.

Sunday 8 April 2012

85 KETUA CAWANGAN UMNO DAN 11,000 AHLI SERTAI PAKATAN


85 KETUA CAWANGAN UMNO SILAM SERTAI PAKATAN?


Oleh : MUTALIB M.D

SEKURANG-KURANGNYA 85 daripada 373 cawangan asal UMNO Silam akan dibubarkan dan kesemua ahli mereka seramai lebih kurang 11,000 akan keluar daripada UMNO dan menyertai Pakatan Rakyat dan Parti Politik Tempatan dalam waktu terdekat.

Menurut seorang jurucakap yang hanya mahu dinamakan sebagai A Rahman berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dan telah membuat keputusan sebulat suara untuk meninggalkan UMNO kerana sering teraniaya oleh Ketua Bahagian yang meminggirkan cawangan awal, sebaliknya mengutamakan cawangan baru, terutama pemegang IC Projek.

"Dalam keadaan Silam sudah banyak cawangan, Nasrun tambah lagi 57 cawangan baru. Sekalipun beliau tahu bahawa cawangan baru tersebut tidak sah tetapi dibenarkan menyertai mesyuarat memilih Perwakilan 7 pada 2011," kata A Rahman yang memperakui mengikut Perlembagaan UMNO hanya selepas Perhimpunan Agung UMNO 2013 barulah 57 cawangan berkenaan boleh aktif dan menyertai sebarang aktiviti cawangan dan bahagian.

Difahamkan 85 cawangan yang ingin meninggalkan UMNO berkenaan adalah cawangan yang digantung daripada menjalankan mesyuarat kerana disebabkan tekanan dan ugutan jentera Nasrun yang mahu memastikan beliau tidak tewas pada pemilihan agung UMNO yang akan datang setelah memenangi jawatan berkenaan dengan culas dalam 'Video Klip Silap Mata UMNO Silam'.

"Mungkin Nasrun merasa terancam kerana kami tidak menyokong beliau tetapi dalam masa yang sama beliau semakin menunjukkan belang sebenar dengan mengekalkan Sharif Saidi Sharif Alawi sebagai Ketua Penerangan UMNO Silam dan seolah-olah mencabar seluruh rakyat Sabah dan Perdana Menteri yang sedang berusaha untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi mengatasi masalah IC Projek di Malaysia," kata A Rahman yang menjelaskan bahawa majoriti penduduk Lahad Datu kenal siapa Sharif Saidi dan asal usulnya dari PATI.

Tegas A Rahman, jika Ketua Bahagian UMNO sendiri memanjakan PATI dan mereka yang mendapat MyKad projek, bagaimana Kerajaan mahu menubuhkan RCI kerana UMNO mempunyai kepentingan terhadap PATI dan dalam masa yang sama membunuh kerjaya politik Ketua Cawangan asal di Silam./sabahkini.net

10 comments:

  1. Mudah-mudahan berita betul dan benar.Jika demikian mari kita ucapkan syabas kepada mereka kerana meninggalkan parti korup, umnongok.

    ReplyDelete
  2. UMNO memang sudah nazak... hanya yg tak ada otak sahaja yang masih bertahan

    ReplyDelete
  3. kalau betul baguslah. Janga nanti dapat rm 2-3 ploh hengit tukar pendirian.

    ReplyDelete
  4. Hanya sekadar, cerita O tak masuk akal.. adakah manusia dari naik kereta Ninja Signes, mau p naik Kereta lembu...

    ReplyDelete
  5. Kereta lembu tu keluaran kilang lembu Umno, NFC.

    ReplyDelete
  6. HAHAHA...ENTAH-ENTAH SI RAHMAN NI MIMPI ATAU MUNGKIN SEDANG BERANGAN-ANGAN NAK JADI CALON TANDING DLAM PRU NANTI....DIA TIRU ANWAR YANG HEBOH NAK BENTOK KERAJAAN PADA SEPTEMBER BEBERAPA TAHUN LALU...AKHIRNYA KANTOI....BURUNG SEDANG TERBANG JANGAN DIPIPISKAN LADA BEB!

    ReplyDelete
  7. lada la ni tak pakai pipis dah...dah siapa kat market,bawak duit saja

    ReplyDelete
  8. Apa Lagi Tunggu Lama-Lama Kalau Dah Tak Serasi Dengan UMNO BN dan Nasrun tu..Keluarlah Rahman dan rakan-rakan oi..
    PINTU PR LUAS TERBUKA..Harap Jangan Bawa Amalan Waktu Dalam UMNO BN Kalau Nak Masuk PR.

    ReplyDelete
  9. Saya memang ada dengar cerita Rahman dan rakan rakannya mahu meninggalkan UMNO waktu kami tengah duduk bersembang di bandar seri perdana pada bulan febuari lepas..
    Mereka memang berkecil hati pada Nasrun yang meminggirkan mereka.
    "Syabas & Tahniah pada Nasrun kerana memberikan keutamaan pada orang luar @ rakyat baru/ic projek dari orang tempatan Lahad Datu,Tungku & Kunak.."

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist