Oleh
: PAPARAZZI SABAHKINI.NET
TELAH
heboh khabar ini sampai ke cuping Perdana Menteri bahawa salah seorang Naib
Presiden UMNO yang juga Menteri Kabinet Malaysia telah membelanjakan lebih RM2
juta untuk menaja pemimpin Parti Pembangkang sejak 2008 sehingga
kini.
Menurut
sumber terdekat dengan Perdana Menteri, Naib Presiden UMNO itu meminta rakan
karibnya menaja pemimpin kanan parti pembangkang dengan janji akan membayar
balik semua kos yang telah dikeluarkan melalui projek atau dengan kata lain
'Project-Swap'.
Namun
kini sudah hampir empat tahun berlalu, hanya RM100,000 sahaja yang telah dibayar
kembali melalui adik Naib Presiden berkenaan kepada rakan karibnya, manakala
selebihnya masih tertunggak dengan janji yang diperbaharui setiap masa, termasuk
meminta rakan karibnya sejak 25 tahun lalu menyertai tender tertutup di
kementeriannya.
Tetapi
rakan karibnya masih gagal mendapatkan semula wang yang dilaburkan melalui
tender tertutup yang dianjurkan sehingga membuatkan beliau kecewa seolah-olah
menjadi peminta sedekah kepada Naib Presiden UMNO tersebut.
Rakan
karib Naib Presiden UMNO itu sedang mengatur pertemuan dengan Perdana Menteri
untuk mengadu 'sikap tikam belakang' Menteri Kabinet berkenaan kerana beliau menghadapi masalah perniagaan
disebabkan modal dan keuntungannya digunakan untuk membiayai aktiviti parti
pembangkang berkenaan atas arahan Naib Presiden UMNO tersebut.
Amat
malang bagi rakan karib Naib Presiden UMNO itu kerana terpaksa menggadai
rumahnya kepada Ah Long dan menjual lima keretanya demi untuk meneruskan
kehidupan akibat tindakan Naib Presiden UMNO mungkir janji dan berdalih untuk
membayar hutangnya.
Paparazzi
telah menyelidik siapakah Naib Presiden UMNO yang sanggup menderhaka kepada
parti demi menyimpan 'Fixed Deposit' untuk kepentingan politiknya; tetapi tidak
dapat mendedahkan di Sabahkini.net buat sementara waktu sehinggalah rakan karib
Naib Presiden UMNO berkenaan berjaya menemui Perdana Menteri.
Untuk
makluman, hanya ada tiga Naib Presiden UMNO iaitu Menteri Dalam Negeri, Datuk
Seri Hishamuddin Tun Hussien; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi dan
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Siapakah
di antara mereka yang bakal disingkirkan Perdana Menteri kerana 'pengkhianatan'
ini?/~sabahkini.net
Kalau dah di Sabah.net tu siapa tah lagiii.......
ReplyDelete