.

Sunday 4 March 2012

Ramalan Tun Daim Pilihan Raya Umum Ke-13 – Parlimen Tergantung


Sebelum kita membaca ramalan Tun Daim Zainuddin yang dibuat melalui wawancara khas dengan akhbar China Press, adalah amat penting untuk kita mengingati bahawa Daim adalah satu-satunya pemimpin yang secara terbuka meramalkan Barisan Nasional (BN) akan kehilangan beberapa negeri dan mencatatkan keputusan terburuk dalam pilihan raya umum (PRU) ke-12 lalu.

Justeru, bersandarkan pengalaman sebelum ini, maka ramalan yang dibuat Daim pastinya memiliki nilai politik yang tinggi dan perlu diberikan perhatian.

Antara ramalan beliau untuk PRU ke-13 seperti yang disiarkan di muka satu akhbar China Press ialah :

-Orang ramai sudah bosan dengan pertelingkahan politik yang tidak putus-putus antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR), dan ini mungkin menyebabkan mereka tidak akan turun mengundi dalam PRU yang akan datang dan keadaan tersebut mewujudkan ‘Parlimen Tergantung’ atau Hung Parliament.

-Pentadbiran BN di Pahang tidak akan terjejas akibat isu Lynas.

-Rakyat juga bosan dengan pertelingkahan dalaman di kalangan para pemimpin PR di Kedah dan Selangor. Dapatkan anda bayangkan pertelingkahan yang akan wujud jika PR memerintah Kerajaan Pusat? (Soalan yang dilontarkan oleh Daim)

-Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mungkin menunggu sehingga tahun hadapan sebelum mengadakan PRU ke-13.

-Mana-mana kerajaan akan melakukan kesilapan apabila memerintah sesebuah negara untuk tempoh yang lama.

-PR akan mengekalkan kuasa di Pulau Pinang dan Kelantan tetapi berkemungkinan besar kehilangan negeri Kedah.

-BN dan PR akan bertarung sengit di Selangor dan Perak.

-Hampir 20 peratus undi masyarakat Cina terutama dari kawasan luar bandar akan berpihak kepada BN.

-BN masih mampu mengekalkan kuasanya di Johor.

-Sukar untuk meramalkan berapakah jumlah kerusi yang BN akan menang atau tewas. Perhatian khusus harus diberikan kepada kelompok pengundi muda.

**Parlimen tergantung juga adakalanya dikenali sebagai Parlimen seimbang. Ia biasanya wujud dalam negara demokrasi dengan sistem dua parti di mana keputusan sesuatu pilihan raya memperlihatkan tidak ada mana-mana parti yang berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mutlak.

**Tun Daim adalah Menteri Kewangan negara antara tahun 1984 hingga 1991. Beliau juga merupakan seorang usahawan dan ahli ekonomi yang amat disegani bukan sahaja di Malaysia, tetapi juga dalam dunia perniagaan peringkat global.

Oleh: Arshad Khan


P/S- Adakah anda juga bersetuju?

Apakah pula pendapat anda??

5 comments:

  1. peringatan untuk PR.. Tingkatkan usaha kalau ingin tawan putrajaya

    ReplyDelete
  2. Perintah ala Desperado oleh PR di Kedah dan Pulau Pinang membuatkan rakyat meluat...Kemungkinan PR hilang Kedah ada logiknya...Pulau Pinang walaupun akan kekal ttp akan didominasi oleh DAP...PKR Pulau Pinang amat lemah.

    ReplyDelete
  3. hahaha....org umngok nih cuba menggambarkan bahawa bn masih mempunyai pengaruh yg kuat ke atas rakyat.

    pirahhh....pru12 di adakan dlm keadaan bn diyakini boleh menang selesa....akhirnya hampir rebah di semenanjung. nasib baik ada fix deposit di sabah & sarawak.

    senario pru13 berbeza sama sekali...mood rakyat sudah berubah...rakyat pastinya mahu supaya umngok yg dianggap pembuli dan samseng ini di humban ke dalam lubang jamban sejarah.

    mungkin mereka merancang suatu penipuan untuk menang dgn apa cara sekali pun dlm pru13 ini. tetapi ingatlah...ALLAH maha agong lagi bijaksana...sepandai2 kamu merancang, perancangan Allah adalah yg terhebat.

    ReplyDelete
  4. *VIDEO* Hanya Islam Universal Boleh Satukan Melayu - Tun Daim Zainuddin | http://www.youtube.com/watch?v=3KXZz45IKjM | http://antarapos.com/v1

    ReplyDelete
  5. semoga malaysia sentiasa aman dan semoga Allah beri yang terbaik

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist