.

Friday, 27 January 2012

Video Seks Bakal Menggegar Lagi, Anwar Perlu Saman Dato T

Oleh : Suara Pakatan Rakyat


AWAL Januari lepas, laman ini telah mendedahkan disini akan kewujudan video seks kedua yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 2 orang pelacor pula yang katanya dirakamkan di Thailand.

Hari ini, akhbar milik UMNO pula menyiarkan kenyataan muka depan oleh Datuk Shuib Lazim, supaya Anwar melantik pakar antarabangsa untuk menganalisa kesahihan video pertama yang diedarkan kepada media pada Mac 2011.

Di dalam kenyataan yang sama, Shuib juga mendakwa bahawa Datuk Shazryl Eskay Abdullah turut mempunyai video kedua yang didakwanya ‘lebih dahsyat’ dari video yang pertama.

(Shuib dan Eskay bersama-sama dengan Tan Sri Rahim Tambi Chik adalah 3 orang yang menggelarkan diri mereka Dato T (Trio) yang mendedahkan video seks pertama kepada sekumpulan wartawan pada Mac 2011).

Penulis sudah mengagak, selepas Anwar dibebaskan dari pendakwaan kes fitnah liwatnya, akan ada usaha berterusan untuk menjatuhkan reputasi beliau secara berterusan dengan akhbar Utusan Malaysia mengetuai gerakan tersebut.

Halaman muka depan biasanya untuk menyiarkan berita-berita menggemparkan dan sensasi tapi Utusan sanggup mengenepikan kebiasaan itu untuk memberi ruang kepada berita politik yang hanya menguntungkan UMNO/BN sahaja.

Apa sekalipun, penulis menggesa Datuk Seri Anwar supaya mengemukakan saman kepada Datuk Trio ini yang kelihatannya tidak serik memfitnah beliau walaupun telah dihadapkan ke mahkamah dan dijatuhkan hukuman denda pada Mei 2011 kerana mendedahkan video seks itu kepada sekumpulan wartawan.

Utusan Malaysia juga patut disaman kerana menjadi medium penyiar kepada fitnah ini – tambahan ke atas saman RM 150 juta yang difailkan di Mahkamah minggu lepas.

Ada masanya penulis tidak faham kenapa Anwar tidak langsung menyaman Trio Datuk T ini walaupun mereka telah terang-terangan menyiarkan video seks dan kemudian membabitkan dirinya sebagai pelaku.

Jika Anwar boleh menyaman Utusan kerana membuat tafsiran salah mengenai kenyataannya kepada BBC pada 12 Januari, kenapa pula Anwar tidak menyaman Trio Datuk T yang secara terbuka menyebarkan video yang mengaitkan dirinya?

Kegagalan itu menyebabkan puak-puak ini semakin berani dengan mengugut untuk menyebarkan video yang kedua pula.



Penulis ingin menasihatkan pasukan pembelaan Anwar, rakyat melihat Anwar sebagai seorang yang berani apabila mengemukakan saman kepada sesiapa jua yang cuba menjatuhkan maruah dan imej beliau sebagai bakal pemimpin negara. Ini terbukti apabila Anwar menyaman Tum Mahathir dan Saiful Bukhari kerana memfitnahnya sebagai homoseksual dan terlibat dalam kegiatan liwat.

Justeru apabila Anwar gagal menyaman beberapa individu tertentu walaupun mereka terang-terangan menjatuhkan imejnya, masyarakat beranggapan ada sesuatu yang cuba disembunyikan Anwar dengan tidak menyaman mereka.

Itulah persepsi masyarakat sekarang, sama ada kita mahu menerimanya atau tidak dan penulis berpendapat ia seharusnya diperbetulkan segera dengan Anwar menyaman Dato Trio ini secepat mungkin.

8 comments:

  1. sudah lah rakyat dah jemu tunggu saja video kamu di depan makamah allah rabiul jalil

    ReplyDelete
  2. Betul ke yg aku denganr ni...???
    Kalau di zaman rasulullah, pemfitnah2 ni adalah terdiri dari orang2 munafik.
    Puak munafik ini pula WAJIB di serangi malah ada pendapat yang mengatakan WAJIB di bunuh.

    ReplyDelete
  3. chua soi lek tak sangkut pun

    ReplyDelete
  4. tak sabar nak tengok video terbaru... cepatlah keluarkan..

    ReplyDelete
  5. Rahim anak Tamby ni sekor lagi BINATANG yang
    dulunya sedapx menutuh budak bawah umur tapi
    yang kena LGE tak INSAF diri lagi.Dasar jenis
    keturunan MUNAFIK!!!!

    ReplyDelete
  6. apa lg le three stooges ni nk buat.tk ckup2 video org tk prcaya smpai Ahmad Maslan trpksa trun utk mmbukti kn ny itu DSAI.ini ada plk versi kdua.sdh lh Shuib Lazim,bwa2 lh brtobat kot tk smpat nk minta ampun dr mngsa kmu,naya je .Kmu umpama rmh kta prgi kubur kta mari.

    ReplyDelete
  7. Anwar dipecat dari UMNO.
    Hassan Ali dipecat dari PAS.

    Anwar dipecat sebab Anwar sendiri. Salahlaku dia lah.
    Hassan dipecat kerana menegur Anwar dan kerana menjaga akidah. diejek orang PAS Hasan akidah.

    Anwar keluar UMNO membawa sekali penyokongnya. UMNO berpecah.
    Hasan keluar PAS tidak membawa penyokong. tapi ramai ahli PAS mula menyokongnya. PAS mula berpecah. Azizan Razak terbaru.

    Anwar membawa gerakan reformasi.
    Hasan membawa gerakan selamatkan akidah.

    ReplyDelete
  8. Dah tak mampu lagi nak dengar dan jauh sekali nak tengok video seks, apa nak jadi kepada 3 serangkai ni pun tak tahu, tetapi bahasa paling senang cakap ialah Allah dah bagi kat dia Gila Seks. Dari buka mata sampai tutup mata dalam kepala otak ialah seks dan masyarakat pun menganggap dia gila seks.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist