.

Wednesday 29 February 2012

“Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh,....."


“Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng" kata ahli UMNO dan PERKASA



Hampir dua tahun lalu, Kerajaan Negeri PR Pulau Pinang telah menubuhkan Sudut Pidato di Padang Kota Lama bukan sahaja untuk membenarkan kebebasan bersuara tetapi juga kebebasan selepas bersuara.


Sudut Pidato mendukung semangat “Pendapat anda mungkin berbeza dengan saya, tetapi saya akan mempertahankan hak anda untuk menyuarakannya.” Sudut Pidato adalah untuk kegunaan umum untuk menyuarakan pendapat tanpa ancaman atau ketakutan. Untuk sebab ini, Kerajaan Negeri jarang menganjurkan acara di Sudut Pidato.

Pada 26 Februari 2012, saya telah sampai pada pukul 6.30pm di Padang Kota Lama untuk menghadiri Himpunan Hijau 2.0, acara yang dianjurkan NGO Pulau Pinang Suaram untuk membantah pembinaan loji nadir bumi di Kuantan.



Sebelum ketibaan saya, Ahli Exco kanan Pulau Pinang YB Chow Kon Yeow yang sudah sampai pada pukul 6pm telah memberitahu saya bahawa perhimpunan aman tersebut telah diganggu oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

YB Chow berkata bahawa seramai 1,000 orang hadir untuk membantah Lynas berbanding dengan 100 orang ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang menyokong Lynas. Beliau memberitahu saya bahawa ahli-ahli UMNO dan Perkasa sedang bertindak ganas.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah menggunakan taktik keras seperti menolak dan mengasak untuk memaksa golongan anti-Lynas untuk beredar meninggalkan padang. Mujur, golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap keganasan ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka hanya duduk atas padang dan enggan beredar seperti yang diarahkan oleh UMNO dan Perkasa.

Saya telah memutuskan untuk meneruskan perjalanan ke acara Himpunan Hijau 2.0 dan telah sampai pada pukul 6.30pm dalam kereta rasmi PG1.



Setibanya saya di situ, saya telah menjadi sasaran tingkah laku ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Mereka telah menggunakan bahasa kasar, makian dan carutan perkauman seperti “Cina Babi, Cina Pulau Pinang Bodoh, Babi Sokong Lim Guan Eng Ketua Menteri”.

Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah melonjak ke hadapan dengan menunjukkan penumbuk terhadap saya, menggunakan carutan perkauman dan kata-kata ancaman seperti “you jaga”. Jika tidak kerana rakyat umum yang melindungi saya, saya percaya saya akan diserang.

Tingkah laku yang ganas ini tidak menggambarkan budaya Melayu atau semangat Malaysia. Saya tidak faham kenapa mereka taksub sangat untuk menyokong Lynas yang merupakan syarikat Australia. Mereka mempunyai hak untuk menyokong Lynas tetapi ahli-ahli UMNO dan Perkasa tidak boleh menafikan hak orang lain untuk membantah Lynas.



Kemudian, saya telah menaiki pentas untuk memberi ucapan bersama YB Chow. Ucapan saya yang membantah Lynas telah diganggu berulang kali oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang berada kurang satu meter daripada saya.

Dalam ucapan saya, saya telah menekankan bahawa pembantahan terhadap loji Lynas bukan bersifat perkauman tetapi merupakan isu persekitaraan yang menjejaskan semua orang tidak kira agama atau bangsa. Pemprosesan nadir bumi mempunyai kesan radioaktif. Keseriusan kesan-kesan ini terserlah apabila Lynas sendiri tidak boleh mendapat kelulusan daripada Kerajaan Australia untuk membina loji itu di Australia.

Jika loji Lynas meletup, semua orang akan menderita – orang Cina akan menderita, orang Melayu akan menderita, orang India akan menderita, orang Kadazan akan menderita, orang Iban akan menderita. Kita tidak boleh mementingkan keuntungan daripada kesihatan.

Selepas ucapan saya, saya telah turun dari pentas untuk berjumpa golongan anti-Lynas. Terdapat banyak asakan dan tolak menolak yang berlaku, dengan bahasa kasar dan carutan perkauman serta ancaman ganas terhadap saya dan aksi menunjukkan penumbuk oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.





Saya tidak menyaksikan serangan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa ke atas dua orang wartawan Kwong Wah Jit Poh, Chew Seng Tun dan Lee Hong Chun.

Namun demikian, saya terhutang budi kepada Chew yang diserang ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa kerana beliau telah menghalang mereka daripada menyerang saya. Lee terpaksa menerima 8 jahitan atas jarinya serta lebam di kepalanya. Saya percaya lebih ramai telah dipukul oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.

Ini bukan kali pertama wartawan dicederakan oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang ganas. Dalam sebuah demonstrasi haram pada bulan Julai tahun lepas, dua orang wartawan telah dicederakan dalam demonstrasi yang dihadiri Senator UMNO Ezam Mohd Nor. Sampai sekarang, tiada tindakan telah diambil oleh pihak polis terhadap mereka yang telah menyerang dua orang wartawan itu.



Ahli-ahli UMNO dan Perkasa telah meneruskan tindakan ganas terhadap saya dan telah mendekati hampir 1 meter daripada saya semasa saya memasuki kereta. Selepas saya memasuki kereta rasmi, mereka terus memukul kereta saya, meludah ke atasnya dan tidak membenarkan kereta saya untuk berlepas.

Sungguhpun begitu, orang ramai daripada golongan anti-Lynas tidak bertindak balas terhadap tindakan ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa.



Melihat tindakan ganas mereka, saya masih berasa terancam oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa walaupun sudah 2 hari selepas kejadian tersebut. Saya terkejut bahawa BN, khususnya UMNO Pulau Pinang dan Gerakan (Dato’ Musa Sheikh Fadzir dan Dato’ Seri Teng Hock Nan) masih lagi menyokong tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan Kwong Wah Jit Poh dan golongan anti-Lynas. Daripada meminta maaf atas tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa, BN pula ingin menyalahkan saya.

Adalah jelas bahawa kecederaan wartawan-wartawan tersebut tidak mencukupi untuk UMNO dan Gerakan untuk membezakan siapa penjahat dan siapa mangsa. Saya percaya bahawa komen-komen yang tidak bertanggungjawab oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan Gerakan adalah bertujuan untuk mewajarkan tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang tidak boleh dimaafkan.

Apabila UMNO dan Gerakan tidak mahu mengutuk tindakan ganas ahli-ahli UMNO dan Perkasa terhadap wartawan-wartawan yang meliputi acara tersebut, keselamatan peribadi saya tidak dijamin.

Seperti dua orang wartawan tersebut, jika saya diserang secara ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa, memang sayalah yang akan disalahkan sementara penyerang daripada UMNO dan Perkasa akan menjadi mangsa.

Demi keselamatan peribadi, saya dengan ini membuat laporan polis terhadap ancaman-ancaman ganas oleh ahli-ahli UMNO dan Perkasa. Sekiranya apa-apa berlaku kepada saya, UMNO dan Perkasa harus bertanggungjawab penuh.

Adalah terpulang kepada pihak polis untuk menunjukkan bahawa mereka boleh menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan bertindak bukan sahaja ke atas ahli-ahli UMNO dan Perkasa yang telah menyerang dua orang wartawan tersebut, tetapi juga ke atas mereka yang telah mengancam saya.


Lim Guan Eng


*Laporan Polis oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town pada 28.2.2012*

ULASAN
Nampak gayanya pemimpin UMNO/APCO dan PERKASA tidak berupaya lagi mengawal kebiadapan ahli-ahli mereka. Kemungkinan yang kedua, mereka sengaja hendak memerangkap ahli-ahli Pakatan supaya bergaduh. Dengan itu mudahlah mereka buat dakwaan Pakatan yang ganas. Tidak semudah itu untuk menjayakannya. Rakyat Malaysia yang matang tidak akan mampu dilaga-lagakan oleh orang yang tak cerdik dalam UMNO/APCO dan PERKASA yang dapat idea dari Yahudi tu. Apa-apa pun Pakatan mesti pertahankan ketamadunan manusia Malaysia. Kita kena pertahankan kebijaksanaan sepanjang masa!!!

kredit: tinta mutiara

7 comments:

  1. Yang paling bodoh dan sial ialah ahli UMNO dan PERKASA....Tak ada otak itulah kesannya kerana terlalu taksub dengan UMNO tong taik....Dari kecik tak nak mampos dah besar malukan bangsa Melayu....Ptui....

    ReplyDelete
    Replies
    1. butuh cina,..ampa semua isap kote cina..tunggu masa saja..sampai satu masa nanti ampa akan tau bila parti cina menang semua melayu akan keldai atau dikenali kuli barua cina..tunggu sja..

      Delete
  2. MAMAK INDIA TUNJUK KASUT ! KURANG AJAR PUNYA INDIA MUSLIM BAGI MELAYU MALU SAJA ! MANA POLIS YANG SEPATUTNYA KAWAL KETUA MENTERI ? APAKAH POLIS TERIMA ARAHAN UMNO ? MEMANG LAHANAT MANGKUK-MANGKUK DAJJAL YANG SAMSENG TU BERTINDAK ! HANYA MEMALUKAN MELAYU PENANG SAJA ! PATUT LAWAN BALIK DAJJAL-DAJJAL SAMSENG TU ! MEMANG KAMJAT PUNYA PECACAI & PENGAMPU UMNO !

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni haram jadah melayu memang lembu dari dulu lagi..ikut pungguq cina..mamak depa x bodoh hang nak tau perniangaan sepa paling besaq..mamak jugak..cth : maydin,line clear and lain2..melayu apa ada tau rempit sana sini,menianga pun dengki mendengki..2 la melayu akai letak celah pungguq..sokong la cina kalau nak jadi barua bangsa lain..melayu bodoh..

      Delete
  3. sama saja....masa kat demo anti lynas tu mana melayu PKr ngan PAs...yg banyak nya cina saja

    ReplyDelete
  4. mungkin perang akan berlaku . ini adalah rancangan orang melayu dan muslim untuk mengusirkan . saya tak nak jadi macam singapura di di jajah orang cina dan melayu tak ramai.

    ReplyDelete
  5. ampa sokong la..bangsa depa ni..bangsa anak haram..sebab 2 mahathir dah ckap "melayu mudah lupa"..bila orang ckap marah tapi hakikat nya kebodohan orang melayu la menjatuhkan bangsa sendiri..akai xda..cina tunggu masa nak conquer malaysia..

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist