.

Saturday, 10 March 2012

Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?


Majlis Pertunangan Anak Datuk Najib dan Rosmah Mansor sahaja dah mencecah RM400,000++. Baru majlis pertunangan. Itu belum, majlis perkahwinan lagi. Mungkin bagi kita rakyat Malaysia merasakan angka tersebut agak keterlaluan, tetapi hakikatnya ini majlis melibatkan anak pemimpin nombor satu negara yang merupakan “Perdana Menteri”.

Bagi Perdana Menteri mungkin kos majlis pertunangan yang berlangsung pada 17 Jun 2011 adalah perkara biasa. Tiada apa yang perlu dihairankan. Masakan tidak :

Nooryana Najwa Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?Soal berapa kos majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan Rosmah Mansor itu bagi kami perkara kedua. Walaupun diadakan secra tertutup, tetapi ramai pembesar negara, orang kenamaan, pemimpin terdekat yang hadir dalam majlis pertunangan anak Datuk Najib itu. Dan pastinya hidangan pada majlis tersebut tidak seperti hidangan lazim rakyat kebanyakan tetapi lebih kepada :

  • menu yang mirip santapan diraja termasuklah daging panggang Australia
  • makanan-makanan laut
  • dan pelbagai juadah yang diluar kemampuan dan imaginasi rakyat biasa. Hidangan yang “indah-indah” belaka
  • dekorasi dan segala macam sehinggalah majlis pertunangan tersebut berjaya diadakan
  • jadi tolak, campur, tolak campur kesemuanya, akhirnya kosnya melambung sehingga RM400,000++
  • tetapi persoalannya siapa yang membayarnya?

Kalau nak buat majlis semahal mana sekalipun terpulang, tiada masalah sebenarnya. Asalkan majlis yang diadakan untuk kepentingan peribadi menggunakan duit poket & simpanan sendiri, bukannya duit rakyat.

Dan di bawah ini kami sertakan satu tempahan jamuan bankuet kepada Hotel Shangri La yang didakwa telah dipertanggungjawabkan menyediakan katering untuk majlis pertunangan anak Datuk Najib, Nooryana Najwa dengan warga Kazakhstan, Daniar Nazarbayev. Dan kos majlis pertunangan tersebut telah dibilkan kepada Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Majlis Pertunangan Shahri la Hotel Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Seri Perdana Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Najib Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Majlis Pertunangan Anak Rosmah Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Sumber dokumen : Rafizi Ramli

Semakan kami menunjukkan pada tahun lepas lagi sudah ada dakwaan yang sama dibangkitkan mengenai isu ini sehari iaitu selepas selesai majlis pertunangan anak Perdana Menteri, Datuk Najib Razak oleh Dr tan Kee Kwong. Walaubagaimanapun tiada bukti disertakan ketika itu…..

majlis pertunangan PMO Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

Melalui semakan di twitter Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah pun menafikan dakwaan yang mengatakan bil majlis pertunangan anak Datuk Najib dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri.

Pejabat Perdana Menteri PMO Majlis Pertunangan Anak Perdana Menteri RM409,767. Siapa Bayar? Datuk Najib @ Rakyat?

P/S : Harap Datuk Najib dapat tampil memberikan penjelasan yang lebih jelas mengenai dakwaan majlis pertunangan anaknya dibiayai dengan dana rakyat.


-Berita Semasa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist