Oleh Izmil Amri
Sikap yang ditonjolkan oleh Menteri Dalam Negeri terhadap perhimpunan
aman duduk bantah Bersih 3.0 kali ini adalah amat luar biasa.
Barangkali beliau akhirnya memutuskan untuk berfikir secara bijak dan
membuat keputusan untuk tidak mengulangi modus operandi biasa yang
ganas, seperti yang telah dipamerkan sewaktu perhimpunan Bersih 2.0
Julai tahun lalu.
Kali ini Hishammuddin Hussein secara yakin menyebutkan bahawa
perhimpunan aman 28 April ini bukanlah suatu ancaman kepada keselamatan
negara. Barangkali kerana perhimpunan kali ini dibuat secara duduk
bantah dan bukan dengan cara perarakan di jalanraya, maka sang menteri
merasakan bahawa tidak ada risiko keselamatan yang wajar dibimbangkan.
Barangkali juga Hishammuddin sengaja menghalalkan perhimpunan Bersih
supaya kurang sensasi acara tersebut yang tahun lalu telah mengaibkan
kerajaan United Malays National Organisation di seluruh dunia yang
mempamerkan betapa bencinya pemerintah kepada rakyat sendiri. Masih
terngiang-ngiang mungkin bunyi sorak-sorai di London tatkala abang
sepupunya berpergian ke sana, “Kuning! Kuning! Najib pening!” Mungkin.
Mungkin atas kesedaran itu, maka tidak bersangatan liputan media
untuk acara kali ini. Tidak ada tangkapan liar (ada juga dua tiga mangsa
tangkapan setakat ini, mungkin kerdana prosedur piawai operasi belum
sampai kepada kakitangan beruniform tersebut) dan tidak ada juga operasi
geledah di pejabat NGO pengelola.
Mungkin kerana semua mata tertumpu kepada anak-anak muda di Dataran
Merdeka dan liputan yang mereka terima di ruang media sosial, maka
justeru Hishammuddin segan-segan mahu menghebahkan soal Bersih 3.0
secara berlebihan. Mungkin juga nanti gambar budak-budak OccupyDataran sekarang ini dijadikan penghias muka depan media arus perdana, dengan tajuk besar “Duduk Bantah Bersih Tidak Dapat Sambutan.”
Eh, polis tak setuju dengan Menterinya…
Tetapi pihak polis nampaknya tidak bersetuju dengan sang menteri.
Semalam Maria Chin Abdullah, seorang daripada ahli jawatankuasa
penganjur Bersih 3.0, menyiarkan di laman Twitter-nya salinan surat dari
Ketua Polis Daerah Dang Wangi yang telah menolak permohonan Bersih
untuk duduk bantah di Dataran Merdeka atas alasan keselamatan. Eh?
Barangkali polis sudah menyampah asyik menerima arahan dari atas,
atau memang sengaja mahu diperlihatkan bahawa polis tidak menerima
arahan menteri, atau polis tidak peduli lagi kepada Menteri Dalam
Negeri. Atau memang ada muslihat lain.
Barang diingat, pemerintah yang ini amat licik jalan kerjanya. Adalah
kurang masuk akal untuk meletakkan kepercayaan, apatah lagi keimanan
kepada pemerintah yang ini.
Adakah Hishammuddin Hussein tidak lagi dihormati pendiriannya
sehinggakan Ketua Polis Daerah pun sudah boleh berbeza pendapat dengan
beliau? Apakah pendirian Hishammuddin tidak lagi laku?
Apa pula halnya dengan DBKL?
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) adalah pihak berkuasa tempatan
yang tidak dipilih secara demokratik oleh rakyat. Pimpinannya adalah
lantikan Putraraja, dan dalam amalan biasa kerajaan UMNO-Barisan
Nasional, mereka hanya patuh kepada para pemimpin gabungan parti
pemerintah. Rakyat dan pengundi Kuala Lumpur hanya ternganga mulut
melopong.
DBKL dilantik untuk kerja-kerja baik-pulih dan urus tadbir Wilayah
Persekutuan Kuala Lumpur. Wilayah Persekutuan punya menterinya sendiri,
itu yang sedang tepuk tangan menanti kerusi Lembah Pantai sana, Raja
Nong Chik namanya. Meski 90% kawasan-kawasan Parlimen Kuala Lumpur
dimenangi Pakatan Rakyat, menterinya kekal UMNO, dan pucuk pimpinan DBKL
semakin dilihat menjadi pak turut parti itu.
DBKL menolak permohonan Bersih atas alasan mudah bahawa ia bukan
“aktiviti nasional”, dan Dataran Merdeka bukan tempat untuk
berbantah-bantahan.
Kelakar sangat jawapan ini. Tentulah kena dengan jawapan umum bahawa
Bersih memang bukan aktiviti nasional kerana ia adalah aktiviti
antarabangsa. Satu dunia akan ikut duduk bantah bersama dengan Kuala
Lumpur.
Ketakutan yang mereka rasai ini sangat ‘real‘ sebenarnya.
Kita boleh fahami kerunsingan mereka itu. Berbanding dengan Bersih tahun
lalu, kali ini UMNO memilih untuk menutup mata dan telinganya daripada
berurusan secara langsung dengan perhimpunan tersebut.
Anak kecil nampak hantu bawah katil
Tidak hairan sebenarnya kerana ini reaksi biasa bagi anak-anak kecil
yang ternampak hantu di bawah katil. Kali pertama tengok terkejut
menjerit-jerit nangis. Kali kedua ternampak, terus mengamuk menangis
sampai kalau boleh bilik tidur juga mahu dibakar. Kali ketiga nampak,
terus buat macam tak nampak. Ini biasa.
Tetapi dalam keadaan sebegitu mendiam dan kurang reaktif, apa yang
dapat kita lihat adalah kelahiran gerakan-gerakan nakal yang jelas
berpaksikan UMNO seperti TIBAI (Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim)
yang baru-baru ini bikin heboh di UPM dengan perhimpunan bantah aktiviti
seks bebas dan LGBT, dengan menginjak-injak potret Sasterawan Negara A.
Samad Said dan Ambiga Sreenevasan, pengerusi bersama Bersih.
Ini tidak begitu masuk akal sebenarnya. Apa kaitan seks bebas dengan perhimpunan menuntut pilihanraya yang adil dan bersih? Non sequitur kata orang puteh.
Namun trend kebodohan tidak terhad di situ sahaja, malah lebih
merisaukan ialah trend kebodohan ini disertakan dengan ancaman bertindak
guna kepala lutut dan buku lima. Tidak lain, apabila mati akal dan
tiada hujah fakta bagi menjawab pertuduhan daftar undi dikotori warga
asing yang dapat kad pengenalan mudah; mulalah diacukan tuduhan tak
berkaitan seperti ‘Bersih mahu gadai negara’ dan ‘Bersih anjur seks
bebas’. Ini kebodohan yang tidak dapat dibantu.
Di sebalik kebodohan ini pasti ada cerdik pandainya juga, yang
mengeluarkan biaya buat beli kemeja t, nasi bungkus, rokok seludup, duit
tambang dan topi percuma, sekali dengan banner warna-warninya.
Mungkinkah pimpinan UMNO akan…
Apa agaknya strategi cerdik pandai UMNO ini dalam mendepani Bersih
dengan keadaan Menteri Dalam Negeri buat seolah tidak peduli, malah dia
sendiri tidak dipedulikan pihak berkuasa lagi.
Kalau UMNO nakal, ia tidak akan langsung benarkan media massa, yang
semuanya di bawah kawalannya, buat liputan media. Sekali lagi melopong
segelintir wartawan, termasuk Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ), yang
mahu perjuangkan kebebasan media. Yang lainnya cuma “Carma” seperti kata
Pak Samad Said.
Taktiknya untuk jadikan seolah-olahnya perhimpunan itu tidak berlaku.
Dan kemudian mungkin tidak pula menghadirkan sebarang kawalan
keselamatan. Selain mungkin beberapa kerat Cawangan Khas, pakai kasut
kulit, beg selempang buat simpan gari, pegang kamera mahal, cermin mata
hitam sangkut di baju, walkie-talkie di poket belakang.
Mungkin juga dalam keadaan tidak ada sebarang kehadiran polis itu,
disebarkannya kemeja T Bersih 2.0 yang dirampasnya dahulu kepada para
samseng, dan disuruhnya mengamuk di tengah-tengah acara duduk bantah.
Tanpa kehadiran pihak keselamatan, tiada yang punya kekuatan untuk
menghalang kegilaan mereka ini. Sama kesnya seperti kejadian sepak
terajang oleh para samseng upahan terhadap anak mahasiswa di Dataran
Merdeka tempoh hari. Ada segelintir polis tetapi slow motion pula gerak langkahnya.
Atau mungkin yang bakal memeranjat puluhan juta rakyat Malaysia, akan
ada pemimpin dan ahli UMNO mengambil jalan bijak dan ikut serta
perhimpunan duduk bantah 28 April ini, dengan niat tulus ikhlas
membersihkan sistem pilihanraya di Malaysia supaya menang kalah
ditentukan secara adil dan saksama, dan bukan dengan perbuatan bacul
yang bakal menggadai maruah dan masa depan negara dengan bergantung
kepada undi warga asing.
Apakah para pemimpin UMNO percaya bahawa survival parti
hanya boleh mengangkatnya kembali ke parlimen dengan undi para buruh
dari Indonesia, Bangladesh dan Myanmar? Atau memang sungguh UMNO itu
politiknya gasar dan biadap kerana takut kalah, dengan lebih senang
menghantar askar upahan untuk bikin kacau bilau.
Bagi rakyat, pimpinan adil dijunjung, regim zalim disanggah. Itu
budaya semua insan global tanpa mengira kaum, agama dan adat resam. –
Roketkini.com
Wednesday, 25 April 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
SELAMAT KEMBALI1 year ago
-
-
SUKA MUHONG1 year ago
-
ATOK OH ATOK..1 year ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
RUMAHKU SYURGAKU6 years ago
-
-
-
Apa itu PAN?7 years ago
-
-
foodland weekly ad arab alabama8 years ago
-
YANG MANA SATU ..8 years ago
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
menteri dalam negeri buat baik bagi nampak baik sebaliknya pecacai umno-apco-bn kena tunjuk tegas & garang! apa barang daa ,rakyat malaysia bukan bodos atau spesis lembu songkok tinggi sang perkasam hipokrit yang perkauman kuat tuu ! dunia akan lihat 'kebaikkan' kerajaan umno-apco-bn menjelang 284 ini sekali lagi !
ReplyDelete