GEORGETOWN - Gara-gara tidak boleh menerima teguran, guru lelaki dari sebuah sekolah rendah di Air Itam, dipercayai bertindak mencederakan guru besar di tangan dan belakang kepala.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, ia dikatakan berpunca selepas guru besar yang melalui sebuah kelas terdengar bunyi bising sebelum menegur guru kelas berkenaan.
Difahamkan, guru kelas berkenaan enggan menerima teguran dan berlaku sedikit pertengkaran antara mereka sebelum guru besar cuba merakam suasana dalam kelas itu menggunakan telefon bimbitnya.
Ketika itu, guru kelas berang dan menggomol guru besar sambil diperhatikan murid termasuk darii kelas terbabit. Mereka hanya mampu melihat aksi kedua-dua guru berkenaan.
Suasana bertukar menjadi kecoh hingga memaksa guru lain campur tangan untuk meleraikan pergaduhan itu setelah kedua-dua tangan dan belakang kepala guru besar cedera.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan Ahmad Bakhtiar Kassim berkata, guru besar terbabit mendapatkan rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) dan turut membuat laporan polis mengenai kejadian itu.
"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu. Guru terbabit akan dipanggil untuk memberi keterangan dan membantu siasatan," katanya.
Ini pulak petikan dari ekeleh
Pendidikan di negara kita penuh ceria. Ceria dengan pelbagai cerita. Kini, menurut Bernama, kita dihidangkan dengan berita guru besar cedera diserang seorang guru lelaki sekolah yang sama. Terkini, ia berlaku di sebuah sekolah rendah di Air Hitam, Pulau Pinang.
Semuanya kerana rakaman telefon bimbit. Ceritanya bermula apabila guru besar lelaki berusia 48 tahun meronda pada pukul 8.30 pagi. Apabila sampai di kelas guru tersebut, kelas dalam keadaan bising. Guru besar merakam video menggunakan telefon bimbitnya.
Ia tidak disenangi guru berkenaan dan mengekori guru besar. Apabila berada di tangga antara tingkat satu dan dua guru besar ‘didebik’ guru berkenaan, berlaku pergelutan dan dileraikan petugas lain di sekolah.
Dua-dua cedera dan dua-dua dihantar ke Hospital Pulau Pinang.
Sepatutnya guru tersebut ‘mendebik’ guru besar biar setengah mati. Alang-alang menyeluk pekasam…. Apa prosedurnya menggunakan telefon bimbit merakam guru dan kelas bising. Ini mungkin atau sememangnya guru besar yang banyak karenah dan onarnya. Guru lelaki berkenaan mendapat peluang ‘baik’, makanya…. silap dia pun cedera juga. Mungkin juga guru lelaki terbabit ‘mental’ dengan masalah dan dunia pendidikan hari ini.
Apa pun masing-masing dah mempunyai kenangan yang sukar dilupakan dalam dunia pendidikan negara kita. Nanti bolehlah bercerita kepada cucu tentang penjuangannya!!