.

Sunday 8 January 2012

Ulasan Dr Hasan Ali Selepas Dipecat Pas

KUALA LUMPUR, 8 Jan — Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, Datuk Dr Hasan Ali, menyuarakan kekecewaannya terhadap pemecatannya yang diumumkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini kerana parti berkenaan membalas perjuangannya terhadap Islam dengan tindakan tersebut.

“Saya amat terkejut dengan tindakan drastik yang di ambil oleh AJK PAS Pusat itu. Saya turut bersedih kerana perjuangan Islam saya selama ini dibalas sedemikian rupa.

“Saya akan merujuk kepada sahabat-sahabat dan meminta pandangan daripada teman-teman Ulama mengenai tindakan selanjutnya yang patut saya ambil,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya petang tadi.

Hasan turut berkata, pihaknya akan mengadakan satu sidang media khas bagi memberi penjelasan lanjut berhubung pemecatannya dalam masa terdekat.

Dalam mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat hari ini, parti berkenaan telah membuat keputusan sebulat suara memecat keahlian Hasan Ali sebagai anggota parti.Keputusan itu dibuat selepas Presiden PAS membuat perbincangan dan pertimbangan lanjut.

Jawatankuasa Tertinggi PAS Pusat memecat Hasan sebagai anggota parti bermula hari ini, dengan Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pihaknya memutuskan untuk berbuat demikian selepas menimbang pelbagai faktor pada mesyuarat bulanannya.

“Keputusan ini dibuat berdasarkan tindakan Hasan Ali yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti,” kata Ahli Parlimen Marang ini dalam kenyataannya.

Bulan lalu, Hasan mengkritik PAS dalam isu kawalan media seperti Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 kerana meninggalkan matlamat perjuangan Islam atas faktor politik.

Hasan menuduh PAS tergelincir daripada landasan asal dan matlamat perjuangan parti dengan memperkenalkan prinsip negara berkebajikan berbanding negara Islam sebelumnya,

Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia ini menerima kecaman daripada rakan-rakan partinya apabila mengatakan penyertaan terhadap perhimpunan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim esok adalah perbuatan sia-sia.

Abdul Hadi htelah menyatakan persetujuannya untuk menyertai perhimpunan tersebut, sebagaiman pimpinan Pakatan Rakyat lain, dan menyatakan kenyataan Hasan itu sebagai penghinaan terhadap presiden parti dengan membelakangi keputusannya/TMI







2 comments:

  1. Dia terkejut kononnya perjuangan Islamnya selama ini AMAT besar agaknya tetapi dipecat oleh JK Pusat PAS....Dia ni lebih sesuai masuk pertandingan Raja Lawak sebab pandai buat lawak bodoh, suka memuji diri sendiri, ego dan dia saja yg pandai dalam dunia ni.....

    ReplyDelete
  2. bila Hasan ali sertai himpunan anti-murtad , dia cuma diasak supaya tidak dicalonkan pada PRU13

    bila hasan ali tegur negara kebajikan tu lari dari matlamat asal parti , dia cuma dipanggil untuk nasihat oleh nik aziz

    bila hasan ali cakap presiden PAS lebih layak jadi perdana menteri dari Anwar Ibrahim yang membawa ideologi pluraisma tu , dia dibuang dari parti .

    PAS dah jadi orang mabuk. mana mungkin seorang exco dari parti sendiri dipecat setelah didesak oleh tim. president PKR Azmin Ali sedangkan PAS jauh lagi kuat sokongannya berbanding dengan PKR.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist