Setelah berakhirnya perhimpunan Bersih 3.0, maka terdapat desakan dan
ugutan yang bertalu-talu dari pihak berkuasa Polis DiRaja Malaysia
(PDRM) supaya individu tertentu yang telah dikenalpasti bertindak untuk
menyerahkan diri bagi melengkapkan siasatan pihak polis dalam isu
perhimpunan Bersih 3.0.
Malangnya arahan serah diri ini hanya terarah kepada peserta
demonstrasi sahaja, sedangkan tindakan segelintir pihak polis tertentu
yang telah bertindak di luar batas undang-undang telah dibiarkan begitu
sahaja.
Umum mengetahui bahawa kebanyakan mangsa yang menerima
layanan buruk dan dicederakan dalam perhimpunan Bersih 3.0 telah
berhadapan dengan kekasaran pihak polis ini setelah mereka digari,
selain dari dipukul dan disepak secara betubi-tubi oleh pihak
keselamatan yang telah mengheret mereka yang sedang dalam proses
bersurai.
Kita akur bahawa penahanan seseorang adalah di bawah
bidang kuasa pihak polis, dengan merujuk kepada peruntukan tertentu.
Tetapi tindakan memukul mereka yang berhimpun ini, apatah lagi yang
sedang bersurai adalah salah dan sangat zalim sifatnya. Bagaimana
mungkin mereka yang dipanggil menyerah diri ini dapat dijamin
keselamatan mereka dan tidak berdepan dengan kemungkinan tindakan
kekerasan dan dipukul sekali lagi semasa siasatan dijalankan ?.
DATO’ SERI TUAN GURU HJ ABDUL HADI AWANG
PRESIDEN PAS
-Sumber
Bekas Jeneral Ukraine: Perang Dunia Ketiga sudah bermula
44 minutes ago