.

Sunday, 4 March 2012

JACKY CHAN MAUT NAHAS JALAN RAYA

TIMBALAN Pengerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) Bahagian Karamunting, maut setelah kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya terbabit dalam nahas jalan raya di Kilometer 16, Jalan Labuk di Simpang Jalan Seguntor, Sandakan, Jumaat.

Dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Jacky Chan Che Kwok, 50, meninggal dunia di tempat kejadian setelah kenderaannya dirempuh oleh sebuah lori tangki minyak ketika keluar dari simpang Seguntor.

Ketua Polis Daerah, ACP Rowell Marong berkata ketika kejadian mangsa mengikuti konvoi empat buah kereta yang mengiringi rombongan Anggota Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin.

Katanya kereta mangsa berada di belakang konvoi itu ketika keluar dari simpang itu tetapi gagal mengelak lori tangki minyak yang menuju ke arah bandar Sandakan.

Katanya, jurugambar Anggota Parlimen itu, Chang Kim Fah, berusia dalam lingkungan 30-an, yang menaiki kenderaan mangsa turut mengalami kecederaan parah dan sedang menjalani rawatan di Hospital Duchess of Kent di sini. (BERNAMA)


P/S- Komen dari kawanku "Jalan raya disan itu memang sempit dan bengkang bengkok, kalau tia campen ini lah akibatnya..lagi pun diorang punya kereta ini dipandu laju barangkali. Tiba lah masa nya jalanan disin di upgrade dan kasi basar. Sia ingat itu film star kung fuu.."

3 comments:

  1. Aki dah terkena...aku panggil isteri ku sambil beritau 'Jacky Chan ' sudah mati....ropanya bukan Jacky Chan Kung Fu master tu,,,huh! ko buat gempak butui!

    ReplyDelete
  2. ceh,.. akupun terkena, rupanya jaki can malican.. apalah lu!

    ReplyDelete
  3. pak lebai dah pandai buat lawak kes org mati ye? pas baru kut ni

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist