.

Monday 19 March 2012

KADIR KELUAR UMNO, KU LI MENYUSUL

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini mengisytiharkan keputusannya untuk meninggalkan parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Abdul Kadir walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Pemimpin berusia 73 tahun itu menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti berkenaan sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Selepas ini mungkinkah Presiden AMANAH, Tengku Razaleigh Hamzah pula akan keluar Umno? Kalau timbalannya telah keluar Umno kemungkinan besar, Presidennya akan keluar Umno.

-Mutaligat

4 comments:

  1. Memang wajib orang melayu meniggalkan parti umno porno yang yang memperbodohkan orang melayu ,mereka mempergunakan dan memperkudakan orang melayu demi kepentingan mereka saja ,keluarga mereka kaya raya makan duit rakyat contoh yang nyata mamee sharizat jalil dan che det anak beranak kaya raya songlap duit rakyat.

    ReplyDelete
  2. Gembira dan sedih...
    Gembira kerana mereka telah sedar akan kesilapan silam.
    Sedih kerana setelah tidak lagi berkuasa dan bertaring baru mereka meninggalkan Umno.
    Alangkah baiknya jika Muhyiddin mengumumkan melepas jawatan TPM dan keluar dari Umno....

    ReplyDelete
  3. dia nak masuk mic kot ! sori lawak sikit, ramai telah nampak belang sebenar parti sekutu apco tapi masih ramai sayang nak tinggal kerana mainan retorik konon perjuangan membela melayu dan bla bla bla tapi kelentogan semata ,undi selain umno-apco-bn !

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist