.

Monday, 6 February 2012

BN TIDAK MUNGKIN TUMBANG


Oleh : ISMAILY BUNGSU

KEKADANG kesan ramai sangat mahu jadi YB @ mahu jadi calon, maka adalah dua tiga parti bakal mahu menentang BN dan menangnya belakang kira sehingga bukan menguntungkan pembangkang; tetapi lebih kepada menguntungkan BN sendiri dan inilah strategi BN yang kekadang kita terlepas pandang.

Semua parti pembangkang sekarang akui kuat sangat dan boleh kalahkan BN dan mereka lupa ramainya orang itu, belum tentu akan menolak BN sebab ada yang boleh berubah pemikiran di saat-saat akhir kerana adanya pemanis yang diberikan ketika mahu mengundi.

Pembangkang yang berpecah ini lupa yang UMNO ada ahli sekitar 500,000 orang dan dari mana saja mereka ini? Kita kena fikirkan dan bukan dilihat sambutan yang konon hebat dan ini kekadang menjerat leher kita sendiri.

Ahli UMNO sekitar 500,000 orang dan ahli PBS, UPKO dan PBRS belum lagi kita kira dan ini menandakan KDM pecah 6 termasuk ada yang masih ramai di PKR dan ada juga KDM dalam UMNO di samping SAPP dan STAR.

Nah, makanya jangan terlalu ghairah kala sekarang ini bukan seperti zaman PBS mula memerintah dulu yang KDM 100% bersatu dan juga sokongan kalangan Cina ketika itu yang menyebabkan BERJAYA lingkup tersungkur.

Kita jangan lupa di samping ahli UMNO ramai sangat yang ada tambahan pengundi PTI yang dapat IC dan kerjasama Jabatan Pendaftaran dan Imigresen/ juga SPR; maka laluan agak sukar meski kelihatan senang kerana kita tidak tahu ada lagi penipuan-penipuan yang bakal dilakukan meski dikatakan oleh mereka di TV; konon sudah dibuang pengundi tidak benar. Apakah kita percaya media TV dan utusan yang memutarbelit fakta?

Di samping yang dikatakan, BN punya jentera yang kukuh, digunakan kakitangan dan kelengkapan kerajaan yang begitu mudah dan ini ditambah dengan teknik penipuan kerja sama SPR, JPN dan agensi kerajaan yang terpaksa akur perintah atasan.

Masalah yang paling utama ialah DANA BN bukan sedikit dan ini boleh mempengaruhi rakyat yang miskin sebab pemberian itu besar ertinya; kala orang Sabah ini merupakan penduduknya yang mendapat anugerah TERMISKIN di Malaysia. Nah, miskin itu kata Nabi menghampiri kufur dan bila kufur, maka apa saja akan akur dan inilah yang terjadi di Sabah. Hakikat!

Saya meramalkan, kalaulah ini terus berlaku dan pandangan saya semua akan 'putih mata' dan yang untung nanti ialah kepimpinan parti yang memang kalau benar jadi barua BN akan dapat wang berjuta dan ahli yang menjadi ekor ini terkapai-kapai dan kesannya KDM dalam bencana kesan permainan Kuala Lumpur.

Fikirlah secara logik dan dalam perjuangan ini yang harus kita fikirkan bukan kita tetapi anak bangsa, cucu cicit mendatang yang kelak menjadi pelarian di tanah air sendiri./sabahkini.net


P/S- Apa pula pendapat anda?


2 comments:

  1. Aku setuju dengan penulis. Bukan aku tidak mahu perubahan tetapi jangan pandang esnteng dengan tipu muslihat yang UMNO ada. 50 tahun pengalaman menipu bhai!

    kali ini kita akan berhadapan dengan penipuan institutional. Kerja-kerja ini sudah bermula selepas PRU 2008 lagi. Persoalan sekarang, apakah perancangan Pakatan Rakyat apabila setiap keputusan pilihanraya di kubu-kubu kuat mereka berpihak kepada UBN. Apa yang mereka akan buat apabila semua orang tahu dan nampak jelas bahawa berlaku penipuan terang-terangan? Nak mengadu kepada SPR?....jangan haraplah.

    yang pasti tempat-tempat pemimpin utama Pakatan bertanding telah diisi dengan pengundi-pengundi hantu yang pasti akan menyebabkan pemimpin-pemimpin ini akan kalah. Bukan tidak pernah berlaku. Mahathir selalu guna tektik ini. Antara mangsanya, lim kit siang, karpal singh, hj Hadi dll.

    bat8

    ReplyDelete
  2. betul tu.. disabah tempat aku ni.. tiba pru, duit masyuk... orang kampung pun suka.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist