Tuesday, 24 April 2012

Orang Terkenal Sabah : Anak-anak Musa Aman mendapat wang kotor


Dokumen yang dibocorkan dari siasatan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyediakan bukti yang amat buruk bagi Ketua Menteri Sabah, Musa Aman, berkenaan penglibatan peribadinya dalam skandal rasuah balak secara besar-besaran, dimana pihak dalaman berkata merupakan penutupan politik tahap tinggi.

Aman sentiasa menafikan bahawa beliau berkait dengan tuduhan berkenaan peniaga kayu Sabah Michael Chia, yang telah ditangkap di Hong Kong dan didakwa kerana pelaburan wang haram, kerana dia cuba menyeludup SG $16juta berbentuk nota bank kembali ke Malaysia pada tahun 2008.

Walau bagaimanapun, Sarawak Report kini telah memperoleh capaian kepada dokumen rahsia daripada siasatan oleh Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah Hong Kong (ICAC) dan SPRM Malaysia, yang secara langsung membabitkan Ketua Menteri .

Ini termasuk salinan penyata bank, yang merekod pembayaran kepada anak Musa Aman dari akaun suspek yang dikaitkan dengan aktiviti perniagaan Chia.

Chia merupakan ‘anak angkat’ Musa Aman

Michael Chia, yang merujuk kepada dirinya sebagai anak angkat Aman, memainkan peranan sebagai fasilitator bagi sogokan kepada Ketua Menteri tersebut, menurut maklumat dalaman pedagang.

Mereka berkata bahawa tidak lama selepas Aman mengambil alih jawatan, Chia mula menghampiri pihak industri kayu balak utama untuk menjelaskan bahawa konsesi utama akan disediakan - tetapi hanya jika sogokan telah dibayar, melaluinya sebagai orang tengah Musa Aman.

"Tampokong telah diarahkan untuk mengikut arahan Chia", menurut sumber. Bermakna bahawa Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong telah diarahkan oleh Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, Musa Aman, untuk membuat kerja kotor Chia bagi meluluskan lesen pembalakan.

Yayasan Sabah mengawal sekitar satu juta hektar tanah hutan yang masih ada, yang sepatutnya dilindungi dan diuruskan bagi pihak negeri dan rakyatnya. Yang tidak wajarnya, ahli politik yang terkenal di negara ini adalah juga ketua Lembaga Pemegang Amanah Yayasan, memberikan Ketua Menteri kawalan peribadi yang mutlak kepada sumber asli utama negara.

Kekurangan sistem semak dan seimbang sedemikian adalah acuan untuk rasuah dan bukti kami menunjukkan bahawa Aman mengambil kesempatan yang keterlaluan.

Akaun bank orang terkenal

Ketika dia ditangkap di Hong Kong, memegang selepuk nota bank Singapura yang bernilai SG $ 10,000 setiap satu, Chia telah disyaki menyeludup wang kotor, dengan niat untuk membawanya kembali ke Sabah untuk membiayai rasuah pilihanraya BN.

Wang dan akaun bank yang berkaitan telah dibekukan di Hong Kong oleh ICAC untuk tempoh maksimum 3 tahun, manakala penyiasat berusaha untuk mendapatkan kerjasama penting dari Peguam Negara Malaysia, Abdul Gani Patail, dalam usaha supaya dapat mendapatkan bukti yang diperlukan daripada pihak berkuasa Malaysia.

Serentak dengan itu SPRM memulakan siasatan mereka sendiri, yang menyita 9 lori bahan dan dokumen dari premis Michael Chia dan rakan perniagaan kayunya, termasuk kayu-kayu magnate Andrew Lim dan Admond Looh.

Penyiasat mendapati bahawa Chia telah menjalankan beberapa akaun bank berkaitan melalui HSBC, Singapura dan Swiss Bank UBS, yang berpangkalan di Hong Kong. Kami mempunyai salinan penyata dari akaun-akaun bank yang menunjukkan bahawa anak-anak Musa Aman telah mengambil wang daripada salah seorang dari mereka secara tetap, berdasarkan arahan yang diberi.

Akaun ini telah ditubuhkan sebagai akaun Dolar Australia di Singapura, nampaknya kerana anak-anak Musa ketika itu sedang belajar di Perth, Australia. Wang juga dikeluarkan daripada akaun oleh Imbarine Bujang, yang merupakan orang yang diwakilkan oleh Musa Aman untuk menjaga keperluan anak-anaknya ketika berada di Universiti di Perth.

Bagaimana Musa boleh menafikan hubungan kepada aktiviti-aktiviti Chia apabila anak-anaknya telah mengambil wang daripada akaun yang diuruskan oleh Chia dan rakan-rakannya?
Mohammed Hayssam Musa dan Hazem Mubarak Musa kedua-duanya adalah anak Ketua Menteri tersebut. Sarawak Report mempunyai banyak salinan penyata dari akaun bank ini, menunjukkan bahawa perbelanjaan mereka dibayar tetap daripadanya pada tahun 2006 dan 2007.

Pembayaran telah juga dibuat kepada syarikat harta Australia, Riverstar Investment Pty Ltd, untuk menampung kos sewa pangsapuri anak-anaknya di Perth.

Bayaran untuk sewa anak-anak Musa di Australia juga datang daripada akaun yang sama yang dikawal oleh Chia.

Penyata di dalam pegangan kami dari akaun USD $ yang disambungkan dengan bank UBS Hong Kong yang sama (diuruskan melalui cawangan Singapura) menunjukkan bagaimana wang telah dipindahkan untuk menampung bayaran. Bukti kami bahawa wang yang mengalir ke dalam akaun-akaun ini secara langsung dikaitkan dengan pemberian lesen pembalakan utama oleh Yayasan Sabah.

Chia sendiri yang membayar terus kepada anak-anak Musa
Sebarang percubaan oleh Ketua Menteri untuk menjauhkan diri dan keluarganya daripada bukti-bukti bahawa dia telah menerima wang melalui Michael Chia amat kurang meyakinkan disebabkan oleh fakta bahawa penyata bank yang lain, yang disediakan untuk siasatan SPRM, menunjukkan bahawa Chia sendiri telah menutupi bayaran tetap ini kepada anak-anak lelaki Musa dalam tempoh sebelum menubuhkan akaun UBS pada tahun 2006.

Bayaran ini telah dibuat melalui akaun HSBC peribadi beliau!

Wang untuk anak-anak Musa diletakkan dalam akaun bank Michael Cia pada 2005 – mengapa?
SD 85,000 dibayar kepada Mohammed Tampokong!
Dokumen bocor tersebut dalam pegangan kami juga menunjukkan bahawa Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong (yang diarahkan bekerjasama dengan Chia) juga menerima 1 bayaran besar dari akaun lain yang berkaitan yang dikendalikan oleh Chia dan sekutunya, kali ini dari sebuah syarikat yang berpangkalan di Pulau Virgin British, Zenique Investments Ltd.

Kami mempersoalkan apakah alasan pekerja kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan konsesi balak di Sabah boleh sah menerima bayaran seorang SD85, 000 daripada akaun pesisir luar Pulau Virgin British?

Penjelasan diperlukan? Mengapa Pengurus Hutan Sabah menerima pembayaran SD85, 000 dari akaun BVI pada bulan November 2006?

Bukti-bukti ini menguatkan dakwaan bahawa Michael Chia telah menerima rasuah daripada syarikat-syarikat balak yang menerima konsesi daripada Yayasan Sabah, yang telah diberi kuasa oleh Mohd Daud Tampokong, dan bahawa Chia kemudiannya telah menghantar wang dari akaun bank internetnya kepada Musa dan Pengurus Hutan.

Musa Aman sehingga kini menjauhkan dirinya daripada penyiasatan rasuah ini, di mana dia perlu memberikan penjelasan yang meyakinkan tentang bayaran ini.

Tutup

Setakat ini, Ketua Menteri tersebut telah dilindungi dari pendakwaan, menurut sumber-sumber kami, dengan halangan yang disengajakan oleh penyiasatan rasmi oleh penguatkuasaan undang-undang utama pihak berkuasa Malaysia, iaitu Peguam Negara.

Abdul Gani Patail juga dari Sabah dan mempunyai hubungan keluarga yang rapat dengan keluarga Aman dan beliau telah menyekat mengenakan sebarang dakwaan .

Kita telah mengetahui bahawa penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong pada mulanya menghampiri pihak berkuasa Malaysia pada tahun 2008 dengan permintaan untuk mendapatkan bantuan dalam meneruskan siasatan mereka selepas penangkapan Michael Chia.

Walau bagaimanapun, Peguam Negara enggan menandatangani dokumen bantuan undang-undang yang diperlukan bagi membolehkan kerjasama antara negara mengenai kes itu. Kami memahami bahawa Gani telah pergi ke Hong Kong bagi berusaha untuk berunding dengan mereka yang sejawat dengannya di sana untuk menutup kes tersebut.

Selepas 3 tahun pihak berkuasa Hong Kong telah dipaksa oleh had berkanun untuk melepaskan akaun Chia dan penyiasatan kerana keengganan Malaysia untuk bekerjasama. Jutaan ringgit dalam akaun-akaun ini telah dikeluarkan pada penghujung tahun lepas dan ia dipercayai bahawa banyak wang akan disalurkan ke Sabah, dalam usaha untuk membeli undi bagi UMNO / BN dalam pilihanraya persekutuan akan datang.

Penyiasatan MACC juga dihalang oleh Gani
Satu penyiasatan SPRM selari, yang menemui sejumlah besar maklumat mengenai rasuah kayu Sabah, juga telah disekat.

Penyiasat Malaysia, yang difahami sangat teliti, telah mengambil keterangan daripada pelbagai rakan perniagaan Chia dan pedagang kayu, yang mengakui telah membayar sogokan. SPRM dipercayai telah mencadangkan bahawa tidak kurang daripada 40 tuduhan harus dibawa terhadap Ketua Menteri Sabah dan sekali lagi Peguam Negara telah menolak untuk mencadangkan pendakwaan kes itu.

"Laporan dan semua bukti masih berada di atas mejanya," satu sumber telah memberitahu kami.
Keadaan ini menyokong kekecewaan jelas yang dinyatakan pihak awam hanya minggu lepas oleh Timbalan Pesuruhjaya SPRM, Mohd Shukri Abdull, yang mengakui bahawa Peguam Negara telah menolak untuk membawa banyak "kes-kes sah", disebabkan kekurangan bukti.

Sarawak Report kini telah menerima banyak bukti tersebut dan sepanjang hari-hari yang akan datang, kita akan berkongsinya dengan orang awam untuk mereka membuat pertimbangan mereka sendiri mengenai kes dimana Peguam Negara Malaysia enggan bawa ke mahkamah.

Sarawak Report
Translated by Ashrul Afham, Malaysia Chronicle
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)