Malam 
tadi para tetamu yang hadir ke rumah Anwar Ibrahimn untuk bertahlil 
dan bermunjak setiap malam Jumaat berpeluang mendengar luahan rasa 
Sasterawan Negara A Samad Said kenapa beliau tiba-tiba menjadi berani turun
 ke tengah gelanggang dan bergabung dengan para ahli politik untuk 
membela nusa dan bangsa.
Iya.. saya sebelum ini juga 
tertanya-tanya kenapakah sebab musabab memungkinkan Pak Samad jadi 
demikian. Apakah yang tidak kena untuk dia menyusahkan diri ke hulur ke 
hilir menggendung perjuangan rakyat marhaian secara realistik (politik) sehingga disoal kawan dan lawan dan 
ada yang menghina tindak tanduknya kononnya merosokkan gelaran berprastaj Sasterawan Negara.
Kesediaanaya untuk 
menjadi kepala himpunan Bersih : Duduk dan Bantah
 esok diianggap 
perjalanannya ke kemuncak keberanian yang dia tidak akan turun-turun ke 
bawah lagi. Keputusan Pak Samad menerunkan diri ke dalam gelanggang 
bersama politician adalah keberanian dan satu pengorbanan besar yang 
patut dicontohi.
Malam tadi segala-galanya terdedah apa yang
 menjadi misteri selama ini. Mednurutnya timbul kesedaran baru dalam 
jiwanya bahawa 
penulis atau sasterawan bukan saja kena merakam, mencatat peristiwa 
tetapi ikut turun ke gelanggang sama bergelumang dengan rakyat.
Mencerita bagaimana dia terbuka hati untuk berjuang, katanya; sebenarnya
 rakan-rakan penulis juga yang telah pun turun bersama rakyat yang 
mengajak dan membuka hati saya. Mereka bertanya dan memberi tahu saya 
bahawa penulis bukan saja setakat merakam dan mencatat tetapi perlu 
bersama rakyat.
Bertolak dari situlah Pak Samad dari seorang sasterawan yang mencatat di
 dalam bilik, menjadi sasterawan yang menggembara melihat suka duka 
rakyat.
Sudah pasti apa yang mendorongnya ialah kerana 
berleluasanya ketidakadilan dan disusuli sama dengan penyelewengan pihak
 pemegang kuasa dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terhadap rakyat. Sebagai 
seorang berjiwa seni tentunya beliau tidak dapat melihat begitu saja, 
membiarkan akan kebobrakan itu keculi bangkit membela.
Atas dasar dan menyedari 
betapa besarnya peranan para penulis dan wartawan, Pak Samad menyeru 
agar mereka (para penulis) turun ke gelanggang berjuang bersama 
rakyat.Tekannya tidak cukup setakat merakam peristiwa tetapi perlu 
bersama bergabung dengan peristiwa. Wartawan atau penulis perlu menjadi agen perubahan masyarakat.
Sememangnya kita mempunyai ramai wartawan katanya, tetapi mereka bukan berkawan dengan rakyat tetapi berkawan dengan kerajaan.
Dari kesedaran inilah dirasakan Pak Samad mula mengubah 
haluannya menjadi penulis yang berani dan meninggalkan jauh 
rakan-rakan lain yang masih hanya merakam penderitaan rakyat, bernostalgia dengan bahasa tetapi 
tidak berani turun ke tengah masyarakat menjadi pejuang dan agen 
penggerakan rakyat yang nyata.
Sesuatu yang menarik 
perhatian saya, sebenaarnya menakjubkan saya malam tadi bila mana Pak 
Samad membongkar rahsia diri dan hidupnya khsnya penglibatannya dalam 
berperanan memantau bakat-bakat pemimpin negara. Selama ini saya fikir 
Pak Samad seraus peratus hanya mempedulikan kesusteraan dan tidak pun 
sedikit terlibat dalam mencambahkan tokoh pimpinan negara menerusi 
kalamnya.
Menurut ceritanya di awal tahun 70-an beliau sudah
 diberi tugas agar memerhati dan memberi ruang khusus kepada beberapa 
pemimpin dalam usaha untuk menjana bakat mereka dan memastikan mereka 
menjadi pemimpin negara. Katanya ketikan itu semasa berkerja di bawah A 
Samad Ismail (Allahyarham) beliau diarah untuk menjaga dan memerhati perjalanan juang 
Anuwar Ibrahim, Sanusi Junid, Hamid Tuah dan Rais Yatim.
"Pak 
Samad meminta saya memerhati orang-orang ini tanpa dibertahu apakah 
tujuannya," katanya. Maka katanya dia telah memberi ruang cukup baik 
dalam akhbar Berita Harian menerusi ruangan di bawah kelolaannya ketika itu. Tanpa menyebut kenapa 
beliau diberi tugas itu dapat dirasakan bahawa mereka adalah antara 
orang yang telah dipilih oleh Samad Ismail dengan restui atasan lain untuk mengangkat orang menjadi 
pemimpin masa depan.
Dari cerita dan pendedahan Pak Samad 
itu apa yang boleh disimpulkan bahawa Anwar adalah calon pemimpin 
awal-awal lagi sudah dipilih dan dikenal pasti akan bakat serta 
idealismenya. Kerana waktu itu 
orang berkuasa ialah Allahyaraham Tun Razak dapat difahamkan juga 
bahawa Tun Razaklah mungkin telah memilih Anwar untuk menjadi pemimpin 
masa depan atau pun atas kehendak Samad Ismail sendiri bahawa nama-nama 
itu berpotensi menjadi pemimpin.
"Saya tidak tahu kenapa ada juga nama-nama seperti Rais Yatim dalam 
senarai yang diberikan itu saya tidak tahu," ujar Pak Samad mengakui 
mungkin baginya Rais bukan seorang berbakat dan bersih untuk menjadi 
pemimpin.
Kenapa
 Pak Samad memberanikan diri melakukan pengorbanan dan jihad hari ini, 
kepada saya sebagai merealisasikan amanah yang telah diberikan kepadanya
 iaitu menjaga atau bersama Anwar agar Anwar menjadi pemimpin negara/~merahtintaMSO
Friday, 27 April 2012
'Sejak Awal Lagi Anwar Disenarai Sebagai Pemimpin Masa Depan'- A Samad Said: Oleh Mohd Sayuti Omar
Labels:
politik
'Sejak Awal Lagi Anwar Disenarai Sebagai Pemimpin Masa Depan'- A Samad Said: Oleh Mohd Sayuti Omar
2012-04-27T10:03:00+08:00
Nizar
politik|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Perutusan Dari Tun Mahathir5 years ago
- 
- 
ADUN Ditangkap Dadah5 years ago
- 
- 
- 
- 
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...6 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
EMAS MAMPU MILIK ...7 years ago
- 
- 
- 
- 
Al-Haudh Telaga Rasulullah Dambaan Umat8 years ago
- 
- 
- 
farm fresh ad jamestown ny9 years ago
- 
- 
- 
- 
cuba9 years ago
- 
- 
- 
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)10 years ago
- 
- 
PAS, PR,dan DAP 201510 years ago
- 
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan10 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng11 years ago
- 
Rehlah Jabatan Amal Tawau11 years ago
- 
- 
- 
- 
new post12 years ago
- 
- 
- 
- 
Antara madet dan setan13 years ago
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
- 
 
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 
