.

Sunday 15 April 2012

UPDATE: Khemah siswa diroboh, DBKL semakin mengganas

Kumpulan aktivis mahasiswa memasang semula khemah yang dirobohkan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur kira-kira jam 3 petang tadi.

Kesal dengan tindakan itu yang menyebabkan sebahagian peralatan khemah rosak, Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia, Mohd Safwan Anang terus masuk ke khemah berkenaan.

'Dua dari enam khemah kami rosak dan patah. Satu khemah terpaksa kami simpan sebagai 'back up' jika apa-apa berlaku,' kata bekas Pengerusi SMM, Ahmad Syukri Razab pula.

Terdahulu, sekumpulan penguat kuasa DBKL merobohkan khemah dan merampas kain rentang SMM atas arahan seorang ketua dikenali Zamiya, kira-kira jam 3 petang.

Tindakan itu mendorong mahasiswa melaungkan teriakan 'Student Power' dan terus berada di dataran itu bersama khemah yang diroboh.

Sejak khemah itu dipasang, ia menjadi tumpuan ramai yang mendengar pidato mereka atau bergambar termasuk pelancong asing.

Bagaimanapun, tinjauan Keadilan Daily mendapati seorang pemandu pelancong yang membawa sekumpulan pelancong yang kebetulan melalui Dataran Merdeka diarah menghentikan penerangan mengenai perkhemahan itu.

Arahan itu dipercayai dilakukan seorang anggota polis berpakaian biasa sedangkan penerangan itu dibuat berikutan terbit pertanyaan daripada kumpulan pelancong asing yang berminat dengan aktiviti perkhemahan berkenaan. Penerangan itu kemudian diubah dari bahasa Inggeris kepada bahasa lain.

-kredit

ini pulak update dari Tukar Tiub

PERJUANGAN ANAK MUDA DI DATARAN MERDEKA

- kalau hutang tajuddin ramlee 580 juta boleh lupus
- kalau duit pkfz 12 bilion boleh lesap
- kalau 7 bilion beli kapal selam boleh

kenapa hutang pelajar tak boleh dio mansuh?

NOTA:
di serang
di robek
di ganggu
mereka terus gigih
di datarn merdeka

salut untuk anak muda yang berani


PERJUANGAN ANAK MUDA



























































7 comments:

  1. Assalamualaikum..bolehkah kiranya tuan empunya blog nie link kan blog saya kat blog
    nie..saya dah link kan blog tuan di blog saya.Ni link blog saya
    http://komenkutoyou.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ok dah tu dik.. cukup dah.Simpan nyawa untuk mengundi pulak. Jangan ilang nyawa. Diorang ada kuasa . macam2 boleh jadi.

    ReplyDelete
  3. Memang patot pon kasi bersih itu tempat dari najis2 yg dibawak PKR

    ReplyDelete
  4. Kesimpulannya yg berkhemah tu bodoh,bangang,n memalukan mak bapak da kompom2 kne blacklist mke diorg.makin kurang r undi rakyat kat PKR.huhu

    ReplyDelete
  5. Nak pendidikan percuma??hahaha.tonggeng dulu kt anuaraljuburikristiani blum tntu lg dpt percuma.amboi2 banyak cantek muke korang..huhu

    ReplyDelete
  6. Same patern je khemah tu..ni msti Parti Kanak2 Riang(PKR) yg bekalkan.gune duet rakyat gk ke tu?

    ReplyDelete
  7. TANGKAP GAMBAR DIAORANG TU, PAPARKAN KAN KAT SURAT KHABAR, TARIK BALIK PTPTN DIA ORANG...ORANG SURUH BELAJAR BUAT PA BUAT DEMO.. HABISKAN BOREH JE.....AKU SOKONG AHMAD SAID....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist