.

Monday, 9 January 2012

Siapa PM sekiranya, Anwar dipenjarakan? .


KUALA TERENGGANU - PAS belum berbincang apa-apa berkenaan siapa yang akan dicalonkan sebagai Perdana Menteri sekiranya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) disabitkan kesalahan pada 9 Januari (esok) oleh mahkamah dan dipenjarakan.

Setiausaha Agung PAS, Dato’ Mustafa Ali berkata demikian ketika ditanya oleh pihak media selepas Majlis Perasmian Sambutan 100 TahunItqan a-Muluk Bi Ta’dil as-suluk, di Kuala Berang pada Sabtu 7 Januari.

“Benda ni kita belum bincang apa-apa, tidak bincang, tak boleh kata, ia boleh jadi seseorang, tapi tak bincang (lagi),”ujarnya.

Malam sebelumnya, Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menegaskan perkara terbabit hanya akan dibincangkan apabila Pakatan Rakyat menang nanti.

Jawapan bagi perkara tersebut menurutnya sebagaimana jawapan Nabi Muhammad SAW, apabila ditanya apabila menang siapa yang akan menjadi pemimpin, ia akan diberi kepada sesiapa yang dikehendakki oleh Allah.

Yang penting katanya, adalah mereka yang akan menyelamatkan negara.


“tadi dah ada media tanya saya, saya jawab sebagaimana Nabi jawab, akan diberi kepada kepada sesiapa yang dikehendakki oleh Allah,

“yang pentingnya mereka yang berjaya menyelamatakan Negara, itu yang penting, bila dh menang, ada orang nak pimpin negara, saya balik (kampung) jadi nelayan tak apa,”tegasnya dalam sidang media selepas ceramah pra sambutan 100 Tahun Itqan al-muluk, di Kuala berang 6 Januari.

Apa yang beliau mahu, katanya, negara selamat dipimpin menurut Islam dan apabila sesiapa sahaja yang memimpin mengikut Islam, bagi beliau tidak ada halangan.

Menjelaskan perkara tersebut, eliau meminta pihak media tolong bekempen supaya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang, dan setelah menang, barulah boleh berbincang tentangnya.

“Nanti kita menang, InsyaAllah, kena undi, kena tolong-tolonglah, suratkhabar kena kempen, biar kita menang, lepas tu kita (akan) umumkan,

“iya…ya.. (saya) akur (dengan keputusan pilihanraya) bukan mesti (saya jadi PM),”ujarnya lagi.

Spekulasi Anwar mungkin akan disabitkan oleh mahkamah pada Isnin 9 Januari timbul kerana sepanjang perbicaraan kes Liwat kali kedua ini, kerana ramai pihak yang merasakan bahawa mahkamah tidak memberikan ruang unuk sebuah perbicaraan yang adil.





Sumber sini

2 comments:

  1. Pihak media mencari-cari pengganti Anwar kerana jika pengganti itu dapat disahkan, UBN akan menganiaya pengganti itu supaya dia tidak berpeluang menjadi PM. Namun pihak media tidak faham bahawa manusia hanya dapat merancang, tetapi Allah juga yang menentukan. Sesiapa juga yang terpilih menjadi pemimpin ialah ketentuan Allah. Ini yang tidak dapat difahami oleh media, UBN dan PDRM.

    ReplyDelete
  2. Mereka merancang, Allah s.w.t juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah s.w.t juga yang lebih baik.

    ReplyDelete

ANDA KOMEN ANDA TANGGUNG

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERIMA KASIH KERANA MENG"KLIK"...

Bloglist