.

Sunday, 15 April 2012

Para guru dan kakitangan awam akan dibatalkan perkhidmatan jika didapati menyokong pembangkang?


BOLKIAH LUPA DARATAN?


Saudara Pengarang,

PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib melaungkan Konsep 1Malaysia dan pada masa yang sama untuk mengekalkan demokrasi negara ini. Adakah konsep ini tidak difahami oleh para pemimpin negara atau sengaja tidak memahami demi kepentingan diri?

Saya merasa terkilan dengan ucapan Pembantu Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar yang juga Adun Pitas, Datuk Bolkiah Ismail sempena Bulan Juara Rakyat Anjuran Biro Kebajikan UMNO Kudat baru-baru ini (DE, 13 April 2012).

Beliau menyarankan PJKKK dan KK tidak melibatkan diri dengan parti-parti pembangkang dan akan membatalkan perkhidmatan mereka jika didapati berbuat demikian. Beliau juga pada masa yang sama memberi amaran para guru dan kakitangan awam akan menerima nasib yang sama jika didapati menyokong pembangkang.

Pada zaman ‘Sains Angkasa Lepas’ ini masih ada pemimpin kita berani mengugut rakyat secara terang-terangan. Semua mereka ini adalah dibayar gaji daripada pembayar dan pendapatan cukai negara.

Apakah Bolkiah sudah lupa daratan dan tidak sedar bahawa golongan pembayar cukai ini termasuk penyokong atau pembangkang kepada parti memerintah? Sebagai sebuah negara demokrasi, setiap individu itu ada hak untuk menyokong mana-mana parti di Malaysia ini.

Semua jawatan tersebut di atas harus dijalankan secara adil dan amanah tanpa memihak mana-mana parti. Kenyataan beliau ini benar-benar menghina kebijaksanaan kita sebagai manusia dan pada masa yang sama kenyataan ini tidak seharusnya diucapkan oleh seorang pemimpin yang menjadi contoh kepada masyarakat.

Bolkiah harus sedar bahawa gaji beliau sendiri juga dibayar dari cukai yang berasal dari keringat, darah dan lender rakyat. Oleh itu beliau harus berhati-hati apabila memberikan ucapan sebelum rakyat terfikir untuk menukarkan Wakil Rakyat mereka pada Pilihan Raya ke-13 akan datang.

Semua PJKKK, KK, para Guru dan penjawat Awam tidak harus gentar dengan ugutan ini dan akan menjalankan tugas seadil-adilnya tanpa mempedulian anutan ugama, bangsa dan fahaman politik.

Sabah Maju Jaya.

NOOR HALIM DATUK ZAINI


-Sumber

14 comments:

  1. mangkok ni cukup duit ke nak bayar saman PA jika PA dibuangkerja tanpa sebab. Nak mampos Ke?

    ReplyDelete
  2. PR menang separuh kakitangan awam di jumudkan yes tingglalh 600000 saja

    ReplyDelete
  3. Dia orang ni bila dah bagi kuasa, jadi lupa diri. Dia ingat bila dah berkuasa boleh ugut2 pengundi kot. Tunggu la..... PRU-13 nanti. Jangan pulak terhengeh2 nak minta "1-undi" dpd pengundi.

    ReplyDelete
  4. aku banyak harta,kalau anak ku du tamat kontrak dsb nya ...tak kisah pon.PR tetap pilihan ku dulu kini dan selama nya.

    ReplyDelete
  5. ini perkara kecil aja sebenar nya kalau kita mahu berfikir...panjangkan arahan ini di negri Selangor, P.Pinang, Kedah dan Kelantan... tak boleh undi pembangkang... tapi perlu di ingatkan, siap pembangkang di negeri2 ini... kemudian katakan pada yg lain2...tak perlu risau, pastikan PR menang dan ke Putra Jaya... yg akan akan di batalkan perkhidmatan nya nanti adalah yg memberi arahan ini...bukan kamu...hehehe

    ReplyDelete
  6. Masa dalam tentera dulu kami angota2 di ugut supaya memangkah "Dacing". Bila kami bertanya ini arahan siapa, maka jawap pegawai atasan, ini arahan Menteri Pertahanan.Jika ingkar kenaikkan pangkat kami lambat atau di tukar ke kawasan lain.

    Memang layak BN di tumbangkan dalam PRU-13 nanti kerana mengamalkan politik ugut.

    ReplyDelete
  7. Jangan angkuh , kena ingat sikit bahawa bumi ini Allah swt yang jadikan. Malahan tubuh kita ni pun Allah yang jadikan..jangan sombong dan angkuh.Ingat-ingat ah sikit.Nak berpolitik tu biarlah berpada-pada.Jangan lebih-lebih.Kami nak sokong siapa apa u peduli.Ini bumi bukan harta pusaka mak bapak u.

    ReplyDelete
  8. pemimpin apa mcm ne...dia lum sdr gi klu dia d bwh....fikiran sempit.....blajar tinggi2 tetap bahalol gak....

    ReplyDelete
  9. depa dok gempaq saja. nak buang atas alasan apa? disiplin? prestasi? nak 'build up' kes payah & makan masa. kecuali kalau rasuah, jenayah...sokong bn pun tak terlepas. BEBASKAN PUTRAJAYA!

    ReplyDelete
  10. Pandai2 je korg wat cite xabes2

    ReplyDelete
  11. PKR-Parti Kencing Rakyat

    ReplyDelete
  12. Undi adalah rahsia mane bole tau sape undi sape..bdk2 mahasiswa bangang yg xnk byr ptptn bole r korang kencing

    ReplyDelete
  13. Kerajaan BN tidak pernah melakukan perkara sepertimana yang dituliskan. Hanya kakitangan yang melakukan perkara yang menyalahi akta perkidmatan awam diambil tindakan itupun setelah disiasat dengan bukti yang ada. Jangan terus membuat keputusan hanya dengan mendengar dan membaca dari atikal yang mempunyai ajenda untuk merosakkan dasar kerajaan untuk kebaikan rakyat.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist