Saudara
Pengarang,
SAYA,
Chung Su Li, menujukan surat terbuka ini kepada Perdana Menteri Malaysia,
Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Penguatkuasa di Malaysia agar memantau kegiatan
subversif iaitu pemberian kerakyatan songsang kepada warganegara India di
Sabah.
Siasatan
saya mendapati seramai lebih kurang 100 orang warga India di Sabah dan lebih
kurang 1,500 di Semenanjung Malaysia telah berjaya mendapat Kad Pengenalan
dengan membayar sejumlah wang di antara RM 30,000 sehingga RM 75,000 kepada
sindiket yang mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia.
Saya
mewakili majoriti suara rakyat Sabah ingin menarik perhatian kerajaan yang
sedang berusaha untuk mencari dalang-dalang dalam aktiviti menjual IC kepada
warga asing, terutama daripada India, Pakistan, Indonesia dan
Filipina.
HEBAT....Skandal
IC Projek terbaru masih menggunakan Modus operandi yang sama iaitu laporan
kehilangan kad pengenalan.
Aktiviti
membuat IC mengunakan wang telah mula menjadi-jadi di Sabah setelah seorang yang
bernama Nasir Bin Yusof berjaya mendapatkan IC untuk dirinya pada awal tahun
2011.
Nasir
Bin Yusof atau Latiff, yang berasal daripada RegunathaPatti, Tamil Nadu, India
datang ke Malaysia dengan mengunakan Visa Tukang Masak di sebuah Restoran
India.
Beliau
kemudiannya telah berjaya membuka beberapa kedai sendiri di sekitar Kota
Kinabalu, Sabah. Antara bekas Restoran beliau yang terkenal ialah Restoran
Salimah berhampiran Hospital Mesra Bukit Padang dan di Terminal Inanam.
Beliau
membuka kedai mengunakan nama seorang warganegara Malaysia dan menjalankan
perniagaan tersebut sedangkan dia memegang Visa tukang masak pada ketika
itu.
PASPORT.....Salinan
Pasport India Nasir yang ketika itu menggunakan nama Kader Moideen Latheef.
Mustahil Jabatan Imigresen tidak mempunyai salinan kerana beliau mempunyai
Permit Kerja sebagai Tukang Masak.
Pada
masa itu, beliau mula mengalihkan minat beliau ke bidang lain. Atas sifat-sifat
beliau yang berani dan pandai menarik hati dan memikat pegawai kerajaan dengan
memberikan suapan tertentu; telah berjaya menjadi agen menguruskan dokumen
kepada pekerja asing dan majikan warganegara.
Beliau
menjalankan tugas khas ini sedangkan pada hakikatnya beliau hanya seorang tukang
masak di kaca mata undang-undang, mengatasi Agensi Pekerjaan Swasta dan Agensi
Kerajaan yang mempunyai potfolio mengeluarkan dokumen pengenalan
diri.
Latiff
mula menjual satu demi satu kedai beliau apabila perniagaan haramnya mula maju.
Beliau tidak perlu sakit kepala lagi memikirkan tentang apa juadah yang perlu di
masak di kedainya. Beliau juga tidak perlu membayar cukai perniagaan dan
pendapatan. Beliau mula memberikan perhatian yang serius dalam aktiviti agen
tersebut kerana sudah terkenal di Sabah.
Mengikut
pemerhatian saya, beliau keluar masuk hampir setiap hari di Jabatan Imigresen
Sabah (JIS). Beliau akan datang biasanya waktu petang dengan membawa beg berisi
pasport dan sampul surat berwana coklat. Beliau akan terus berjumpa dengan
pegawai yang diperlukannya dan mendapat layanan istimewa.
Kenapa
perkara ini boleh terjadi? Latiff telah pun membeli dua organisasi penting iaitu
Jabatan Imigresen Sabah (JIS) dan Jabatan Pendaftaran Sabah. Beliau merasuah
hampir semua kakitangan JIS bermula daripada sumbangan sarapan pagi, makan
tengah hari, minuman, alat solek, peralatan rumah dan kredit telefon bimbit.
Jika disemak telefon bimbitnya, sudah tentu terdapat nombor telefon semua
pegawai pegawai tinggi kerajaan terutama Imigresen, JPN dan Polis.
Latiff
akan menguruskan visa pekerja asing dengan bayaran bermula daripada RM600
sehingga RM 1,000. Majikan lain yang cuba berurusan sendiri di kaunter akan
mengalami pelbagai kerumitan dan kelewatan serta syarat yang sangat
ketat.
Pegawai
JIS tanpa segan silu akan mencadangkan kepada majikan untuk bertemu Latiff untuk
memudahkan urusan mereka. Ini semua hasil tunjuk ajar Latiff. Namun setakat ini,
hanya Pengarah Imigresen Sabah, Mohd Mentek sahaja yang tidak dapat dibeli
kerana ketegasan dan prinsip y utuh yang dimilikinya.
Latiff
tidak berjaya meraih simpati daripada Mentek yang kental dengan semangat
kenegerian dan memahami masalah Sabah. Agensi Pekerja Asing yang berdaftar
dengan Pasukan Petugas Khas Persekutuan hanya bermimpi di siang hari untuk
mendapatkan layanan serupa dengan Latiff.
SEGERA.....Nasir
menjadi pemilih ekpress dengan kad pengenalan yang ada padanya.
Latiff
juga membantu orang ramai untuk mendaftarkan pekerja asing mereka secara haram,
menguruskan penubuhan syarikat secara haram untuk memastikan warga asing dapat
membawa kaum keluarga dan kerabat mereka masuk ke Malaysia melalui visa pegawai
dagang.
Beliau
juga mempunyai kenalan pengawai yang telah dirasuah di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu terutama Pegawai Kanan Imigresen untuk membenarkan
pekerja yang mengunakan visa bekerja di Semenajung Malaysia masuk bekerja di
Sabah selain menguruskan urusan balik warga asing yang mempunyai masalah
Imigresen.
Selain
itu, beliau turut membantu orang ramai dengan bayaran tertentu untuk menguruskan
dokumen lain seperti urusan membuat sijil nikah dan urusan JPN yang lain. Beliau
juga sudah semakin berani apabila menjadi Setiausaha Parti Kimma sejurus
mendapat IC Projeknya. Beliau mempunyai ramai kenalan dalam facebooknya terutama
ahli Kimma seluruh negara.
Latiff
kemudian membuka sebuah kedai setelah memiliki banyak wang, semata-mata untuk
menutupi segala aktiviti haramnya. Kedai tersebut ialah JJ One Phone di Lot 57,
Bandaran Berjaya, Kota Kinabalu.
Dalam
kedai ini, terdapat sekurang-kurangnya 50 pasport dalam satu-satu masa. Kedai
ini dibuka untuk mengelirukan pihak berkuasa dan menutup mata orang ramai. Namun
kedai ini hanya menjadi mesin 'Money Laundering' kerana hanya menjual kredit
telefon dan telah memindahkan operasi haramnya ke Asia City, Kota
Kinabalu.
Latiff
ini berjaya melepaskan diri daripada tindakan undang undang kerana memiliki
pengaruh yang kuat serta memiliki keajaiban. Beliau pernah ditahan kerana menipu
dalam menurunkan tandatangan seorang majikan setelah pekerja asingnya yang
ditahan di Kudat oleh Pegawai Penguatkuasa Imigresen Sabah yang dikenali sebagai
Halid. Namun, kes itu ditutup tanpa sebarang tindakan.
Beliau
juga berkawan rapat dengan seorang polis yang bernama Ayub kerana Ayub mengenali
hampir semua polis berpangkat tinggi di Sabah kerana dahulunya mempunyai sebuah
kedai runcit dalam kawasan Ibu Pejabat Polis Kepayan.
Dengan
Ayub, semua kawan beliau terutama orang India boleh keluar daripada tahanan
dengan mudah tanpa sebarang kerumitan. Selain itu, di setiap pusat tahanan
terutama di Kimanis Papar, Latiff mempunyai orang untuk mengeluarkan sesiapa
saja yang ditahan dengan mengenakan bayaran antara RM2,000 hingga RM5,000 setiap
seorang dan wang tersebut akan dikongsi bersama pegawai yang
terlibat.
Pendedahan
saya ini khas untuk menekankan bagaimana Latiff, seorang warga India yang telah
lahir semula di Malaysia dan menjadi Warganegara Malaysia seterusnya menjadi
salah satu kepala dalam membuat IC di Sabah.
Mengikut
rekod, Latiff atau nama asalnya, Kader Moideen Latheef yang mengunakan Passport
India bernombor E3171231 yang sah sehingga 08.10.2012 dan visa juga sah sehingga
hujung 2011 dengan tarikh lahir dalam pasport 10 Oktober 1972.
Kini
beliau tidak lagi menggunakan pasport India setelah mendapat resit kad
pengenalan Malaysia 620605-12-6421 dengan identiti dan nama baru iaitu Nasir Bin
Yusof dan tarikh lahirnya di kebelakangkan pada 05 Jun 1962. Perkara ini sangat
jelas menunjukan berlaku banyak penipuan yang dilakukan oleh Latiff. Bagaimana
beliau boleh tua 10 tahun dalam IC berbanding Pasport beliau?
Siapakah
Nasir Bin Yusof ini sebenarnya? Adakah orang yang telah meninggal atau pun orang
yang tidak menuntut ICnya? Ini bukan fitnah. Saya sertakan salinan pasport dan
semakan daftar pemilih beliau.
Saya
percaya bahawa Tuhan akan meninggal bukti bagi menumpaskan semua kejahatan di
dunia ini. Bukti yang saya berikan sangat jelas. Namun, bagaimana pula Latiff
ini berjaya memiliki IC ini?
Adakah
hal ini seperti yang dibangkitkan oleh Naib Presiden PAS, Dato Mahfuz Bin Omar
baru-baru ini? Apa pun saya akan memberikan serba sedikit maklumat mereka yang
terlibat dan terpulang kepada kerajaan Malaysia untuk menyiasatnya.
Jangan
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Orang macam Latifflah yang
menyebabkan desakan terhadap RCI terus dilaungkan oleh rakyat Sabah. Saya
berpendapat, penahanan beberapa individu yang saya berikan ini akan mencari
penyelesaian masalah IC di Sabah.
Latiff
ini berjaya mendapatkan IC beliau melalui pertolongan Datuk Haji Jaffaer Henry,
bekas Pengarah JPN Sabah melalui bantuan Suzina Binti Mohd Rahfee. Puan Suzina
mempunyai hubungan rapat dengan Latiff. Latiff sentiasa mengambil dan menghantar
Puan Suzina apabila pergi atau balik daripada mana-mana urusan di luar negeri
terutama daripada Kuala Lumpur dan Labuan .
Selain
itu, Latiff sentiasa mengunakan kereta Puan Suzina apabila dia tiada di Sabah.
Latiff juga menyediakan semua keperluan rumah kepada Puan Suzina. Saya hairan
bagaimana Puan Suzina yang bergred KP 27 yang juga baru mengangkat sumpah
sebagai Penolong Pegawai Pendaftaran pada tahun 2009 dan menerima penempatan
baru di JPN Kota Kinabalu boleh menandatangani resit laporan kehilangan kad
pengenalan pada tahun 2004 dan 1996?
Beliau
yang baru mengangkat sumpah untuk bertugas di JPN Kota Kinabalu pada 28 Mei 2009
bertempat di 'The Regency, Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson berjaya
menyediakan semua dokumen secara sempurna untuk mendapatkan IC kepada Latiff;
tetapi tidak berjaya membuatnya tanpa meninggalkan bukti kukuh.
Selepas
berjaya mendapatkan IC, Latiff melihat perkara ini daripada sudut perniagaan.
Beliau ingin mengaut keuntungan besar dengan menjual IC seperti ini. Beliau
kemudianya mencari jalan dan beliau mula bersekongkol dengan rangkaian Musakkar
Bin Abdullah (Kadersha) yang juga memiliki ‘IC MASIH PANAS’ yang maklumatnya
disertakan bersama ini.
Rangkaian
Musakkar ini terdiri daripada beberapa orang daripada Jabatan Pendaftaran
Negara. Mereka diketui oleh Abdul Rahman bin Md Noor (Gred 42) Ketua Unit Khas
Sabah (KUS) di Putrajaya; diikuti Puan Farrah Izanni Binti Mohamad Ismail,
Penolong Pengarah Unit Khas Sabah; Md. Solehan bin Omar, Pengarah Bahagian;
Ruslan Bin Alias, Penolong Pegawai Pendaftaran; Susilan dan Puan Sulaiha dan
beberapa pegawai di Bahagian Kad Pengenalan.
Mereka
menerima permohonan Kad Pengenalan seperti ini hanya daripada Latiff, Musakkar
dan beberapa orang lagi. Mereka akan meminta menyediakan butiran serta gambar
dan kemudian mereka akan diberikan resit IC, Sijil Lahir dan seterusnya Maykad
berserta dokumen lain oleh pegawai di atas.
Saya
tidak mengenali semua pegawai tersebut, akan tetapi semua mereka ini benar-benar
terlibat. Saya tiada memiliki bukti lain selain daripada ini. Namun, saya yakin
dengan bantuan semua individu tersebut, Latiff berjaya mendapatkan IC seseorang
yang telah mati ataupun yang tidak dituntut oleh pemohon.
Kejayaan
Latiff ini berjaya menambah ahli rangkaian dan agen di Sabah. Latiff kemudian
bertukar menjadi salah satu ahli rangkaian ini dengan harapan dapat menguat
untung yang besar. Rangkaian ini kemudian di sertai oleh Salim Khan Bin Kaboor
dengan IC bernombor 681012-12-5123 iaitu pemilik sebuah restoran terkenal di
Sabah iaitu Restoran Salim, di Lintas Plaza, Kota Kinabalu.
Setelah
beliau berkahwin kali kedua, beliau telah jatuh dalam perniagaan dan setelah
mula berniaga IC, beliau kini sudah naik semula dan semakin kaya. Rangkaian ini
kemudian berjaya mendaftarkan seramai 100 orang setakat ini di Sabah dan di
Semenanjung 1,500 lebih.
Semua
orang yang telah meninggal di Semenanjung Malaysia telah lahir semula dengan
bantuan pendekar-pendekar yang baru wujud di Sabah ini. Adakah ini zaman batu
atau zaman moden? Salim dan Latiff sentiasa menjemput Rahman apabila sampai di
Sabah dengan menyediakan semua kemudahan termasuk hotel mewah dan sebagainya.
Perkara ini amat merisaukan saya dan seluruh rakyat Sabah.
IC
yang dimiliki oleh Latiff telah dibuat sebegitu sempurna tanpa boleh
dipertikaikan lagi. Siap dengan salinan laporan kehilangan kad pengenalan yang
kononnya pernah hilang pada 12 Mac 2004 dan 30 Disembet 1996 yang ditandatangani
oleh Puan Suzina yang saya sertakan sekali dengan laporan saya ini.
Namun
dengan kuasa tuhan, saya telah menjumpai beberapa kelemahan dalam laporan ini
kerana nama penuh dalam laporan ini ialah Nasir @ Lathiep Bin Yusuf yang mana
sangat berbeza dengan IC beliau. Adakah Puan Suzina ini bekerja dari tahun 1997
sehingga 2011 dalam satu bahagian yang sama dalam JPN Kota Kinabalu atau beliau
baru ditempatkan di Kota Kinabalu pada Mei 2009? Adakah perkara ini boleh masuk
akal?
Latiff
mempunyai dua orang adik beradik lagi di Sabah yang mana salah satunya berada di
Papar dan tidak mempunyai IC dan salah satunya yang bernama Peer Mohammad Bin
Kadeer dengan no Maykad 600323-12-5465. Adik beradik satu bapa tetapi dibinkan
kepada orang lain. Tidakkah pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini?
Seorang
lagi agen khas untuk pekerja asing India yang terlibat dalam rangkaian ini ialah
Musakar Bin Abdullah dengan IC No 620305-12-5961. Jika meneliti kisah Musakar,
beliau ini boleh dianggap sangat berbahaya dan saya memiliki beberapa dokumen
untuk membuktikan bahawa IC Musakar ini baru di beli.
Beliau
datang daripada India mengunakan Visa Tukang Masak untuk Kedai Kopi Farvin
Inanam yang dijamin oleh Majikannya, Aziz Bin Kasim. Kemudian Aziz telah
membatalkan visa tersebut dan menghantarnya balik ke India. Salinan tersebut
turut disertakan. Beliau kemudiannya balik ke Malaysia dengan jaminan seseorang
lagi.
Beliau
kemudian membuka sebuah kedai barang-barang aneka kecil di belakang kedai
Farveen Curry House berhampiran Shell, Kampung Air Kota Kinabalu. Seratus
peratus barang dalam kedai ini ialah barang curi yang dibekalkan oleh sindikit
tertentu dan menjadikan tingkat atas kedai beliau tempat menyimpan barang atau
stor.
Kemudian
beliau akan menjualnya di kedai tersebut. Pihak kerajaan boleh menyiasat hal ini
dengan lebih lanjut lagi. Tambahan pula, nama Musakkar ini sewemangnya nama
bukan India. Tentu sekali, Mykad ini milik rakyat Malaysia atau
Indonesia.
Musakkar
datang ke Malaysia dengan nama Kadersha Mydeen atau nama gelaran Katta Kaja
dengan pasport India bernombor A7754373. Kemudian beliau membuat IC dengan
bayaran RM 30,000 melalui rangkaiannya. Beliau berasal daripada Asoor, Trichy,
Tamilnadu dan pasportnya sah sehingga 5 Mei 2009.
Beliau
kini sudah membuka restoran sendiri di hadapan kedai barang anekanya dengan nama
Restoran Farveen Curry House bertentangan Shell Kampung Air. Pada asalnya,
beliau hanya bekerja di situ. Apabila berjaya mendapat untung yang banyak
daripada penjualan IC, beliau terus membeli kedai tersebut dan menjadikan ia
miliknya. Kegiatan Kadersha ini boleh mengancam keselamatan Negara
kita.
Kadersha
ini pada asalnya bekerja bersama Aziz bin Kasim. Atas kebiadapan terhadap
Majikannya dan melakukan kesalahan Imigresen, beliau ditahan oleh Jabatan
Imigresen Sabah yang ketika itu laporan ini dibuat oleh Aziz di pejabat lama di
Wisma Dang Bandang, Kampung Air.
Semasa
dalam tahanan, Aziz telah membatalkan visanya dan membeli tiket penerbangannya
untuk balik ke India. Salinan tiket tersebut turut disertakan. Namun, Kadersha
berjaya keluar daripada tahanan dengan bantuan seseorang.
Beliau
kemudian membuat muslihat dan tinggal di Sabah. Sekarang ini beliau kembali ke
Malaysia dan berjaya membeli Restoran majikannya sendiri. Fakta ini benar
sekali, pihak berkuasa boleh menghubungi bekas majikannya, Aziz bin Kasim di
talian 016-8105XXXX (nombor sebenar sila email ke Sabahkini) untuk maklumat
lanjut.
Selain
itu, satu kes yang masih dalam siasatan di Balai Polis Lama Kota Kinabalu
terhadap Kadersha mengenai cek tendang yang dilaporkan oleh Aziz Bin Kasim,
bekas majikannya. Baru baru ini, ada orang yang melaporkan tentang IC Musakkar
(Kadersha) di Balai Polis Karamusing.
Tetapi
kes ini berjaya ditutup olehnya dengan wang ringgit Malaysia. Kadersha juga
menyembunyikan dirinya selama seminggu di rumah banglonya yang dibeli dengan
wang hasil kerja kerasnya membuat IC di Semenanjung Malaysia sebelum menutup kes
ini. SB Mohan daripada Balai Polis Karamusing juga mengetahui hal ini. Dialah
yang menguruskan kes-kes India di Kota Kinabalu.
Sehubungan
itu, saya mengharapkan satu penyiasatan khas dibuat mengenai hal ini. Saya
bersama ratusan rakan saya tidak akan teragak-agak untuk mengumpulkan
tandatangan bagi memastikan kerajaan Malaysia menyiasat hal ini dan tidak
memberikan sebarang alasan.
Kami
mahu IC mereka yang terlibat harus ditarik balik. Kami rakyat Sabah tidak mahu
mereka menjadi salah satu pengundi dalam pilihanraya 13 akan datang. Kami
mahukan penyelesaian menyeluruh.
Sekiranya
kerajaan Malaysia tidak menyiasat dan mengenakan tindakan undang-undang ke atas
semua suspek ini, maka kami akan meminta bantuan pembangkang untuk menuntut
penyiasatan ke atas isu ini yang kami kira amat penting untuk kami warga Sabah.
Kami hilang punca pendapatan angkara warga asing seperti Latiff dan Kadersha
yang diberikan IC.
Saya
berharap agar agensi kerajaan yang terlibat menyiasat hal ini serta merta
sebelum pilihanraya akan datang. Penerima IC seperti ini harus dibuang dahulu.
Mereka tiada hak memegang kad pengenalan Malaysia.
Pendedahan
saya ini membantu kerajaan untuk mengesan individu yang bersalah dan seharusnya
inilah peluang yang baik kepada kerajaan Malaysia untuk membersihkan nama
daripada dakwaan pembangkang.
Apa
pun jutaan rakyat Sabah akan menantikan berita gembira tentang dalang-dalang dan
pemegang IC ini ditangkap secepat mungkin. Kami menaruh harapan pada kerajaan
yang kami sanjung selama ini. Kami sentiasa menantikan langkah daripada kerajaan
selepas ini dengan harapan yang besar.
Penuntutan
pembangkang untuk menubuhkan RCI akan terjawab dengan tertangkapnya rangkaian
ini. Maklumat ini saya kumpul daripada agen-agen SAH di Sabah dan orang ramai.
Selepas penahanan rangkaian ini, Ini kalilah, terjawabnya semua misteri di
sebalik desakan penubuhan RCI. Apabila berita ini diketahui oleh mereka, tentu
mereka akan bersembunyi dan keluar selepas keadaan baik semula. Tapi ingat, kami
tidak akan biarkan rangkaian ini berleluasa sampai bila-bila pun.
Kami
tidak mendedahkan identiti kami seperti nombor telefon selengkapnya kerana risau
tentang keselamatan kami. Semua yang terlibat amat berbahaya. Pegawai kerajaan
juga dikira amat takut dengan mereka ini. Namun jika diperlukan, bukan saya
seorang yang akan tampil nanti, ribuan orang yang menyokong saya dalam hal ini
akan tampil ke hadapan.
Saya
harap kerajaan mulakan dahulu penyiasatan. Semua bukti kukuh telah saya berikan.
Tiada satu pun tuduhan saya ini boleh dianggap fitnah. Kami sedang mengumpulkan
nama-nama dan biodata mereka yang baru sahaja membeli IC daripada rangkaian ini
dan akan didedahkan kemudian hari.
Sedangkan
masih ramai pemegang kad bunga raya di Sabah akibat daripada kelewatan JPN
menguruskanya yang berpunca daripada kekurangan maklumat, bagaimana kerajaan
boleh bertindak mengeluarkan IC berbayar seperti ini yang seratus peratusnya
haram?
Sekian
Salam
Satu Malaysia,
CHUNG
SU LI