Di celah-celah kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Genting Highlands, penyanyi yang popular dengan lagu "Semakin Rindu Semakin Sayang", Dayangku Intan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebentar tadi.
Borang permohonan menyertai salah satu parti dalam komponen Pakatan Rakyat itu diterima sendiri oleh Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail pada satu majlis makan malam "Senandung Reformasi" di sebuah hotel di Shah Alam, Selangor.
Dayang atau nama sebenarnya Dayangku Intan binti Tengku Abdul Hamid pernah menggemparkan negara dengan memfailkan saman ganti rugi RM3.9 juta terhadap Menteri Pelancongan dan Kerajaan Malaysia kerana memungkiri perjanjian kontrak.
Dayangku Intan yang juga Pengarah Eksekutif Syarikat InMan Production (M) Sdn Bhd dan Pengarah Urusannya, Rosman Yahil, 45, memfailkan saman itu kerana defendan memungkiri kontrak Pertunjukan dan Pertandingan Bunga Api Merdeka Antarabangsa Sedunia.
Mereka memfailkan saman itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil, Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini, 20 Julai 2007, melalui Tetuan Karpal Singh & Co.
Plaintif mendakwa defendan gagal menunaikan janji dengan memberikan kontrak itu kepada Global 2000 Sdn Bhd (pihak ketiga) sedangkan cadangan dan kertas kerja asal mengenai konsep itu disediakan InMan Production.
-sumber
P/S - perkara ini telah disahkan sendiri oleh Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail kemasukannya. Post ini sudah di RT oleh Latheefa Koya di Twitter hampir sejam lalu.
Lelaki tendang anak kucing hingga mati
23 minutes ago
Tahniah, jarang ada artis yg berani begini
ReplyDeletevideo dia
ReplyDeletehttp://wangian1malaysia.blogspot.com/