Kelantan menuntut royalti
itu pun suka dan senyum sampai ke pipi.
Tanpa mengetahui apakah motif di sebalik tindakan Annuar itu ramai yang
memuji Annuar. Ada yang nampak Annuar sebagai bersemangat Kelantan dan
bersimpati dengan rakyat Kelantan. Itulah pandangan tanpa melihat
menggunakan kanta mata politik. Tetapi bagi mereka yang matanya tidak
disaluti selumbar atau selaput akan merasakan tindakan Annuar itu tidak
lebih dari satu gimik murahan saja. Ia kerja orang yang tidak ada kerja
sahaja atau pun frustasi.
Kenapa saya kata begitu, kempen untuk mendapatkan royalti minyak sudah
lama dijalankan oleh rakyat Kelantan. Sampai Tengku Razaleigh Hamzah pun
ikut sama menyokong tindak tanduk dan perjuangan rakyat Kelantan itu.
Isu itu sudah pun sampai ke mahkamah. Husam Musa sudah pun membawanya ke
mahkamah dan mungkin selepas ini ke mahkamah timbang taraf dunia pula
kerana untuk mendapatkan royalti berkenaan yang jelas ianya hak dan
kepunyaan rakyat Kelantan.
Tetapi apakah reaksi Annuar sebelum ini? Memang Annuar tidak membantah
atau cuba mengalihkan cerita fasal royalti seperti Awang Adek Hussein,
tetapi Annuar tidak pun berkata apa-apa mengenainya. Sokong pun tidak,
tidak sokong pun tidak. Annura jadi macam lalat kena ridsect.
Bagaimana pun orang kanannya yang juga timbalannya dan sahabat selubang
dan sepermainan dengannya Mohammad Alwi Che Ahmad, ada komen fasal
royalti. Alwi bersetuju kerajaan Kelantan membawa isu royalti ke
mahkamah kerana dia menganggap keputusannya nanti akan berpihak kepada
kerajaan Pusat. Cara Alwi menyokong itu bukan mengharap wang royalti itu
diberikan kepada Kelantan tetapi biar mahkamah menghentikan polimek
mengenai perkara itu.
Kalau Annuar Musa jujur dan benar-benar prihatin kepada rakyat Kelantan,
beliau sepatutnya tidak menanda tangani mendesak royalti itu semalam,
tetapi lama sebelum ini. Dia harus bangkit memperjuangkan bersama
rakyat, Tengku Razaleigh dan rakyat Kelantan awal-awal lagi. Beliau
patut minta laluan untuk naik ke pentas bersama Pas dan Tengku Razaleigh
membuat desakan kepada kerajaan. Dan bial setiap kali Najib Razak
mengadakan lawatan ke Kelantan Annuar perlu menyuarakan perkara itu.
Tetapi kenapa tidak?
Makanya, saya ulangi makanya kesudian Annuar Musa mencemar tangan
menanda tangani mendesak royalti itu sesudah beliau kini sudah tidak ada
kuasa dalam Umno. Sesudah tidak menjadi menteri, sesudah tidak menjadi
pengerusi perhubungan Umno Kelantan, sesudah tidak menjadi wakil rakyat
dan juga sesudah digantung dua tahun setengah oleh FAM.
Sikap atau pun kersedaran terdesak itu biasa berlaku kepada orang Umno.
Selepas mereka tua, habis modal dan bisa tidak dapat merancuni pemimpin
Umno mula mereka berlegar ke halaman Pas. Menyertai Pas dengan membero
seribu janji. Tetapi bila kehendak dan apa yang mereka idamkan tidak
tercapai mulalah mereka akan 'mentok' - berona.
Berbalik kes Annuar kenapa masa beliau ada kuasa, beliau tidak mendesak
semua itu. Saya malas hendak mengulas dan memberi jawaban, mungkin kita
semua tahu apakah sebab musababnya. Jadi kemurahan hati Annnuar menanda
tangani banner desakan itu bersama lebih 20,000 rakyat Kelantan di
perkarangan stadium Bukit Jalil semalam untuk menarik perhatian dan
simpati sahaja. Beliau hendak tunjuk beliau bersama rakyat demi
Kelantan. Kelabaan yang diperolehinya beliau akan dianggap berjiwa
rakyat dan bersama rakyat. Itu sahaja. Air mata yang ditumpahkan kini
adalah air mata buaya selepas dirinya tiada apa-apa kuasa.
Oleh itu rakyat Kelantan janganlah mengharap apa-apa budi dan bakti dari
Annuar untuk rakyat Kelantan. Rakyat Kelantan boleh terima dia adalah
pengurus bola sepak yang baik tetapi bukan seorang ahli politik yang
ikhlas.
Buktinya selama lebih 22 tahun beliau menjadi pemimpin nombor dua Umno
Kelantan, beliau tidak pun berusaha tetapi menyekat dan menghalang
apa-apa projek ke Kelantan. Sebenarnya amalan dan budaya yang
dipraktikkan Annuar selama ini masih berterusan di Kelantan.
Sama sepertai Annuar memimpin bola sepak Kelantan begitu juga tanda
tanganninya menuntut royalti minyak itu tidak ikhlas. Ia hanya umpan
plastik uantuk mengait mulut ikan sahaja. Mana-mana ikan yang tiada
pengalaman dan suka barang palsu akan bertepok tangan dan gembira atas
tindakan Annuar. [wm.kl.6:14 pm 20/05/12]/~merahtintaMSO
Sunday, 20 May 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Sepatutnya semua negeri yang diperintah pembangkang janganlah pinda itu dan ini:
ReplyDeleteContoh : Sabah apabila diperintah PBS ditubuhkan JPPS, Kelantan JPPK, JKKK jadi JKKKP. Menyusuahkan BN apabila ia memerintah semua negeri2 itu.
Ramai dah lupa kes wang PPRT yg pernah Annuar ni lesapkan.
ReplyDelete