MAKLUMAT terbaru yang dipetik dari unit risikan Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa BN hanya akan menang di lima buah negeri sekiranya pilihanraya umum ke 13 diadakan sekitar Mac hingga Jun tahun ini.Justeru itu, bagi meningkatkan kembali sokongan terhadap mereka, sumber itu juga turut menyatakan pilihanraya umum sudah pasti akan diadakan pada bulan Disember tahun ini.Lima negeri tersebut adalah Sarawak, Sabah, Pahang, Terengganu dan Johor.
Manakala lain-lain negeri akan menyaksikan pertarungan sengit seperti Perak, Selangor, Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis.
Adalah dipercayai, maklumat ini adalah berdasarkan hasil kajian yang dilakukan oleh unit khas yang dilantik selain daripada maklumat risikan polis dan tentera sepanjang November hingga Disember tahun lalu.Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dikhabarkan sudah memanggil kembali surat arahan pengosongan premis milik kerajaan seperti sekolah, balai raya dan dewan orang ramai yang dihantar akhir Disember tahun lalu.
Antara faktor yang menyebabkan pembubaran parlimen tidak diadakan pada bulan Mac seperti ramalan sesetengah pihak adalah kerana isu skandal Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC)yang kini masih dalam siasatan pihak berkuasa terutama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selain dari senarai calon pilihanraya yang masih belum dikemukakan kepada ibu pejabat Umno di PWTC.
Penangguhan rayuan kes fitnah liwat Anwar Ibrahim sehingga tiga bulan juga dikatakan antara faktor utama kerana pembebasan Anwar dilihat mampu mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap Pakatan Rakyat setelah isu pemecatan bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Hasan Ali kini selesai.Najib selaku Perdana Menteri rejim telah dimaklumkan perkara ini dan meminta Umno mengemukakan laporan segera kepada ibu pejabat tentang langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengembalikan semula sokongan yangterus merosot di sebalik pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang sedang dalam proses pengagehan.
Negeri-negeri yang menjadi tumpuan seperti Selangor dan Perak sudah diarahkan supaya mengadakan program lebih kerap termasuk turun padang setiap dua minggu sebagai langkah susulan meningkatkan lagi tahap penerimaan rakyat terutama di kawasan bandar dan pinggir bandar yang memihak Pakatan Rakyat.Menurut laporan itu lagi, jentera pilihanraya sudah diminta supayabekerjasama dengan SPR bagi menambah senarai daftar pengundi termasuk memasukkan sekali nama isteri anggota penjawat awam seperti polis dan tentera sebagai pengundi pos bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.
Kelantan dan Pulau Pinang sudah dianggap gagal kerana laporan tersebut juga menyebut aliran sokongan kekaltidak berubah dengan negeri pimpinan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dijangka memperolehi kerusi hampir sama seperti pilihanraya umum Mac 2008 lalu.Pulau Pinang pula kekal milik Pakatan Rakyat dengan dijangka penurunan sedikit majoriti undi di beberapa kawasan parlimen 'panas' seperti Bukit Gelugor, Nibong Tebal, Bukit Mertajam dan Kepala Batas.
Ketua Menteri, Lim Guan Eng dijangka tidak menghadapi masalah mempetahankan kerusi parlimen Bagan selain kekal memegang kerusi DUN Air Putih dengan sedikit penurunan majoriti tetapi masih dalam keadaan selamat.Perak dijangka kembali kepada Pakatan Rakyat dengan mandat lebih besar berbanding pilihanraya umum Mac 2008, dengan menyaksikan pertambahan kerusi DUN daripada 31 pada empat tahun lalu kepada 37 kerusi, selain berupaya menguasai 13 kerusi parlimen daripada 23 kerusi yang terdapat di negeri tersebut
kredit: http://biaqpila.blogspot.com/
Friday, 27 January 2012
Maklumat Risikan : BN HANYA AKAN MENANG DI 5 BUAH NEGERI PADA PRU 13 .. Sabah, Sarawak...
Labels:
politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...
Bloglist
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Perutusan Dari Tun Mahathir4 years ago
-
-
ADUN Ditangkap Dadah4 years ago
-
-
-
-
-
Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...5 years ago
-
-
-
-
-
-
-
EMAS MAMPU MILIK ...6 years ago
-
-
-
-
-
-
-
farm fresh ad jamestown ny8 years ago
-
-
-
-
cuba8 years ago
-
-
-
SAKITNYA TUH DISINI (BABI DLM BUKIT)9 years ago
-
-
PAS, PR,dan DAP 20159 years ago
-
Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan9 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng10 years ago
-
Rehlah Jabatan Amal Tawau10 years ago
-
-
-
-
new post11 years ago
-
-
-
-
Antara madet dan setan12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
InsyaAllah BN akan kalah pada PRU13
ReplyDeleteAku setuju sangat BN hancur......sedia untuk mengundi PR dan melepaskan jawatan Ketua pusat mengundi setiap kali PRU
ReplyDeleteaq pn setuju 100% klu BN kalah PRU 13 nnti..aq adalah penyokong tegar UMNO pada PRU-12 lalu.kali nie aq akan bagi undi k'pada PR...biar lh BN/UMNO nie kta jadikn lipatan sejarah untk tetapan cucu cicit kta di msa akn datang.
DeleteItu hanya propaganda. Ini dinamakan permainan perang saraf. Ini sebenarnya dimainkan oleh pembangkang utk mengusik persepsi masyarakat. Tidak ada apa yg perlu digusarkn oleh bn. Pembngkng hanya cuba memancing masyarakat. Tidak ada apa yg perlu dibanggakn oleh pmbgkng krn di kelantan kws melayu, d pp kws cina. Satu pas dn satu dap. Bn bertanding disemua kerusi krn yakin pd kktn mrk. Jadi kirim salam dap, pas, pkr. Hidup bn.
ReplyDelete5 negeri itu semua kaya dgn hasil tapi rakyat miskin & banggang
ReplyDeletesaya tetap akan undi PR , sebab kita dah beri peluang pada BN untuk memerentah negeri pulau pinang , tapi mereka tak pernah nak membela org melayu disini,bila Dap memrentah baru nampak muka mereka,, cuba nak pertahankan melayu konon,,,saya dah tak percaya,,,hidup PR,,,,,
ReplyDeleteMudah-mudahan BN akan menang besar di PRU 13.
ReplyDeleteDan Pulau Pinang akan balik pada pangkuan BN juga serta negeri2 yang Pembangkang kuasai.Kalau BN kalah habislah orang Melayu islam Malaysia,jadilah macam Mealyu Singapura.Ditindas dan dihina macam kutu oleh PAP