.

Friday, 11 May 2012

RAMAI MB AKAN DITUKAR MENJELANG PRU-13

LAMA....Taib Mahmud, Ketua Menteri paling lama memerintah salah sebuah negeri di Malaysia. Apakah beliau masih dikekalkan di dalam tampuk pemerintahan Sarawak?

Oleh : JAHABAR SADIQ (TMI)

KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) dijangka akan mencalonkan muka-muka baru sebagai menteri besar dan ketua menteri di hampir kesemua negeri kerana Datuk Seri Najib Razak mahu program transformasinya dilaksanakan golongan muda demi bersaing dengan Pakatan Rakyat (PR), kata sumber.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hassan dan rakan sejawatnya di Perlis, Datuk Seri Md Isa Sabu, adalah antara mereka yang bakal kekal di kedudukan mereka jika BN mengekalkan kemenangan.
“Najib mahu yang terbaik untuk kesemua negeri dan lebih baik dengan meletakkan muka baru.sesetengan pemimpin lama sangat berada di kerusi mereka,” kata sumber.

Antara Menteri Besar yang paling lama memerintah adalah Umno Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, yang mengambil alih pejabat pada 1986; Datuk Abdul Ghani Othman, yang telah bersama-sama Johor sejak 1995; dan Datuk Seri Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka sejak 1999.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah paling lama memerintah Sarawak yang mengetuai kemenangan BN Sarawak dalam pilihan raya tahun lalu yang juga penggal terakhirnya selepas memulakan tugas pada 1981.

“Perlu ada pembaharuan dan ini peluang untung orang muda meningkat naik,” kata sumber dan menambah Najib sendiri Menteri Besar termuda di Pahang apabila dilantik pada 1982, ketika itu beliau berusia 29 tahun.

Sumber lain menjelaskan BN telah menyiapkan senarai pemimpin berpotensi di kerusi negeri yang akan disesuaikan dalam beberapa minggu lagi oleh Najib dan pembantunya.

“Sudah tentu ada yang melobi di saat-saat akhir dan ada yang mahu kekal. Tapi Najib memikirkan masa hadapan dan keperluan meletakkan muka baru,” katanya.

Sumber itu juga berkata BN akan mempertimbangkan untuk melihat pendapat keseluruhan pemerintah negeri sebelum menamakan calon untuk posisi tertinggi.

“Ia mestilah orang yang dipersetujui dan dihormati pemerintah negeri kalau tidak mungkin akan berlaku kekecohan,” katanya merujuk kepada perubahan saat akhir di Perlis dan Terengganu selepas pilihan raya 2008.

Selepas pilihan raya 8 Mac 2008, Perdana Menteri dan Pengerusi BN Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mencalonkan Datuk Seri Shahidan Kassim untuk terus berkhidmat sebagai MB Perlis tapi Md Isa telah mengangkat sumpah di hadapan Raja Perlis dengan sokongan lapan Adun Umno dengan 15 kerusi Adun.

Di Terengganu, pemerintah negeri menolak calon Abdullah, Datuk Seri Idris Jusoh, untuk kekal sebagai MB malah digantikan Datuk Seri Ahmad Said walaupun terdapatnya protes daripada Umno dan pengguguran sementara MB baru daripada parti. Isu itu selesai apabila Abdullah bersetuju dengan pilihan pemerintah negeri.

Turut difahamkan BN juga sudah selesai menamakan calon di negeri-negeri yang dikuasai PR; Kedah, Kelantan, Penang dan Selangor. Calon yang paling jelas adalah Datuk Seri Mustapha Mohamed, di Kelantan, Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri, yang juga Ketua Umno Kelantan.

“Mustapha sudah dikenali di Kelantan. Misterinya adalah di Selangor kerana banyak sangat nama,” kata sumber BN itu.

Antara yang dijangka adalah Timbalan Ketua Umno Datuk Seri Noh Omar, namun sumber turut mengesahkan ada beberapa tokoh ahli perniagaan turut disenaraikan oleh Najib, yang juga Ketua Parti Negeri.

Najib semalam melawat kembali Selangor, sehari sebelum sambutan ulangtahun ke-66 Umno dengan sambutan tiga hari di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Perdana menteri dilihat kerap mengunjungi Selangor, negeri terkaya yang dimiliki PR pada pilihan raya 2008.

Presiden Umno ini telah mengumumkan akan menawan kembali Selangor tanpa mengira halangannya dalam pilihan raya akan datang, yang dijangka awal bulan depan selepas kembali dari lawatannya bermula Isnin ini.

Pilihan raya perlu diadakan sebelun April 2013 dan menyaksikan tambahan 2.2 juta pengundi kepada 12 juta mendaftar untuk mengundi. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut menerima penggunaan dakwat kekal dan minimum kempen 10 hari dalam pilihan raya akan datang.
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist