Sunday, 13 May 2012

‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ ; Najib

Menghadap Agong: Najib tidak berseloroh
Wartawan Sinar Harian
13 Mei 2012 
  SHAH ALAM – Datuk Seri Najib Tun Razak dipercayai tidak berseloroh apabila menyebut ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ yang membayangkan hasratnya mahu membubarkan Parlimen dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi percaya, Perdana Menteri sememangnya bermaksud sekarang adalah masa yang sesuai untuk PRU13 diadakan berikutan momentum sokongan Barisan Nasional (BN) yang sedang meningkat.

“Saya percaya, beliau yakin sekarang adalah masa yang sesuai. Apa yang disebut oleh Datuk Seri Najib memang ke arah itu (mahu menghadap Agong) menunjukkan PRU13 sudah dekat,” katanya.

Mohd Puad berkata, fenomena ‘gelombang merah’ yang melanda Bukit Jalil pada malam itu dengan kehadiran lebih 100,000 ahli Umno tentunya meyakinkan Najib bahawa sekarang adalah masa untuk PRU13 diadakan

Seorang lagi ahli MT Umno, Datuk Ir Idris Haron, sama ada Perdana Menteri bergurau ataupun serius, ia perlu diterima secara serius oleh semua ahli parti.

“Memang sudah dekat. Kita tunggu sahaja masa untuk Perdana Menteri umumkan (pilihan raya) secara rasmi.

“PM sudah bekerja keras dalam banyak hal terutama dalam pembangunan negara, dan saya percaya beliau sememangnya bermaksud mengenai apa yang disebutkannya kerana beliau yakin dengan pencapaian kerajaan hari ini,” katanya./~SH
 

7 comments:

  1. Cuba tengok muka si NAJIB.
    Muka penuh dgn kegusaran
    Muka penuh dgn ketakutan...
    Saban hari mukanya penuh kegetaran

    ReplyDelete
  2. Bubar pun kalah tak bubar pun kalah najib jadi serba salah

    ReplyDelete
  3. apa?najib anak razak anak haram?owhhh...najib anak razak haramjadah ye?mmg najib razak haramjadah pun!

    ReplyDelete
  4. ‘saya berasa mahu menghadap Yang di-Pertuan Agong esok’ bkn mahu tapi malu....hahaha 'saya berasa malu menghadap Yang di Pertuan Agong esok'

    ReplyDelete
    Replies
    1. pegi menghadap agong di UK.. http://nizar-coretanku.blogspot.com/2012/05/saya-berasa-mahu-menghadap-yang-di_14.html

      Delete
  5. ampun tuanku..
    mohon patik mendatang sembah kbwh duli tuanku bhwsnya patik dan kuncu2 patik nak pi tengok bola di landon tuanku...

    ai... memanda..? awat hang tak mau tengok liga super..? le ni pun cukup hebat beta tengok...? kedah pun nampak hebat masa lawan lion s'pore boleh seri 3-3... main kat s'pore pulak tu...?
    hang pa ni pandai sungguh nak perabih duit noh..??

    mmmm... tak tau lah tuanku...
    ni... datin ajak patek pergi... mana tau lepas election tak boleh jadi PM pulak...

    ikut suka hati hang la memanda... tak mau balik pun tak pa... mmng hang ketegag..

    ReplyDelete
  6. Orang Melayu memang suka main teka-teki.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)