Saturday, 3 March 2012

5 'Ratu Putar Alam' Di Buru


[HM] IPOH: Enam wanita turut tersenarai dalam carta penjenayah paling dikehendaki Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit jenayah penipuan khususnya membabitkan pelaburan haram dan skim cepat kaya.

Enam wanita warga Malaysia itu layak dilabel ‘ratu putar alam’ ini kerana amat licik menjalankan penipuan hingga membolehkan mereka mengaut hasil penipuan bernilai ratusan juta ringgit.

Sumber Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman memberitahu Harian Metro, keenam-enam mereka yang berusia 33 dan 51 tahun sukar dikesan kerana dipercayai sudah menyusup ke luar negara selain melakukan penyamaran fizikal dan menukar identiti pengenalan diri.

Sehubungan itu, katanya, PDRM menjalin kerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi menjejak mereka, tambahan pula sebahagian daripada mereka dikehendaki polis negara lain kerana melakukan jenayah di negara berkenaan.

Menurutnya, seorang daripada penjenayah dikehendaki itu ialah Rohaniza Aladib, 33, yang disyaki terbabit penipuan ratusan mangsa termasuk beberapa artis terkenal tanah air sehingga mencecah RM400 juta./DCM

3 comments:

  1. apa nak dirisaukan sangat tentang 5org ratu ni, ratu yg ada depan mata kita lagi teruk bukan setakan 100K malahan beratus juta rm dikebas duit rakyat, beli cincin, beg tangan, beli appartment mewah dlln lagi, inikan lagi teruk.

    ReplyDelete
  2. Setuju sangat dgn anonym di atas! Herannya ratu yang rompak duit rakyat tak kena ligan.

    ReplyDelete
  3. mana ada yg berani usik Ratu FLOM ni.. lakinya pun dicucuk hidung

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Blog Pro PR (1)