.

Wednesday 9 May 2012

Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!

Ketika ini hutang negara berada pada paras RM456.1 bilion di mana bersamaan 53.5 – 54 peratus daripada Kadar Dalam Negara Kasar daripada had yang telah ditetapkan Kementerian kewangan (MOF) setakat ini iaitu pada paras 55%. Walaubagaimanapun jawatan balas Timbalan Menteri Kewangan (Datuk Seri Awang Adek) di Dewan Rakyat menasihatkan rakyat Malaysia tidak perlu risau.

Tahap hutang negara yang tinggi untuk tempoh yang berterusan, sebenarnya boleh memberikan kesan ekonomi dan kewangan negara dalam tempoh jangka panjang. Keadaan ini akan bertambah buruk jika wang yang telah dipinjam dibazirkan untuk tujuan projek-projek mega yang sebenarnya tidak perlu pada masa sekarang, tetapi diperuntukkan semata-mata untuk “mengenyangkan” suku-sakat dan kroni.
  • Tetapi dalam pada masa yang sama, tiada satu iltizam yang benar-benar menunjukkan keyakinan kepada semua yang Malaysia sedang berusaha mengatasi kadar hutang negara yang tinggi ketika ini
  • Akhirnya, kita akan terus melihat kadar hutang negara terus bertambah daripada tahun ke tahun selama 15 tahun lamanya
Malaysia Debt Crisis 2012 Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Jika kerajaan tidak melakukan pelan pengurangan fiskal yang mampu memberikan keyakinan kepada semua, implikasi yang jarang-jarang kita diajar dan dididik di kaca televisyen & di akhbar arus perdana, di mana Malaysia bakal menghadapi risiko penurunan gred penarafan kredit.

Terkini semakan kami kepada laporan berita daripada Channel News Asia bertajuk (Malaysia faces credits rating cut) yang dimuatkan di ruangan perniagaan menunjukkan telah terdapat beberapa syarikat-syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA yang telah memberikan “peringatan dan amaran awal kepada Malaysia”. Antaranya ialah seperti:
  1. Standards & Poors
  2. Moody’s Investors Service
Malaysia Debt To GDP 2012 Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Kedua-dua agensi ini telahpun memberikan amaran kepada kerajaan Malaysia bahawa “RATINGS” bagi BON-BON TERBITAN KERAJAAN PUSAT di arena antarabangsa besar kemungkinan akan diturunkan daripada :
“Rating ( A- ) diturunkan kepada ( BBB )”
Hutang Kerajaan Malaysia 2012 Hutang Negara Malaysia 2012 (RM456.1 Bilion) : 2 Syarikat RATINGS AGENSI ANTARABANGSA Beri Amaran Kepada Malaysia!!
Ini semuanya berpunca daripada HUTANG NEGARA yang terkini sudah mula mencecah kepada paras 54% daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar). Tetapi, persoalannya apa implikasinya kepada Malaysia jika rating tersebut diturunkan?

Sekiranya ia terus berlaku tanpa perubahan yang radikal daripada sekarang, antara implikasinya ialah :
  • Nilai matawang ringgit di pasaran antarabangsa akan mula jatuh dan jumlah hutang luar negara merujuk kepada ekonomi Malaysia secara keseluruhan akan menjadi lebih sukar untuk dibayar. Ini kerana kadar pertukaran wang asing menjadi lebih tinggi dan sektor import akan mengalami kerugian yang teruk
  • Apabila nilai matawang ringgit mula jatuh dan kita boleh mengalami kegawatan ekonomi yang serius disebabkan kekurangan “KECAIRAN” dalam SISTEM KEWANGAN di Bank-Bank tempatan, sehingga boleh menyebabkan kadar faedah pinjaman di Bank-bank tempatan melonjak tinggi. Kesannya akan berbalik kepada rakyat Malaysia juga
  • Akhirnya, ia akan turut mengakibatkan banyak sektor-sektor lain mengalami kemelesetan kerana IMPORT UTAMA dari negara-negara maju oleh kebanyakan negara membangun seperti Malaysia yang menggunapakai TEKNOLOG TINGGI yang digunakan di sektor-sektor pembuatan seperti perkilangan dan lain-lain
  • Seterusnya., ada kalangan anda di sini mahu berkongsi maklumat?

Sebenarnya kenaikan tahap hutang negara boleh membawa kesan kepada dasar keseimbangan antara pengurusan hutang, dasar fiskal dan dasar monetari. Dengan hutang dalam negeri yang membentuk 96% daripada jumlah hutang negara ketika ini, kerajaan lebih mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman serta dapat meminumkan risiko pertukaran matawang asing (forex risk).
  1. Hutang Kerajaan Persekutuan yang terkini adalahsebanyak RM456.1 bilion atau 53.5 % nisbahKeluaraan Dalam Negera Kasar (KDNK).
  2. Hutang dalam negeri yang berjumlah RM438.0 bilion atau 96.0 % daripada jumlah keseluruhan hutang, manakala baki RM18.1 bilion atau 4.0% merupakan hutang luar negeri.
Tetapi….ada tetapinya, angka-angka di atas belum termausk lagi apa dinamakan sebagai perbelanjaan di luar peruntukan Belanjawaan atau ‘off-balance sheet spending’. Ini kerana kerajaan Malaysia ketika ini banyak menerbitkan Bil Perbendaharaan, Terbitan Pelaburan on simpanan), sekuriti Kerajaan. Pinjaman inilah yang dimaksudkan dengan pinjaman yang tidak termasuk  (pinjaman luar jangka) dalam hutang RM456.1 bilion tetapi tetap dianggap sebagai hutang kerajaan Pusat.
“Hutang kerajaan pusat adalah hutang yang terpaksa ditanggung bersama oleh orang awam seperti anda semua”
Seandainya gagal dibayar oleh badan-badan berkanun dan GLCs yang dijamin kerajaan Pusat, maka kesemua ini akan menjadi hutang kerajaan Pusat. Dengan kata lain hutang kerajaan Pusat akan melambung tinggi daripada kadar hutang negara yang ada ketika ini. Contohnya :
  • Melepaskan tokoh korporat Tan Sri Tajuddin Ramli daripada membayar hutang sebanyak RM589 juta kepada Danaharta sedangkan Mahkamah Tinggi, KL pada tahun 2009, memerintah beliau membayarnya kepada kerajaan
  • Melepaskan Maju Holdings Sdn Bhd dengan geran RM976.7 juta yang diberikan dahulu, setelah menjual konsesi Lebuhraya Kuala-Lumpur-Putrajaya kepada EP Manufacturing Berhad dalam urusniaga yang dilaporkan bernilai RM1.7 juta sementara geran RM976.7 tidak dituntut kembali oleh pihak Kementerian Kewangan

Antara Kesan Pengurusan Hutang Negara Yang Lemah

  1. Pengurusan fiskal yang lemah dan tahap hutang yang tinggi boleh menjejaskan matlamat dasar monetari
  2. Ini kerana ia boleh meningkatkan kadar inflasi dan menyebabkan kenaikan kadar faedah kepada paras yang sebenar negara ketika ini ataupun boleh menyebabkan juga nilai matawang ringgit Malaysia mula menyusut.
  3. Kadar faedah yang boleh melonjak jika pelabur hilang keyakinan terhadap keupayaan kerajaan untuk menguruskan dasar fiskal
Pelabur akan melihat samada kerajaan ada menunjukan inisiatif atau tidak untuk menangani hutang negara tersebut. Hutang tetap hutang. Jika pelabur melihat kerajaan Malaysia kurang menunjukkan insentif untuk menaikkan kadar faedah bagi mengawal inflasi semata-mata kerana mahu mengekalkan kadar yang rendah untuk membendung kos pinjaman, ini akan memburukkan ekonomi Malaysia pada masa akan datang.
Inilah antara implikasi yang perlu dibayar jika sesebuah negara mempunyai hutang yang tinggi tetapi tidak diuruskan dnegan baik
Berapa banyak hutang tiada masalah sebenarnya, tetapi komitmen untuk menguruskan sesuatu hutang itulah yang akan diperhatikan oleh oleh pelabur-pelabur daripada pada masa ke semasa.

P/S : Semoga kerajaan dapatlah menguruskan kewangan negara dengan sebaiknya. Ini kerana jika dasar menguruskan adalah bagus, kesan akan berbalik kepada orang awam seperti kami, begitulah sebaliknya. Apa pandangan dan respon anda melihat tahap hutang negara Malaysia ketika ini?

10 comments:

  1. Umno kata kerajaan berhutang sebab nak buat pembangunan.
    Lagi banyak kerajaan hutang lagi banyak kemajuan akan tercapai.
    Kalau tak ada pembangunan hasil dpd berhutang, macamana rakyat nak kerja. Macamana kerajaan nak dapat hasil

    Pendek kata "BERHUTANG MEMBAWA BERKAT"

    ReplyDelete
  2. Salam TT..,

    Mohon artikel dan maklumat di atas semua boleh tak ? TenkiU

    ReplyDelete
  3. a ah brhutang membawa berkat..lepas ni brsama kita merempat

    ReplyDelete
  4. Umno adalah satu2nya parti yang menolong rakyat.
    Kerajaan BN berhutang sebab nak majukan rakyat.
    Pelajar2 berhutang dgn PTPTN sebab nak sambungkan pelajaran

    PAKATAN pulak...
    Kurangkan hutang kerajaan utk kesejahteraan rakyat
    Pelajar2 tak perlu berhutang utk belajar..

    So...Kerajaan BN.Umno lagi baik kan????

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. cuma Pakatan lupa nak bentang dalam belanjawan mereka ttg pelajar2 dari sekolah menengah, sekolah rendah dan tadika.. tak dapat free juga ka.. mana adil macam tu kalau sekadar bagi utk pelajar universiti sahaja.. lepas tu setiap tahun jumlah pelajar akan sentiasa meningkat dan ini membawa maksud jumlah wang untuk membiayai pinjaman pelajar tu semakin meningkat..Kalau asyik guna wang petronas je,boleh bankrap la petronas.. Kalau petronas bankrap nak ambil duit dari masa pulak.. Selain tu pelajar U sekarang selain guna pinjaman PTPTN untuk tampung bayaran pengajian juga guna duit tu perbelanjaan harian sepanjang pengajian.. Pakatan cuma kata nak biaya pengajian sahaja.. so pelajar2 tu kena minta wang belanja dari keluarga mereka la nampaknya.. Matilah keluarga2 pelajar yang miskin tu nak kena fikir cari duit pulak untuk belanja anak2 mereka di U nanti.. BR1M mana ada dah masa Pakatan memerintah nanti kan...

      Delete
  5. umno adalah Syarikat Perternakan Lembu Sendirian Berhad

    selama 66 tahun berniaga, umno telah menghasilkan lebih 3 juta ekor lembu2 utk keperluan dalam negara.

    umno juga berupaya membekalkan daging2 lembu yang segar dimana tersedia lebih kurang 30 juta ekor lembu dalam negara yang boleh dikorbankan pada bila2 masa perayaan.

    teknologi terbaru umno ialah dengan mengkacukkan benih baka lembu terbaik negara dengan lembu dari spesis mongolia.

    bagaimana pun lembu mongolia tersebut terpaksa dibunuh kerana dijangkiti penyakit kuku dan suka bawa mulut.

    kini pihak pertanian Perancis sedang berminat untuk mengkaji dna baka lembu jantan terbaik negara itu tidak lama lagi.

    malaysia adalah negara pengeluar lembu terbaik dimana lembu2 tersebut sangat berkualiti tinggi dan sudah mampu berjalan menggunakan dua kaki, tinggal di apartmen dan tidak lagi berbunyi maooooooooooo!

    tetapi lembu terbaik malaysia berbunyi...

    hiduuuuuuuuupppuummnaaooooooooooooo !

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah...terbaik bro!!!

      Delete
  6. kadar faedah 6% setahun kenyang perut keluarga Jacob Mayer de Rotschild hanya makan faedah sahaja.

    ReplyDelete
  7. Kadar hutang negara masih pada paras yang boleh diurus dan Malaysia tidak akan muflis menjelang 2020 seperti yang didakwa sesetengah pihak, kata bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin.
    Di samping itu, segala pinjaman yang dibuat oleh kerajaan adalah bersumberkan daripada pinjaman domestik, kata Daim, yang juga merupakan penasihat ekonomi kerajaan Malaysia pada tahun 1990an.
    "Satu perkara penting mengenai hutang negara adalah kebanyakannya ia diperoleh daripada pinjaman domestik.
    "Jenis pinjaman ini lebih stabil dan tidak mendedahkan Malaysia kepada aliran keluar modal besar secara tiba-tiba," katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan semalam.
    Daim berkata, walaupun beberapa penganalisis bimbang kadar hutang negara dijangka meningkat 1.3 peratus kepada 54.8 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini, berbanding 53.1 peratus pada 2010, kenaikan ini adalah wajar sebagai tindak balas terhadap krisis kewangan global yang bermula pada penghujung 2008.
    "Kenaikan terkini adalah disebabkan oleh kemelesetan ekonomi dunia dan subsidi besar yang diperlukan untuk menampung kenaikan harga barang makanan dan tenaga," katanya.
    Menurut Mingguan Malaysia, berdasarkan laporan terkini Bank Pembangunan Asia, ekonomi Asia seperti China, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia dan Thailand akan menanggung 45 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dunia menjelang 2050.
    Sementara itu, seluruh rantau Asia akan menanggung 51 peratus KDNK global pada 2050, malah nilai KDNK akan meningkat kepada US$148 trilion bagi seluruh rantau Asia.
    Laporan HSBC yang dilakukan tahun lepas bertajuk “Dunia pada 2050” mengenalpasti China, India, Filipina, Mesir diikuti Malaysia termasuk di kalangan 26 negara teratas. Ini menunjukkan negara Malaysia dalam kedudukan yang baik untuk jangka masa panjang hasil pengurusan ekonomi yang baik oleh kerajaan masa kini.

    Timbul banyak spekulasi mengenai amaran yang dikeluarkan oleh agensi penarafan kredit Standard & Poor’s (S&P)dan Moody’s Investors Service terhadap hutang negara tapi harus diingat kembali pandangan ini menurut kaca mata pihak barat semata2.. IMF pada 1997 pernah mengatakan ekonomi Malaysia akan mengalami masalah teruk apabila Dr Mahathir selaku perdana menteri Malaysia enggan meminjam wang dari IMF untuk mengatasi kegawatan ekonomi pada masa itu dan melaksanakan tambatan ringgit malaysia pada US dollar walaupun pinjaman kepada IMF dicadangkan oleh Anwar Ibrahim yang sebelum itu yang merupakan menteri kewangan. Namun ternyata apa yang kerajaan buat pada masa itu betul dan negara kita dapat keluar dari masalah kegawatan ekonomi lebih cepat dari negara2 membangun yang mengalami banyak kesengsaraan akibat pelbagai syarat yang dikenakan IMF untuk meminjam wang tersebut.Ini menunjukkan tidak semestinya apa yang dinyatakan atau dikeluarkan oleh apa-apa agensi yang dikatakan bertaraf dunia betul dan rakyat Malaysia harus takut pada apa yang dikatakan mereka.. Tambahan pulak nampak sangat kewujudan unsur-unsur kepentingan politik pihak tertentu di Malaysia dalam menghebahkan hal ini untuk menakutkan rakyat Malaysia dalam mempercayai kerajaan Malaysia dibawah Dato Seri Najib pada masa ini..

    ReplyDelete
  8. Hutang Jepun banyaknya lebih 200% dari GDP...hutang Singapore 100% dari GDP ...UK 87% dari GDP, US 73% GDP.... hutang Malaysia 52% GDP ...Sedarkah kita? Fikirkan

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_countries_by_public_debt

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist