Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) membidas kenyataan Setiausaha Agung 
UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Mansor yang menyatakan bahawa tindakan 
Suaram mengemukakan kes berhubung pembelian kapal selam Scorpene ke 
mahkamah Perancis merupakan usaha untuk mengucar-kacirkan negara.
DPPM juga menyangkal dakwaan Datuk Seri Adnan bahawa usaha Suaram 
sebagai mahu memalukan orang dan hendak menimbulkan fitnah. Bagi DPPM 
,apa yang diusahakan oleh Suaram bukannya fitnah atau mahu memburukkan 
orang lain. Ia adalah sebuah fakta yang perlu didedahkan bagi mencegah 
kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin terbabit. Tindakan Suaram 
sebenarnya adalah tindakan terpuji kerana tidak mahu bersekongkol dengan
 pemimpin yang melakukan penyelewengan dan mengaut kekayaan dari duit 
rakyat.
Sepatutnya Datuk Seri Adnan merasa malu kerana rakyat 
tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap mahkamah di Malaysia. Timbulnya 
prejudis bahawa mahkamah Malaysia juga dipengaruhi oleh kuasa politik 
terutama kes yang melibatkan pemimpin-pemimpin negara. Rakyat seluruhnya
 masih memperkatakan bagaimanakah misteri pembunuhan model Mongolia, 
Altantuya Shaariibuu yang masih tidak terjawab sehingga kini serta 
bagaimana kes ini dilayan sedemikian rupa sehinggakan bapa mendiang 
terpaksa ke mahkamah antarabangsa bagi mencari keadilan dan pembelaan 
sewajarnya terhadap anaknya.  
DPPM berpendapat, kenyataan Datuk 
Seri Tengku Adnan lebih mirip kepada kenyataan orang yang sedang dalam 
ketakutan. Mungkin beliau bimbang kebenaran akan tersingkap yang 
menyebabkan pemimpin negara ini akan turut terheret sama untuk didakwa. 
Jika benarlah demikian, bukan setakat Perdana Menteri, malah beliau dan 
UMNO keseluruhannya akan terjejas teruk. Maka akan berakhirlah sebuah 
riwayat UMNO dan gelaplah masa depan Datuk Seri Adnan Mansor. Paling 
penting, mungkin pilihan raya umum ke 13 tidak akan berlangsung dalam 
masa terdekat sebagaimana yang mereka rancangkan.  
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia
-kredit 
Wabak maut menular di Israel, 8 kematian dan hampir 5000 kes
14 minutes ago
 

 
 


 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
.jpg) 
 
 
 

BARUA TENGKU CELOP NI TERPALIT TAIK SAMA KOT !
ReplyDelete