.

Tuesday, 20 March 2012

[Video & Gambar] : Budak Melayu Bangga Bergaduh Sambil Hisap Gam? Apa Nak Jadi!


Sekarang ini, negara kita sememangnya kecoh dengan isu pembunuhan adik Dirang yang dibunuh dan dibakar kejam hingga mayatnya langsung tidak dapat dicam oleh ahli keluarga terutama sekali ibunya.

Bukan itu sahaja, kes-kes penculikan kanak-kanak dicatatkan semakin meningkat dari sehari ke sehari yang nyatanya memang memberikan tamparan hebat buat ibu bapa yang sekarang ini sentiasa mengawal dan menjaga keselamatan anak-anak kecilnya.

Namun, disebalik dalam usaha untuk memperketatkan kawalan dan mengawasi pergerakan anak-anak kecil, ternyata kita mungkin terlepas pandang untuk melihat perkembangan dan pembesaran anak-anak remaja yang kian meniti hari untuk menjadi dewasa.

Dalam sebuah blog, Sozycili.blogspot.com, penulis agak terkejut dengan sebuah video yang dimuat naik oleh pemilik blog tersebut dengan tajuk video itu yang diberikan dengan nama ‘Bahlol’ – Video Budak Melayu Hisap Gam Tersebar.

Mungkin kedengarannya agak lawak, tetapi, tatkala penulis menonton video itu, tidak ada perkataan yang sesuai untuk penulis gambarkan dan mampu memberikan sebarang reaksi mahupun komen apa-apa kerana terlalu terkejut dengan ‘budaya’ yang ditonjolkan oleh remaja Melayu yang bertindak sebagai ‘pelakon’ dalam video tersebut.

Kalau hendak dikatakan sebagai lakonan semata-mata, mustahil untuk mengiyakan disebabkan cara pergaduhan dua orang remaja dalam video itu sememangnya nampak benar dan bukan dibuat-buat.

Di dalam video sepanjang 6 minit 14 saat itu, dua orang remaja pada mulanya hanya bertengkar mulut namun pertikaman mulut antara mereka membawa kepada pergaduhan yang sentiasa bertumbuk antara satu sama lain.

Lokasi pergaduhan itu dapat dilihat di bawah sebuah jambatan yang penulis sendiri tidak ketahui kedudukannya, tetapi, penulis pasti, punca pergaduhan antara mereka adalah disebabkan isu menghidu gam. Tidak ada isu yang lebih masuk akal kah?

Memang memalukan tindakan mereka, dua orang remaja lelaki Melayu sedang ‘galak’ bergaduh manakala dua orang remaja lelaki lain pula sedang seronok dan gembira ‘menikmati’ menghidu gam yang diletakkan di mulut mereka sambil memerhatikan pergaduhan ‘hebat’ antara sahabat-sahabat mereka.

Apa yang lebih memilukan, seorang lagi sahabat mereka, yang bertindak sebagai perakam video itu pula terlalu ‘kecoh’ menggalakkan pergaduhan itu diteruskan dan ‘setia’ memberikan sokongan kepada salah seorang ‘peninju’ perlawanan itu sambil menjerit, ‘Yang lain tengah bergaduh, yang seorang hisap gam, baguslah!’.

Penulis tidak mampu untuk berkata apa-apa lagi kerana aksi dan tindakan remaja-remaja itu memang menunjukkan moral yang rendah serta menghancurkan masa depan mereka sendiri dengan mengamalkan menghidu gam dalam kehidupan mereka.

Mungkin anda mempunyai pendapat sendiri selepas menonton video itu?

Dalam hal ini, siapakah yang patut dipersalahkan? Ibu bapa, masyarakat, remaja itu sendiri atau negara kita? Entahlah. Terlalu sukar untuk diungkapkan kerana penulis pasti, setiap pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa atau guru-guru disekolah sudah cukup terbaik untuk diamalkan oleh remaja zaman kini. Kalau hendak disalahkan diri remaja itu, alasan utama yang pasti dikeluarkan oleh remaja itu pastinya kesalahan daripada ibu bapa. Jadi, susahkan untuk menyalahkan atau menunding jari kepada pihak-pihak tertentu dalam hal melibatkan pembesaran remaja zaman ini?

Tepuk dada, tanyalah diri sendiri. Pokok pangkalnya, diri kita sendiri yang mencipta alur perjalanan kehidupan di masa hadapan. Wallahualam.



-mynewshub

3 comments:

  1. apa nak jadi ngan budak2 tuh?
    mana mak bapak depa?
    pandai buat anak je....

    ReplyDelete
  2. Memalukan melayu saja..

    ReplyDelete
  3. semua nya salah dari sistim pendidikan yang meng utama kan merit...soal agama telah jauh di tinggalkan....kembali lah kepada sistim pendidikan agama..insyaallah masaalah ini akan kembali kejalan yang benar...kembali lah kepada agama....

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist